Showing posts with label kisah hati. Show all posts
Showing posts with label kisah hati. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

MELEPASKAN



Melepaskan itu bukan mudah

melepaskan--
juga terasa sakitnya

melepaskan--
juga berat dihatinya

melepaskan--
juga menikam jiwanya

sometimes people leave not because of other reason,
it simply because they know things will get worse if they stay.

melepaskan--
juga rasa disakiti






Tak semua kau rancang akan berlakuMungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku








Monday, July 21, 2014

ini mesti punya



blog ini jurnal kau
ini mesti
ini mesti punya
penuh kisah cinta kau dan ex kau

tipikalnya kau

ini jurnal
terapi akal aku
dipanggil terapi untuk mengurut jiwa aku
untuk meluruskan akal aku yang berserabut

ini jurnal penuh dengan cinta
cinta aku pada Dia
cinta aku pada ibuku
cinta aku pada dindaku
cinta aku pada diriku
cinta aku pada temanku
cinta aku pada hidupku
cinta aku yang telah lalu

ini jurnal pelepas nafsu
pelampias amarah
tempat untuk aku pukimakkan segala
lapangan untuk aku lahanatkan semua
ya
disaat aku fikir segalanya aku yang betul
orang lain semua salah
orang lain semua sial
sudahlah bodoh
kau pon pernah ada saat begitu


IS IT DONE?



when there's breaking, there's healing.
seriously.
think carefully.
daya tahan hati dan akal kau aku tak sama

healing process aku mungkin makan tahun
healing process kau mungkin makan hari cuma
siapa tahu?

tapi
healing process dengan pengganti?
seriously?
seriously will work?

jangan kerana kau digores maka tuhan bagi kau token untuk menggores.

Friday, July 4, 2014

LETIH



kau
tak letih ke
pertaruhkan jiwa
walau tak pernah dapat sebarang habuan
sampai satu masa
jiwa kau--
kosong.


Wednesday, July 2, 2014

HENYAK



hai
seronok nampak

apa kau lupa sesuatu?
tentang hati gadis itu yang kau henyak?


Friday, June 27, 2014

bergelumanggggg



"Perempuan memang ada tendency untuk suka duduk dalam keadaan itu.  Dia suka feeling duduk dalam gelumang masalah dan biarkan dirinya menjadi mangsa buat selamanya.  Sebab bila dia ada dalam keadaan itu,  baru orang akan kesian kat dia.  Ni semua pengaruh drama Astro Ria la ni semua. " Love, Jumie.



Sebab umah aku takdak Astro. 
Sebab aku da lama tak tengok Cerekarama. 
Sebab aku tak berminat dengan Telenovela dah. 
So aku belajar new things. 
MOVE ON. 
GET OFF. 


seriously
masalah puaka ni macam satu swimming pool besar
ko pikir ko pandai berenang
so konfiden level ko tinggi
mampu terjun tiruk
mampu kuak lentang
mampu dive in lama
dalam "masalah" tu

ko tak sedar 
air yang sejuk tu jugak
buleh kasi kaki ko cramp jugak tiba-tiba
sepandai-pandai ko berenang
boleh lemas jugak
ehhh


and this is how i feel
to you
"i'll call u back later"
later when?
esok?
minggu depan?
bulan depan?
taun depan?
or
kiamat nanti kau gigih mencari aku
demi sepotong maaf?

tipu
fitnah
kalau aku bilang
aku tak mahu kamu
aku tak hingin kamu
aku tak hendakkan kamu
aku tak perlu kamu

sia-sia
membazir
kalau aku terus
tunggu
terus
dan terus
tunggu

tuhan kenal aku
Dia tahu apa dalam hati aku
Dia faham apa mahu aku

ini bukan slot akasia
bajet diri kau Indah Harlina
play-play victim
pastu jumpa orang kaya baik-baik
pastu kawen
happy ever after

CHHHHHHHOYYYYYYYYYYYYY

in the end
we run our world

Assalamualaikum.

