bagaimana?
bagaimana menjadi lelaki
bila hati perempuan kau sakiti
bagaimana menjadi lelaki
bila cinta perempuan kau dustai
bagaimana menjadi lelaki
bila maruah perempuan kau hinjak dikaki
bagaimana?
bagaimana sebenarnya
kau...
menjadi lelaki?
Tuesday, May 31, 2016
Monday, May 30, 2016
HANYA SEPERCA
hanya satu puisi
yang bait-baitnya
sama jumlah
dengan manik-manik air mataku
asalnya buat ayahanda FJ
aku tujukan buat ibundaku
yang cekal hatinya
yang keras kepalanya
yang kuat ketahanannya
wahai ibunda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca
dari beban kamu
seperca
hanya seperca
kalau itu beban kamu yang aku minta seperca
walau seperca
belum tentu aku mampu bertahan
bertahanlah
kalau itu yang kau pilih
bertahanlah
sekuatnya tenagam untuk bertahan
"biar"
katanya "biar"
Allahhhhh~
Monday, May 16, 2016
SELAMAT HARI GURU
selamat hari guru NuAz
selamat hari guru ZA
selamat hari guru Que
kamu tak pernah tahu
kamu seutuhnya guru dalam hidup aku
heh...
terima kasih untuk semua
semua pengajaran yang aku belajar
dari semua perlakuan kamu
sewenangnya untuk hidup aku
aneh bukan?
rupanya kamu juga seorang guru
guru realiti
untuk aku mengenal lelaki
untuk aku belajar membenci
untuk aku belajar cinta
untuk aku mengenal kejujuran
untuk aku mengerti akan kepercayaan
untuk aku mengenal kejujuran
untuk aku mengerti akan kepercayaan
untuk aku berhadapan hidup akan datang
tidak
entry ini bukan mengenang
jauh sekali untuk meratap
tapi sungguh
aku berterima kasih
jika bukan kerana kamu
aku tak jumpa cinta
jika bukan kerana kamu
aku tak kenal sebenar zarah cinta
benar...
jika bukan kerana kamu
sekian
selamat hari guru semua
***hari dan tarikh yang tepat barangkali
4 months to go diijabqabul. semoga segalanya persiapan tiada aralnya
Subscribe to:
Posts (Atom)