Showing posts with label Dunia Sebelah Zara. Show all posts
Showing posts with label Dunia Sebelah Zara. Show all posts

Friday, April 26, 2013

PERJALANAN 30 ~ Dari Zara


Orang kata benda yang perlu dilalui setiap hari adalah asam garam kehidupan. Semua orang memang ada kehidupan masing-masing tapi adakah mereka terbuka dalam menerimanya? Entah aku sudah semakin tua ataupun aku sudah menjadi endah tidak endah bila memikirkan bahawa sebaik mana kita cuba untuk jadi, semakin banyak dugaan yang datang untuk menjatuhkan kita semula. 

Aku memilih untuk terus senyum bagaikan tiada apa yang berlaku.
Pura-pura?

Itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan dan membiarkan banyak pihak terluka. Kerana pada akhirnya, dengan mencederakan perasaan dan jiwa manusia yang kau sayangi, kau sendiri yang akan sakit tidak terperi melihatkan penderitaan yang mereka tanggungi atas kesilapan terlalu mengkiut perasaan amarah sesuka hati.

Mengalah bukan beerti kalah.
Mengalah bukan bermaksud akan terus rebah.

Mungkin juga dengan mengalah sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk masa hadapan yang cerah. Kehidupan yang lebih membahagiakan dan senyuman yang lebih murah. Bukan muka cemberut bagaikan ada najis sentiasa di bawah hidung, di atas wajah. Sukarnya menghadapi kenyataan bahawa apa yang kau sukai dihalang oleh pertalian darah merah. Barangkali itu yang terjadi bila empangan kesabaran pecah, manusia mula naik gila dan darah banyak tumpah. Ah, segalanya penuh sumpah seranah.

Perjalanan masih panjang.
Baru satu hari dikorbankan.

Adakah bunyi itu, bunyi genderang perang?

Tuesday, March 26, 2013

Ini paling terbaik dari Lord Zara

Terfaktab salah satu ruang kegemaran penghadaman harianku

Ini paling terbaik dari Lord Zara


Buang Keluarga





Demi cinta.
Demi janji hidup selamanya.
Kau buang keluarga.
Terajang ibu bapa.
Adik beradik kau sumpah ke neraka.

Apa hebatnya kau tanpa mereka?
Apa bagusnya kau tanpa jagaan mereka?
Siapa kau tanpa nama bapa?
Siapa kau tanpa ibu yang bertarung nyawa.

Demi cinta.
Demi kasih sayang gila.
Kau buang segalanya.
Demi kejar dunia.
Kau dan dia.

Hebatkah kau yang kini anak derhaka?
Hebatkah kau sebab agungkan cinta?

Cinta itu palsu.
Kelak kau juga lesu.
Adakah kau akan pulang menemui keluarga yang kau tidak mahu?
Malu mengaku.


*aku pernah bercinta 
membelakangkan keluarga. 
hasilnya sampah. 
kau hanya tahu 
setiap bait kata ibu bapa kau benar 
bila cinta itu terkubur begitu sahaja.

tapi tak apa
aku puas hati
asalkan aku usaha bersungguh hati
walaupun penghujung hati ini mati

itu baru membelakangkan orang tua
kalau Tuhan?
ohhhhh seksa
itu aku juga pernah rasa
rasa kau sampahkan diri sendiri bai!



Tuesday, December 18, 2012

PENCURI MILIKAN

Ada beza.
Antara pinjaman.
Dan pencurian.
Serta perampasan.

Ada beza.
Bila kau kata nak pinjam.
Bila kau minta izin untuk guna sementara hak milikan.
Atau kau guna dengan pemberitahuan.
Tak pernah kau anggap kau punya.
Sebab kau sedar itu pinjaman.

Tapi.
Bila kau ambil sahaja.
Dan anggap kau punya.
Itu memang salah besar gila.

