Showing posts with label hakikat. Show all posts
Showing posts with label hakikat. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Hujung Minggu Yang Panjang

Assalamualaikum

lintas langsung dari office yang hanya 6 orang ja datang kerja??? wooooaaahhh seronok korang sambung cuti...huntonglaaaaa.

btw, how's weekend? great or worse? i'm having both. yup both.

sabtu penuh dengan aktiviti membuang duit. heh...tujuan utama mengikut orang lain bershopping. but somehow kalau sesape kenal aku kan...errr...mane penah aku p masuk memane tak rembat pape barang hatta barang kecik-kecik je pon kannnn...heh. ini pantang larang miza. eceh...

ok journey start at 9 a.m p breakfast @ kedai soto seksyen 8. sampai je kejang sebab nampak brader-brader JPJ. ok usha line. clear. breakfast dengan aman tanpa jantung nak meletup. haha

next place p kedai candy sat. amik chocolate bar. tak cukop!!! aku ade order 2150pcs kot! OMS OMS!!! takpe-takpe...chill...

next destination SSF Puchong. meneman mereka p beli bunga telor. aku cam bese la mata bersinar bak mentari bila masuk bahagian furniture sambil verangan memiliki rumah lalu excited nak men-decorate kannn...lalu....terbelilah aku few things. best thing ever adelah laundry bag. hahaha..best thing ever? tu je mampu? haiyooo...setiap kali masuk SSF ni aku duk usha...menarik perhatian sangat tau...puas hati dapat beli...LOL

lunch @ Murni discovery. ade menu baru yawww...n aku p try yang tak pernah makan lagi. vampire love, teh tarik terapung *ok waiter pandang semacam bile aku order banyak air. ehhh sukati lah! n makan sandwich Triple H n tak habis makan 2 small slice ja. gila aku amik heavy breakfast kot. kang tak pasal button jeans aku terpelanting tercabut plak. tapau saja laaaa....




teh tarik terapung


vampire love a.k.a Damonku love...ehhhh

Triple H *buat sendri lagi sedaaaappp laaaaa!!!



last destination for today...Paradigm Mall. movie cite hantu beb...long weekend. thongsook adelah hantu yang good looking. hahaha...pengajarannya, manusia yang diperbodohkan oleh hantu bila hantu tu cakap "aku adelah hantu...kau adelah bodoh"...sampaikan kitorang yang tengok dite ni pon terasa bodoh bai! but siyesly aku suka endingnye. tak membuatkan aku nak mengamuk kat kaunter tiket. lol



"eh...korang...jom singgah nichii.." aida berkata sejurus keluar dari panggung. "mahal la...jom carik kat cotton on" ha kat sini...kat sini lahhhhhh....aku membeli laaaagiiiiii. baju yang aku namakan thongsook...hahahaha...siap aku bagi statement "weyh gaji nanti aku nak mai sini lagi..." sambil mendapt sorakan hebat dari esah. phhhuuiii...tu semua nak habiskan duit aku jaaa...


nak share something. sunset from federal highway. mase on da way balik baru lepas kayangan. Subhanallah. mengingatkan aku satu tempat bucu kotak tempat aku melindungkan diri dari luka.


reach home with peace. berlaundry. phewww...kosong katil aku dah...bibah if u read this...katil aku free from any kain dah!!! i'm alive!! hahahaha

woooaaahhh...byk aku cte on sabtu kan..ahad...bangun-tido-bangun-tido-mandi at 4pm-keluar carik makanan at 6pm-wrapping choc bar till 9pm-tido. 

*dengar je bunyik keta-keta rempit jantung aku menderu mengalahkan enjin depa. abaikan...abaikannnnnn....

till then...happy monday alls!!!

Saturday, April 13, 2013

Ini dari dia

kau kata
bersabar
walau kau tahu
sakitnya macam mana

kau kata lagi
bertahan
walau kau tahu
penghujungnya kita tak tahu

kau bilang
aku gadis paling kuat
sebab itu
dari dulu hingga sekarang
Tuhan tetap menduga
dan kekal menduga

kau pesan
dia tahu
aku bukan gadis berakal pendek
yang mencari solution dengan cara mudah
atau bahasa kasarnya cara kotor atau ugutan bagai
btul...aku bukan begitu

kau cakap
kalau belum bersedia let go
biarkan dalam hati
kita tak boleh buat apa
Tuhan Maha Tahu
satu hari yang mulia
dia akan pergi
ini "rezeki" aku
"rezeki" dia biar Tuhan tentukan



*pelangi itu sementara...sebelum kau kenal mentari.