Monday, June 23, 2014

BERTANDING?



Hye...
tahun ni & tahun depan will be tahun disaster untuk telinga aku
sebab dalam 2 tahun ni je umur aku berpangkal "2"
so?
aku tak pernah bermasalah dengan soalan bab kawen
cuz no one walk with my shoes

dan bila kau berada dikalangan masyarakat kawan-kawan
yang dah berkahwin
dah beranak
beranak-pinak
berhoneymoon dua tiga kali
siap berbabymoon bagai
tak yah pening-pening
bukan makcik kat kampung je
bukan tok nenek je
masyarakat dikalangan kawan ni pun
tak lari dari bertanya
"bila lagi..."


dan bila kau acah-acah ade geng sorang dua
yang sama-sama "sendiri"
i mean...in our own way lah kan
sebab kisah lain-lain. kan
kau takkan sedar kau tetibeeeee in competition tanpa rela
oleh yang sama track dengan kau
tapi lain matlamat dengan kau

read my lips
TANPA RELA
like...what???

kau bagus...betul
kau lebih...betul
kau hebat...betul
aku jauh dibelakang
sungguh.

dan ini ikhlas
tak terfitnah
dari aku
nak kahwin dulu
silakanlah
takde sape nak berlumba dengan kau
haishhhh



remember...
PAUSE
PRIORITY
PRAY
~AKU ADA WALI

Thursday, June 12, 2014

SABAR




dah memang perangai aku
dengan kau
aku delay
delay
delay
delay
aku punya amarah

orang kata inilah sabar
baru aku tahu

Wednesday, June 11, 2014

MASA



gerak saja
jangan buang masa
masa itu nyawa
bukan emas
bukan duit
tapi nyawa

lagi lama kau tunggu
lagi dekat masa nyawa kau putus
belum tentu kisah
taknak mati dengan kau
biar dia mati sorang-sorang

PERGI



BIAR
biar dia pergi
jauh mana pun
kalau dia milik engkau
tahulah Tuhan bawa dia depan mata kau

kalau bukan milik kau
pergi mampus dia sana
kau hidup sini elok-elok

Friday, May 30, 2014

REPETASI SEJARAH



16/5/2014
repetasi
berlaku
terhadap aku
repetasi sejarah
sejarah
sejarah mungkin berulang?
akalku membentak
Wallahualam
luah saja pada Tuhan
Dia Maha Tahu


28/5/2014
begitu juga kali ini
repetasi kisah
satu kisah baru
selamat datang aku ucapkan
kisah lama
kisah baru


Wallahi
aku serah semua pada Dia~

Tuesday, May 27, 2014

JOHO





main reason aku suka brand ni
LOVE
TRUST
RESPECT
simple kan sebab aku
sebab word ni je
terus aku terus menerus support
hahaha...

*tuka topik


RELATIONSHIP
will be WORTH 
when we have
LOVE, TRUST & RESPECT

HONESTY?
eventually it will be in through out of it
automatically

dalam relationship
kalau salah satu ni takde pd aku
ermmm
trully
I CAN'T COMMIT

call me old fashion
but i do take RELATIONSHIP
SERIOUSLY



Friday, May 23, 2014

H A T I



hati
sekali lagi
kau diusik
untuk apa
habis rasa
habis daya

mungkin aku perlu kata maaf
untuk kali ini
mungkin sudah tiada rasa

hairan
lapangnya hati

hairan
sejuknya jiwa

hairan
lembutnya rasa

depan kau ada dinding

depan aku juga begitu

lalu 
kenapa perlu rasa begini

jika baik untuk aku
jika baik untuk agamaku
jika baik untuk keluargaku
jika baik untuk dunia akhiratku
bukakan pintu dari mana-mana
untuk aku langkah kesana
buka hati siapa-siapa
untuk menyayangi 

jika buruk untuk aku
jika buruk untuk agamaku
jika buruk untuk keluargaku
jika buruk untuk dunia akhiratku
tutupkanlah pintu dari mana-mana
untuk aku terus melangkah kesana
redhakan hati siapa-siapa
untuk menerima


Friday, May 16, 2014

Penduga

Allah...
Ujian apa Kau sedang duga aku
Ini bukan bentuk pembalasan
Jauh lagi dari karma
Tapi sama kisah
Dengan chapter baru
Berbeza watak penduga

Allah...
Dari hari ini
Aku pohon
Dari serendah-rendah aku
Dari sehina-hina aku
Dari sekecil-kecil aku
Aku benar perlu
Petunjuk
Dari Kau Yang Satu

Please.....
I need you.
Always.

