Showing posts with label Kalau dia matahari. Show all posts
Showing posts with label Kalau dia matahari. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

kasih tak tertunjuk



"aku paling sayang family aku weyh...cuma aku tak reti nak tunjuk"

setuju

sangat

aku juga--

sayang family aku

dan

aku fail bab tunjuk kasih sayang ni

sampai kadang-kadang terluah dalam bentuk amarah.



ada satu cerita. 

rumah mak aku dekat je ngan umah sewa aku. sejam perjalanan. masa mula-mula kerja. aku selalu beli memacam barang. just nak happykan my adik-adik and ibu. bese laaa...keje kat Glenmarie kan. banyak warehouse sales berlangsung area sini.

sampai satu masa aku nye financial merundum. aku balik bawak diri je. cam biase sesampai je depan umah both adik lelaki and perempuan bongsu aku da berdiri depan pintu. so masuk umah bawak beg baju je. surprisingly, both of them takde pon bertanye takde beli pape tuk depa ke, or menjenguk dalam keta ke sebab da biase kan aku balik bawak something. nope. the only thing they do is... yang lelaki salam cium tangan-amik beg aku-masuk lam umah. yang pompuan bese r paling kecik. lari-peluk kaki aku (sebab pendek)-"piya rindu kakak!"-salam cium tangan-tarik aku masuk dalam.

then dalam umah memasing hingaq la men-story. sorang cite beli pemadam kali sebrape ratus sebab pemadam dia beli asik kena curik termasuklah pemadam aku belikan sekali je pon dulu kena rembat. sorang lagi cite p masuk kawad kaki bomba sampai itam legam. turun plak adik pompuan aku lagi sorang story plak dia baru balik camping naik pangkat KRS jadi staff sarjan. wahhhh letusss kauuuu. balik pulak mak aku dari keje nanti cite plak banyak sales beliau buat compare to store lain. biase ar...mak aku memang otai bab-bab sales ni. and aku jarang p tido takde salah sorang adik aku kat sebelah. tak boleh. kena ade. KENA. 

Point aku kat sini. Aku memang manusia bangang tak tahu tunjuk melangit kasih pada mereka. Satu perkara aku belajar. Cukup sekadar kau ada depan mata mereka. Sekadar itu. Cukup.

Tuesday, December 17, 2013

REPOST// Of guns and roses.

aku copy dari terfaktab tulisan zaffe


 * * * * * * * * * * * * * *
Sebelum kau teruskan membaca, seperti biasa, aku sarankan kau tarik nafas panjang-panjang dan standby sekotak tisu kat sebelah. Mana lah tahu, di pagi Isnin yang mendung dan sejuk ni, apa yang aku nak tulis ni memang akan tepat membelah hati kau yang memang dah rapuh tu. Jangan lupa secawan milo panas dan beberapa keping biskut kering.

Aku selalu menulis tentang Sarah, sebab Sarah kawan baik aku. Mariah juga kawan baik aku, tapi Sarah lebih baik. Tak pernah ada rahsia antara kami, sakit kami berdua, kami tanggung bersama. Aku rasa apa yang dia rasa, begitu juga dengan dia. Jadi, bila Sarah sedih, aku pun sedih. Jadi, bila Sarah marah, rasa nak putus asa, rasa nak bunuh diri, aku pun rasa tak berdaya. Macam tu la hubungan kami berdua.

Jadi, tiga tahun lepas, sambil sambil lepak di Dataran Nilai dan mendongak kepala ke atas melihat bintang, aku menjadi saksi bila Sarah menangis tanpa bunyi dan bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi. Dalam setiap air mata yang mengalir dari mata Sarah, aku nampak setiap aliran harapan perlahan-lahan keluar, dan aku juga menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Sarah bunuh hatinya sendiri, tidak sanggup dibiarkan hidup dan ditikam kejam lagi. Jadi, malam itu, aku melihat Sarah mati. 

Jadi, aku pilih untuk mati bersama.

Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest. Aku tak percaya, kerana aku seorang yang optimis. Tapi melihatkan Sarah, dan merasa setiap yang dia rasa, hati aku perlahan-lahan menjadi hitam juga. Mungkin ada orang yang cakap, berilah peluang kepada kehidupan. Yang lepas biarlah lepas. Tapi kau tak pernah nampak Sarah, tak pernah rasa apa dia rasa, tak pernah kena apa yang dia kena. Pantang disentuh sikit, Sarah terus terkejut, terus panik dan bernafas lima puluh kali lebih laju dari biasa. Tidur juga tidak tenang, mimpi ngeri bersilih datang.

Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest. 
It breaks not only your heart, but it also breaks your future.

Dunia mungkin akan melihat Sarah sebagai seorang perempuan biasa yang tak boleh move on. Dunia mungkin memperlekehkan kewujudan Sarah yang menjadi mangsa lelaki-lelaki yang tidak segan silu menarik tangan Sarah ke bilik tidur walau Sarah sudah menggeleng-kepala berkali-kali. Sarah mungkin hanya dilihat dunia sebagai satu korban cinta, tidak lebih dari itu. Hanya aku yang menjadi saksi, bila Sarah yang sudah mati itu ditikam kejam lagi, dijadikan korban lagi untuk tahun-tahun yang mendatang. 

Jadi bila tahun ini, aku terkejut bila Sarah datang kepada aku dan menangis sekali lagi, tapi tentang seorang lelaki yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru, mengikut gambaran penglihatan Sarah. Lelaki yang bertanya jika dia boleh memberi hukum bunuh kepada barisan lelaki yang terdahulunya membuat Sarah menderita. 



A hit-man, a wise guy. A killer who read books.

Dan aku gembira bila akhirnya aku melihat Sarah kini boleh tidur lena. Sarah yang dahulunya tenggelam sudah boleh makan dan minum seperti biasa. Pernah juga aku berjumpa Sarah dengan lelaki itu, selalu bertali leher biru, warna kegemaran dia mungkin. Tersenyum juga, penuh bersemangat bila berkata-kata. Mata pembunuh itu cantik, lebih cantik bila dia curi-curi melihat Sarah, lebih cantik bila dia tergelak sambil bercerita tentang dunia dan harapan.

Ya, memang dia seorang pembunuh. Lelaki di sebelah Sarah yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru itu berjaya membunuh kesemua barisan lelaki jahat yang pernah wujud dalam hidup Sarah, armed with the guns of hope and love and everything in between.


* * * * * * * * * * * * * *

seriously? agreed. first heartbreak is the hardest. it breaks not only your heart, but it also breaks you future. Allah... would you send me this hit-man, a wise guy. A killer who read books? or... a man who able to vanish all heartbreak throughout this life. 

Husnuzon...

:) 

Monday, December 16, 2013

Menyampah



"aku takley r weyh...taktau pasal ape. bukan saje-saje. kadang-kadang aku tengok muke je pun dah nyampah dah. camane aku nak go on ngan pompuan tu. aku ni da r jenis cepat bosan". one of member aku expresskan kenape dia tak ber-awek lalu melambatkan proses berkahwin beliau. heh. paham. betul. aku paham. but still...salute sebab he has gut to leave the scene. ehhh..bukan blah cenggitu je. politely say something or make an excuse la kan. good for him. kan?

but now aku bukan nak cite how aku nyampah ngan lelaki. tak. tapi aku nak adapt situasi kalau kita kat tempat tu. make it broad sikit. face dengan semua orang. how would we act kalau duduk setempat ngan orang kita nyampah tak selesa?

tak kira melepak ngan member or anyone else. bila aku face situasi "tak selesa"...aku rasa macam duduk dalam trap. rasa susah gila nak keluar dari situasi. its good when u have guts to leave the scene or crowd or the date..but how to do that?


1. Buat Muka
Expresskan ketidak-selesa-an itu diwajahmu.  member aku selalu cakap aku tak pandai cover muka kalau tak selesa ke, tak suka ke, nak berlakon suka bagi fake smile tu memang fail la kalau aku buat. "baik ko diam je weyh. nampak fake ko senyum..." ha...kalau nak menjaga hati better tak payah. tapi cemana nak jaga hati kalau muka aku ni fail nak bagi fake feels?