Thursday, April 4, 2013

TAKDIR - REZEKI

terima kasih Allah

sengaja atau tidak
rezeki aku kurang february & march
mungkin kau buka peluang untuk aku kenal senyuman girang
bila aku pincang penuh walang
berlimpah-ruah rezeki April ini Kau beri
Kau buka jalan aku untuk tidak hiraukan galau hati ini
untuk seketika

ya 
untuk seketika
bila sampai masa
aku harus fikir juga

dulu
aku selalu adaptasi kata-aka aziz m.osman
"saya tak takut dengan masalah. biarlah datang besar mana pun...biarlah datang dekat manapun jangan lari. bila kita bersedia, kita tenung masalah tu lama-lama sampai masalah tu sendiritakut dengan kita dan lari jauh-jauh"

dan sekarang aku masih adaptasi perkara yang sama
kemon la...
ini kehidupan
27 tahun 
macam-macam aku mampu lalu
alhamdu lillah
ibu bilang
aku bukan perempuan pendek akal
yang pantas mencela diri akibat nasib
kerana itu ibu biar aku
berjalan sendiri tanpa arahan
tanpa undang-undang 
sekalipun jalan penuh selut

ini baru betul 
"my life, my rules"
ehh...
assalamualaikum


*takdir menentukan segalanya
atau aku yang terlalu berpegang pada takdir
untuk kali pertama aku hilang daya
jangan sampai hati lumpuh...itu doa aku
dan hari ini adalah hari aku lepaskan semuanya pada takdir

Tuesday, April 2, 2013

Jangan


repost from FB

Jangan menunggu bahagia, baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia

Jangan menunggu kaya, baru mau beramal.
Tapi beramal lah, maka kamu semakin kaya

Jangan menunggu termotivasi, baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda pasti akan dipedulikan…

Jangan menunggu orang memahami kamu, baru kita memahami dia.
Tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu

Jangan menunggu terinspirasi, baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek, baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai, baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai

Jangan menunggu banyak duit, baru hidup tenang.
Tapi hiduplah dengan tenang, maka bukan hanya sekadar duit yang datang, tapi damai sejahtera.

Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu kejayaan, baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 

6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was


repost from: Ustaz Don Daniyal



satu perkara aku hairan
tak payah tengok orang lain
ni...diri sendiri ni
letak muka depan cermin
sambil taip entry ni

bila dapat satu-satu perkara 
yang amat bagus
bukan main 
bersyukur ya Allah bagai
alhamdu lillah bagai
sujud syukur tak lupa
*seorang sahabat selalu remind ini

bila mengemudi sesuatu perkara
kerjaya contohnya
bisnes contohnya
perhubungan contohnya
pembelajaran contohnya
rumah tangga contohnya
perjalanan contohnya
tak pernah pulak ingat tuhan
bila dah seronok
bila dah lali
bila dah lalai

nahhh...
bila tuhan bagi natijahnya
cash
mula kau nanar
mula kau libang-libu
mula kau kelam-kabut
mula kau bersujud berdoa bagai
mula kau berdoa bagai
mulalah kau fikir
tuhan sedang menduga

ini akibatnya
bila kau mahu usaha
tanpa meletakkan panji agama
dibarisan hadapan
bila kau lupa
perisai utama doa
bila kau tak ingat 
senjata paling kuat restu
bila yang kau tak terfikir
selepas tiga itu 
yang menggerakkan
usaha

ohhhoiii manusia
selain melayu yang mudah lupa
ibarat Dr.M selalu bilang  kannn
tapi manusia juga selalu lupa
begitu juga aku
aku mudah selalu sangat lupa
aku kira semua sarap terbeban di pundak
hasil nista aku tempa sendiri

*satu perkara aku pegang
kata-kata sahabat
dan prinsip diri ini
"jangan main cara kotor beb...
ni bukan macam komik kau selalu baca dulu-dulu
boleh pakai jurus bayang awan segala...
semua dari jauh dari dalam"

satu juga aku tegaskan
tiada istilah MENYESAL 
dalam hidup seorang aku
akibat dari semua hala tuju yang aku harung sendiri
lalu aku puas hati
lalu aku amat lega
sekalipun jalan aku pilih dahulu 
kadang penuh selut
memakan diri