* * * * * * * * * * * * * *
Sebelum kau teruskan membaca, seperti biasa, aku sarankan kau tarik nafas panjang-panjang dan standby sekotak tisu kat sebelah. Mana lah tahu, di pagi Isnin yang mendung dan sejuk ni, apa yang aku nak tulis ni memang akan tepat membelah hati kau yang memang dah rapuh tu. Jangan lupa secawan milo panas dan beberapa keping biskut kering.
Aku selalu menulis tentang Sarah, sebab Sarah kawan baik aku. Mariah juga kawan baik aku, tapi Sarah lebih baik. Tak pernah ada rahsia antara kami, sakit kami berdua, kami tanggung bersama. Aku rasa apa yang dia rasa, begitu juga dengan dia. Jadi, bila Sarah sedih, aku pun sedih. Jadi, bila Sarah marah, rasa nak putus asa, rasa nak bunuh diri, aku pun rasa tak berdaya. Macam tu la hubungan kami berdua.
Jadi, tiga tahun lepas, sambil sambil lepak di Dataran Nilai dan mendongak kepala ke atas melihat bintang, aku menjadi saksi bila Sarah menangis tanpa bunyi dan bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi. Dalam setiap air mata yang mengalir dari mata Sarah, aku nampak setiap aliran harapan perlahan-lahan keluar, dan aku juga menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Sarah bunuh hatinya sendiri, tidak sanggup dibiarkan hidup dan ditikam kejam lagi. Jadi, malam itu, aku melihat Sarah mati.
Jadi, aku pilih untuk mati bersama.
Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest. Aku tak percaya, kerana aku seorang yang optimis. Tapi melihatkan Sarah, dan merasa setiap yang dia rasa, hati aku perlahan-lahan menjadi hitam juga. Mungkin ada orang yang cakap, berilah peluang kepada kehidupan. Yang lepas biarlah lepas. Tapi kau tak pernah nampak Sarah, tak pernah rasa apa dia rasa, tak pernah kena apa yang dia kena. Pantang disentuh sikit, Sarah terus terkejut, terus panik dan bernafas lima puluh kali lebih laju dari biasa. Tidur juga tidak tenang, mimpi ngeri bersilih datang.
Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest.
It breaks not only your heart, but it also breaks your future.
Dunia mungkin akan melihat Sarah sebagai seorang perempuan biasa yang tak boleh move on. Dunia mungkin memperlekehkan kewujudan Sarah yang menjadi mangsa lelaki-lelaki yang tidak segan silu menarik tangan Sarah ke bilik tidur walau Sarah sudah menggeleng-kepala berkali-kali. Sarah mungkin hanya dilihat dunia sebagai satu korban cinta, tidak lebih dari itu. Hanya aku yang menjadi saksi, bila Sarah yang sudah mati itu ditikam kejam lagi, dijadikan korban lagi untuk tahun-tahun yang mendatang.
Jadi bila tahun ini, aku terkejut bila Sarah datang kepada aku dan menangis sekali lagi, tapi tentang seorang lelaki yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru, mengikut gambaran penglihatan Sarah. Lelaki yang bertanya jika dia boleh memberi hukum bunuh kepada barisan lelaki yang terdahulunya membuat Sarah menderita.
A hit-man, a wise guy. A killer who read books.
Dan aku gembira bila akhirnya aku melihat Sarah kini boleh tidur lena. Sarah yang dahulunya tenggelam sudah boleh makan dan minum seperti biasa. Pernah juga aku berjumpa Sarah dengan lelaki itu, selalu bertali leher biru, warna kegemaran dia mungkin. Tersenyum juga, penuh bersemangat bila berkata-kata. Mata pembunuh itu cantik, lebih cantik bila dia curi-curi melihat Sarah, lebih cantik bila dia tergelak sambil bercerita tentang dunia dan harapan.
Ya, memang dia seorang pembunuh. Lelaki di sebelah Sarah yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru itu berjaya membunuh kesemua barisan lelaki jahat yang pernah wujud dalam hidup Sarah, armed with the guns of hope and love and everything in between.
* * * * * * * * * * * * * *
seriously? agreed. first heartbreak is the hardest. it breaks not only your heart, but it also breaks you future. Allah... would you send me this hit-man, a wise guy. A killer who read books? or... a man who able to vanish all heartbreak throughout this life.
Husnuzon...
:)
No comments:
Post a Comment