Showing posts with label #FKrajasehari. Show all posts
Showing posts with label #FKrajasehari. Show all posts

Tuesday, November 22, 2016

BAJU

Adik aku siap carut
Kau beli baju setahun awal ni confirm muat ke nanti?
Hawau gak deni kengkadang.
Nak wat cane
Konsep kitorang duit sikit2 ada beli apa boleh beli dulu
As per board.
Nikah
Aku.
Kurung putih - beli kat pkns
Shawl putih - beli Kain Kat jakel anta jahit tepi
Veil - beli net n lace Kat jakel anta jahit
Kasut - jalan2 Kat sunway pyramid. Jumpa kasut sale last piece. Heels 2 inch. RM28. Beli. Abis majlis aritu terus buang. Sebab nak hancur dah. Hahahahaha. So jangan tanya aku moment capture ala2 nak pakai kasut. Aku Xde. Lol.
Henna - paling x suka. Murah dah best dah tapi buruk.
Bunga tangan - paling takkan move on dalam hidup. Please gais... korang kawen nanti buat ngan yaziedhassan. Dia boleh buat mejik.
Make up - juga takkan move on. Tq sangaddd sebab tak jadikan muka aku seperti she male. Hahahahahaha...sangat selesa dan tak comot even time flews by hours.
Suami
Baju melayu putih - beli Kat pkns time tu Ada sale
Sampin - beli Kat pkns.
Kasut - pinjam Abg ipar suami
Songkok - beli Kat pkns
Keronsang Kat songkok - pinjam cousin aku
Inai - pakai balen inai aku punya henna
Kenduri
Aku
Dress biru - beli Kat butik dyana.com masa tu Ada sale pastu jadik member dapat extra discount.
Shawl + kasut - pakai balik nikah punya
Veil - pinjam cousin
Make up - orang yang sama
Suami
Baju melayu - beli Kain Kat jakel anta jahit
Seluar slack hitam - beli Kat JJ
Kasut + songkok - pakai balik nikah punya

Thursday, November 17, 2016

HANTARAN

as i said.
Kalau tengok saving account both of us takda sapa yakin we manage to held any majlis at all.
and i calmly said to myself
Aku yakin Allah tu adil. Dia tau waktu yang sepatutnya aku nikah. Dia tau majlis macam mana aku mampu. Dia cukup tau siapa jodoh aku. And to Allah, please do help us get thru this if we both memang berjodoh.
And here we go.
We both listkan everything we wish for hantaran, design, aku search pelamin, baju, yada yada yada....
Then we both sit and talk. Which part yang kita boleh drop out from list OR cut down our budget.
Hantaran. We both agreed takde yang merepek mahal2. Beli yang wajib.
5 balas 7

                                               Me to Him
T-shirt

Baju Melayu

Quran

Wallet

Sireh junjung

Sejadah


Him to Me
Sireh junjung + cincin
Mas kawen

Tafsir

Telekung

Jubah



Part mana cuba pnjimatan?
1. sireh junjung-family cakap takyah sebab tunang aritu da ada tp kitorang nak. Hahahaha
2. Baju melayu n dress-both actually persalinnan kenduri belah lelaki
3. Tshirt-awallll gila beli. sikit2 satu2. Kukubesi. Lol
4. Wallet-jpo sajor

Part dugaan 
Right after lepas cuti raya.  Aku org first balik umah sewa.  rumah sewa kena pecah masuk! Ketaq weyhhhhh. Sampai lah bakal SIL datang teman sampai polis datang. Sampai housemate balik jugak malam tu. Sampai kena g balai sendiri. Sampai polis balai lain datang amik cap jari plak. Troma aku. Sebabnya bilik aku paling havoc kena selongkar. Gigil tengok bekas cincin beralih tempat. Syukur x kena rembat sebab cincin customize and bukan emas. Tapi hantaran untuk laki aku 1 kena rembat. Jam. Sib baik beli kat HQ fossil time sale kaw2. Terkilan sebab Ilang. Taip lega sebab bli takde la amount asal. Kalau takkkkk bersimpuh aku nangis. Hahahahaha....

Deco hantaran buat sendiri. Bekas kawan suami bagi pinjam foc. Lagi penjimatan disitu...kehkehkeh...tenkiuss.

Kemain novel aku gebang pasal tajuk hantaran je pon kan.

Nah la gamba hasil tangan aku. Tenkiu Makngah and along ayu buatkan sireh junjung sweet2. Yang tlg tacap 2 kasi omey pun. Tq. 


so semua hantaran is inspired by deco below. 
ada ig skali kalau korang nak follow. 