2. Tengok Jam & Handphone
Allah...ni memang one of part agak mencabar. lagi-lagi bila ko asyik pandang jam. 5 minit rasa macam 5 jam. ko tengooooooook je la jam tangan ko berkali-kali pastu hempon ko skali. kalau dia concern dia tanya la "ade hal lain ke?" yess...thats the moment ko bley blah.


3. Speed dial emergency
Deal ngan member. "aku nak p date. kalau tak best aku text SOS ko call aku tau". set speed nombor dial then left a misscall ke hempon dia. then dia call balik ko trus buat ala-ala cam kena balik dan dan tu jugak. aku tak penah buat cenggini sebab aku cuak takut kantoi belakon on phone. siyes cuak. taktau pasaipa.


4. DIAM
susah kan? nak tunjuk betapa ko tak selesa taknak. nak selindung pon taknak. nak blah tak reti. takpun melepak dengan orang yang have so many things to debate on and yet ko tak minat nak dengar. nak buat ape? solution aku, diam je. sebab lagi bagi opinion lagi besar gebang. tapi diam pon haus gak telinga kan? ni pon contoh situasi tak selesa. hahaha... contoh topik yang buat aku bosan bila bergebang tentang politik, hal-hal rumah tangga, hal-hal personal thought on agama and all deep things. haishhh...DIAM je. kalau aku DIAM dan sekadar angguk tu. tanda tak berminat tu. kecuali kalau aku DIAM then atleast mencelah "ha...aku stuju part tu...ha btul3..." tu ok la lagi kan.


5. LEAST EXPECTATION
kadang-kadang kemenyampahan ini terjadi kerana kau expect tooooooooo much. lagi-lagi ko keluar dengan manusia yang memember ko da t-up gila baby siap cakap wajar sangat jadi bakal suami/isteri kau. so sah-sah ko pon berangan-rangan la pasang angan-angan cemana perangai deni. alih-alih keluar tak seperti digambar dan diangankan. so STOP with all your expectation. pehhhh speaking siot. eh serius. bila ko least expect. ko keluar pon selesa. lagi selesa bila ko menjadi diri sendiri. lagi thorbaik bila your heart skip a beat. hah! mase tu ko pepandai r. mihmihmih~


whatever it is. Hablumminannas... Hubungan sesama manusia... maaf. aku worse part ni. totally worse. jadi aku setuju cara beliau. dinch pompuan but still have good repo ngan mereka semua. kalau orang lain kata senang. aku kata susah. susah gila nak menjaga hubungan sesama manusia. lagi-lagi orang macam aku. 

Counting days~



lima belas hari lagi
menjejak 2014
dah tiba masa mengaudit diri
sepanjang 2013

tahun ni
satu-satunya tahun
aku diajar dan belajar
membuang ego




E G O
aku ada
heh...
siapa yang tengah cakap "aku takde" dalam hati tu
memang EGO

bersiaplah aku
mencuba
merendahkan
level ego yang ada
hanya
untuk
kebaikan
SAHAJA
Lillahi Ta'ala~



*satu pertemuan dengan seseorang buat aku belajar terlalu banyak benda. betul tanggapan aku dahulu. kau manusia yang aku takkan lupa kewujudan, kemunculan dalam hidup aku. betul. kau. have "something" yang orang lain tiada. panjang umur jumpa lagi. moga-moga. 

Thursday, December 5, 2013

let go


The beautiful journey of today can only begin when we learn to let go of yesterday.-benq

Wednesday, December 4, 2013

CRUSH



“Jatuh cinta dan bercinta tak sama, Miss Rania.” Giliran Irham Zahri pula menyindir. “Jatuh cinta tak bermakna you akan bercinta dengan orang yang you suka. Sometimes you get hurt, you fall. But yeah, it’s called a crush for a reason, right?”

~akadku yang terakhir by Acik Lana


oh my...this is bad... very bad miza. 

