Thursday, April 4, 2013

TAKDIR - REZEKI

terima kasih Allah

sengaja atau tidak
rezeki aku kurang february & march
mungkin kau buka peluang untuk aku kenal senyuman girang
bila aku pincang penuh walang
berlimpah-ruah rezeki April ini Kau beri
Kau buka jalan aku untuk tidak hiraukan galau hati ini
untuk seketika

ya 
untuk seketika
bila sampai masa
aku harus fikir juga

dulu
aku selalu adaptasi kata-aka aziz m.osman
"saya tak takut dengan masalah. biarlah datang besar mana pun...biarlah datang dekat manapun jangan lari. bila kita bersedia, kita tenung masalah tu lama-lama sampai masalah tu sendiritakut dengan kita dan lari jauh-jauh"

dan sekarang aku masih adaptasi perkara yang sama
kemon la...
ini kehidupan
27 tahun 
macam-macam aku mampu lalu
alhamdu lillah
ibu bilang
aku bukan perempuan pendek akal
yang pantas mencela diri akibat nasib
kerana itu ibu biar aku
berjalan sendiri tanpa arahan
tanpa undang-undang 
sekalipun jalan penuh selut

ini baru betul 
"my life, my rules"
ehh...
assalamualaikum


*takdir menentukan segalanya
atau aku yang terlalu berpegang pada takdir
untuk kali pertama aku hilang daya
jangan sampai hati lumpuh...itu doa aku
dan hari ini adalah hari aku lepaskan semuanya pada takdir

No comments:

Post a Comment