CARD

Invitation Card
Self design
Macam mana pun nak jugak ada seal wax
Even self design everything DIY, agak costly.




final card

Craft paper beli kat kedai stationery.
Printing foc.
Stamping is the worse part ever. Penat. But we both sangat puas hati.


with stamp & Wax

Stamp seal tempah. Aku Google je design fk. Ada satu simple and nice then tempah. Aku search balik x jumpa website tu. Seriously, credit to designer. RM80 untuk 1 stamp + wax 3 stick. Google kreatif rooftop.


using high quality wax

Wax mahal. Stamp seal mahal.
Tapi ada rezeki. Dapat murah.

Wax beli setahun awal. 


Kat opis lama Pelikan. Tunggu dorang buat warehouse sale. Dekat RM100 jugak penjimatan.

Wednesday, November 16, 2016

FK tergendala

Bila tah aku cakap ngan story pasal kawen aritu.
Harammmmm lepas tu x update apa.
HAHAHAHAHA

Takkk...aku da taip bebanyak.
Taip sangkut.
Sebab gamba sama dalam hard disk
Tergendala ngan post.
Aku post r sesikit. Gamba mana ada je aku amik kat Fb.
LOL

Sunday, November 13, 2016

PELAMIN

Aku tak amik kisah apa wedding dream orang lain.  Tapi untuk aku, aku sangat nak nikah didalam rumah.  And aku memang secara zahirnya tak suka pelamin.  Maybe sebab aku berkali dah jadi pengapit.  Setiap kali tengok pelamin aku tak pernah ada moment "ha nanti kawen nak cani lah".  Takde. 

But I decide to have mini pelamin.  Still.  For the sake of my beloved mother.  Nak tengok anak ibu naik pelamin katanya. Hewhewww...  So aku survey mana pelamin decor yang did captured  me.

Here.  Starting from pelamin sampailah ke decor lain, 90% dari instagram.  Kat sini kau tau betapa membantunya # dalam dunia social media rules  zaman sekarang. 

#Minipelamin #pelaminbajet #pelaminmurah #pelaminnikah #pelamintunang #pelaminpurple #pelaminputih #pelaminsemenyih

Tu baru sikit.  Simple steps.  Kau taip each # cam kat atas tu.  Search.  Kat situ kau boleh tau semua vendor yang wujud untuk  criteria kau. 

Aku amik sticky note and list down semua nama ig and no phone.  Save each number.  Then start survey each harga.  Pakai je template yg sama send to all vendor. Untuk org yg xpernah amik port pasal wedding preparation do's and don't. So dari sini aku start list down semua. Each vendor.

Stended text ko jangan expect dia layan satu per satu soalan ko on the spot. Bagi terus full info.
Pakej Pelamin (if any)
Date
Konsep
Theme
Location
Tanya availability and quotation.

Tips. Kalau sekadar mini pelamin apa adanya cam aku ni. Diulangi. Mini-pelamin-apa-adanya. Kau jangan straight forward cakap untuk event nikah or sanding. Cakap je utk bertunang. Kau cakap untuk tunang rega mur pun boleh dapat. Kau sebut je nikah. Mencanak rega naik dia cas. Trust me. Gamba yang sama aku bagi contoh. Paling murah dpt 500 paling mahal 1800. Mini Pelamin oiiiii...jadah smpai 1k???

Alhamdullillah. Aku dapat apa aku nak sama mcm mana deco yg aku nak bertepatan dgn bajet aku mampu & decor yang laki kite approved of course.

Expectation [pic Kiv]

What I get
Foc: hand bouquet [pic kiv]

Ig:sirehwc

Thursday, October 6, 2016

#FKrajasehari

Bismillah...

Alhamdu lillah.
syukur.
syukur.
syukur.

majlis akad dan kenduri selesai.
almost 3 minggu sudah bergelar isteri
isteri kepada Muhammad Farhan

alhamdulillah
majlis dijalankan seperti dirancang
tanpa sebarang hutang
simple
masih memenuhi rukun dan adat
besar harapan kami semoga keluarga yang hadir cukup layanannya

alhamdu lillah
tiada sebarang masalah dari pihak vendor untuk majlis kecil kami
banyak yang kami puas hati 
dan selebihnya...lega

there's few things i can't move on
will tell you later next post
things that we both can't move on pun ada.HAHA
meantime,
please accept my gratitude with lots of love from both of us
semoga yang baik-baik sahaja untuk semua yang hadir,
yang mendoakan, yang membantu.


sincerely,
FK

Saturday, September 3, 2016

HOW

Dear dad, 


i'm getting married.
yup.
your clumsy little princess once will getting married in 13 days
 pray for me dad
pray for us

his name is Farhan
Farhan...
i've search his name
Farhan means bergembira, senang, gembira, kebahagiaan
and he did
membahagiakan

i'll tell you how
how we met
how we fall
how we decide to stay and be with each other

stay strong there dad.
always pray for you.
Al-Fatihah