Monday, December 2, 2013

Jangan Menjawab


Jumaat lepas aku down
balik aku text sorang member
sebab kalau ko borak ngan dia
aje je akal dia boleh twist
kasi ko pikir
positive
buruk baik
husnuzon
tengah cakap cakap dia tanya
ade baca note aku tak?
pasal setiap musibah ada kebaikan
aku cakap dah
baru ni aku cek balik
belum!
baru lepas baca
pahamkan
until the last noktah
entry itu bikin aku senyum
aku faham
apa kau sampaikan
terima kasih
:)


Pada zaman dahulu, ada seorang penasihat raja yg  cerdik.. Tiap kali ade something happend kat raja, die akan cakap setiap musibah ada kebaikan..
memule raja ni ok,
tapi bila dah lama2 raja jadi fedup..  
Jatuh tangga, terhantuk bucu meja, kaki terpijak lego, sume penasihat ni bg nasihat yg sama 
- setiap musibah ada kebaikan

Satu hari kaki kena penyakit kulit. Kudisirapanau (kudis + kurap + panau)
Penasihat raja cam biasa, setiap musibah ada kebaikan
Raja naik angin
Raja penjarakan penasihat tanpa bicara I.S.B..(bukan I.S.A ye adik2, abang x minat politik)
"Nah kau.. Rasakan.. Ni musibah untuk kau.. Nak tgk ko bleh cari kebaikan kene penjara x?"

Raja happy
Raja pergi memburu
Kemudian raja terpisah dengan pengawal
Tah macam mana raja kene tangkap ngan puak asli pemakan daging manusia
Menangis raja terkenangkan nasib badan
Menangis raja terkenangkan permaisuri muda yg baru dikahwini bulan lepas
Menangis raja terkenangkan penamatan hidupnya didalam perut manusia primitif

Dirayu sudah, dimarah sudah..Langsung puak2 tu x berganjak dari nafsu makan yg tgh bergelora
Sedang puak2 tu buat preparation untuk masak raja (masak sup je pon)
sorang puak asli terperasan kaki raja.
"Look at this guy foot. So disgusting. Maybe he's got a disease. We will get sick if we eat him"
"Yeap, i agree with your point of view. We shouldn't eat him" sampuk yg lain
Puak asli sepakat lepaskan raja..
Terkedu raja...
Tak disangka kudisirapanau kat kaki dia telah menyelamatkan nyawanya..
Raja mencari jalan pulang.
Sampai di istana terus mencari penasihat di penjara.. lalu dipeluknya.
"Maafkan beta. skrg beta tau apa maksud hang dengan setiap musibah ada kebaikan"


Adik2 sekalian, sepanjang hidup kita ni akan sentiasa ada masalah..
X pernah ada manusia yg x de masalah
Yang kaya yg miskin yg muda tua, hidup, mati pon ada masalah(bagi yg akan kene sebat ngan malaikat)
Tiap kali kita ditimpa musibah, jangan sesekali mengeluh, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan org lain, marah x tentu hala, sedih menangis macam org gila..Mecarut2..
itu x bagus.
itu x kan selesaikan masalah kita.
itu cuma naikkan darah kita..
Kalau nak marah boleh, tapi marah seminit cukup la
Sedih pon sama... sedih seminit sudah.. 
Pastu lupakan perasaan tu..
Musibah keluarga ke
Musibah duit ke
Musibah tempat kerja ke..
Musibah belajar bodoh otak bengap x bleh masuk apa che' gu ajar,
Selesaikan satu2 dan hadapi dengan pemikiran yg positive

Bak kata pepatah, if u cannot fight rape, better enjoy it

Kebaikan Rambang #1


selalu aku dengar
tentang kebaikan rambang
tapi aku jarang
jarang yang amat
buat kebaikan rambang

biasalah
aku jenis manusia
tak campur manusia

tapi

kalau kau buat
kebaikan rambang
dengan kucing pun
feel tetap sama

happy bila buat kucing tu happy
as simple as
hulur kucing tu ikan secubit

situasi
dalam lift
sampai satu level
satu family masuk
dengan stoller baby skali
lift berbunyik
lebih muatan
ibu dan sorg anak kluar
tinggalkan ayah dan baby dalam stoller
dalam lift

kau dia
keluar
gantikan ibu anak itu masuk

"tak sampai hati aku nak pisahkan mereka"

(^o^)\ *tabik