Alangkah ambil barang orang pun dah salah.
Orang sidai baju di ampaian kau belasah.
Asal muat, kau berkenan, kau sesah.
Apa kau nak kisah.
Tiada mata jadi saksi sah.
Tuhan nampak tu kau kata urusan akhirat sana, mudah.

Macam ni la.
Kita ambil konsep senang.
Kalau barang kau hilang, mesti kau bising kan?
Kalau benda berharga, lagi kuat kau canang.
Bukan setakat polis, habis rumah jiran kau gendang.
Tapi itulah hakikat, kalau kau punya barang.
Kalau orang lain punya kau sebat dan hilang.
Apa benda kau nak gebang?
Kau senyap - tulikan diri dari bincang.
Kau enak minum petang.

Itu kalau barang.
Ni kalau cinta hati orang lain?
Baik kekasih, pasangan atau tunang?
Kau main sapu bersih kalah ikan melekap dinding lumut.
Alasan kau mudah - sebab dia kesepian.
Tapi betul ke alasan kau?
Bukan kau sengaja mahu sailang?
Ala, kau takut kena cop pailang?

(tarik nafas)

Barang hilang, orang beli baru.
Paling kuat mereka menangis sebab sayang.

Orang hilang, tak semua ganti baru.
Memang mereka menangis atau sedih.
Paling banyak, mereka simpan dendam dengan kau.
Dan kau lupa bahawa manusia adalah makhluk paling menakutkan?
Kalah hantu, jin dan syaitan.
Bila fikiran mereka tak tenteram?

Hentikan rampas hak orang.
Sakit sangat mata kau tengok orang lain gembira kenapa?
Kau tak boleh cari kegembiraan sendiri?
Kalau kau cukup tenaga nak rampas hak orang.
Mesti kau lebih kuat untuk cari milikan sendiri.

Tak.
Suami, isteri, kekasih, tunang orang bukan benda pinjaman.
Kau tak boleh pinjam dan pulang lepas digunakan.
Ini bukan tandas awam atau taman tema permainan.
Mereka manusia yang punya perasaan.

Boleh ke kau hadap suatu hari nanti.
Bila ada orang datang pada kau dan kata,

"Hey, pinjam isteri kau sehari"

atau

"Oit, suami kau bagi aku guna dulu. Nanti aku pulang"

atau

"Tunang kau nampak cantik. Swap dengan kereta aku 4 jam"

(tarik nafas)

Kau boleh terima ke semua tu?
Mereka di sisi kau jadi barang.
Yang dilambung bila nak, dipinjam bila suka.
Ataupun dirampas bila kau leka.

Tak tahulah kalau kau suka.
Macam tu, kau boleh tayang pasangan kau dalam bekas kaca.
Letak sekali harga.
Orang boleh beli, pinjam atau sewa.
Dan pulang bila tiba masa.
Atau jadikan hak sendiri bila mereka lupa.


Tak bolehkah kau belajar hormat mereka yang sudah punya seseorang untuk dijaga/menjaga dalam kehidupan mereka? Bukankah kau juga punya seseorang yang sedemikian rupa?


***heh...penulisan cikgu cilik ini memang selalu bikin aku tersenyum sungging sambil dalam hati berkata "..ni kalau aku repost kat fb aku ni kompem ade org sentap nih..." hahahaha...takpe2...aku share kat blog sajer...untuk tatapan orang2 yang sudi tatap terapiku dan aku juga.

Wednesday, March 7, 2012

MADU~

Madu itu sepatutnya rasa manis. 
Bukannya hamis.
Suami itu sepatutnya pembuka pintu syurga untuk isteri.
Bukannya pembuka jalan keneraka buat isteri.
Itu bukan madu.
Itu hempedu.

picisan tambahan zara
--
KarMiza

Wednesday, December 8, 2010

Naskah terbaik buat kamu

**Naskah ini ku titip dari "Dunia Sebelah Zara"


Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
 
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
 
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
 
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
 
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
 
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
 
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?