Friday, May 9, 2014

Setiap kali



setiap kali 
aku terima
satu berita
yang tak terduga

bilamana berita itu
sebuah keajaiban Tuhan 
dari kelelahan yang ada

setiap kali--
mata bertakung
berair mata
dari hati
aku berdiri
memberi standing ovation
buat Kau Yang Satu
Allah hu Rabbi

setiap kali
Kau yang tahu
lelahku
biar standing ovation itu dari hati
tapi aku beri sepuasnya
gemuruh tepukan itu
penuh jiwa raga
selepas aku tersungkur kerna lelah

plot jiwa raga aku
hanya Kau yang berhak
Allah...

LUKA




sakit
sakit yang amat sangat
dek kerana luka
luka yang terpaling dalam

tiada bentuk air mata
yang mampu terjemah luka
tiada
kerna luka itu
terpaling dalam
paling--
dalam--

bukan minta disembuhkan
tapi minta dijauhkan
Lillahi Taala
Tuhan,
jauhkan--

*holding both hands
*close eyes
"Allah...tolong. jauhkan--"

Monday, May 5, 2014

Apa boleh aku buat

Apa boleh aku buat
Dengan kau...
Bilamana sekarangpun aku tetap rasa
Setiap rasa
Sama
Seperti rasa yang dulu

Kau dekat
1 inci depan aku
Apa boleh aku sentuh kau?
Tidak
Apa boleh aku kekal dekat begini?
Tidak
Apa boleh aku buat
Dengan kau...

Aku boleh rasa satu penyesalan
Kerana aku baru sahaja
Melangkah kearah kesakitan hati sendiri
Apa boleh aku buat
Dengan kau...

Tuesday, April 15, 2014

REMAIN


i wonder why...
those memories shall stay in memory
those moments shall stay in captured
those feels shall be the best one

but when...
that love remain the same love

u know its about time
to let go--




i still wonder why...
those memories still stay in memory
those moments still stay in captured
those feels still be the best one

until 
that love remain the same love

u should know it is the time

u know

God know

it is on u

Allah...please~



karmi, 150414

Wednesday, January 29, 2014

Duga Hati

Allah...
Kau duga aku lagi
Kau duga hati
Kau persoal apa dalam hati
Kau ramas hati
Lagi--

Berapa kali perlu aku pegang
Dari hati yang punya rasa
Satu rasa yang sama

Berapa kali perlu aku lepas
Dari jiwa yang punya degup
Detak naluri yang sama

Allah
Kau duga aku lagi
Untuk aku tahu
Hati--
Masih...mampu berfungsi

Wednesday, January 22, 2014

Betapa keramat

Orang kata cinta pertama itu keramat
Betul
Mungkin betul
Aku juga
Menyatakan
Cinta pertama itu sial punya keramat

Kerana saat pengakhiran cinta pertama itulah
Bermulanya satu kehidupan aku
Yang aku tak pernah duga

Itu aku kata
Aku selalu kata
Takdir Allah
Ketentuan Dia
Memang tak tercapai akal

"so how's ur life?"
Soalan paling celaka kau-aku mampu tanya

Jangan risau
Sekian lama
Aku maafkan kau dunia akhirat
Kerana sayang
Betul
Kerana sayang

Jadi
tak perlu ulang tanya

Terima kasih
Kau kekal sihat

"pergi jauh-jauh boleh?"
"betul?"
"betul--"
"saya pergi"
"terima kasih"