Friday, April 12, 2013

Unfinished Business

It's true that things has been said and done
but all that been said without any words
all that been done without any mutual agreement
but still
fine for me to face all this

one of my good friend tought me something
and i was hoping that i can tell you this
you r like a bridge that link both me and them
 because things happen more than few times
boleh dikira dengan jari katanya

sebagai manusia yang sering berdepan situasi itu
kau bertindak sebagai jambatan
yang menghubung aku dan dia dia
bukan masa kita yang singkat menjadi punca
tapi peranan jambatan itu punca

aku dah salah
salah memang salah
dia dia dah nilai
nilai tetap nilai
tapi kau tak cuba buka mata aku
kau tak cuba buka mata dia dia
sebelum kami bertemu empat mata
itu silap pada jambatan itu
nampak kukuh
tapi goyang

briefing lah sikit
siapa aku
siapa dia dia
bukan siapa aku pada kau
bukan siapa dia dia pada kau
tapi apa bentuk manusia aku
dan apa bentuk manusianya dia dia

kerana kau tahu apa penilaian dia dia
kau tahu apa kekurangan diri seorang aku
bukan membabi buta kau heret aku serah tengkuk
jadi papan dart tunggu di tunjal-tunjal

aku manusia wujud dipintu rumah dia dia
selepas manusia yang dia dia terima dulu
tinggi bukan jangkaan dia dia untuk aku?
kau tak sedar berat peranan perlu aku main disitu?

tak mengapa
kalau kau bertindak bacul menghilang diri
tapi tolong aku sikit bro
aku manusia perlu kata putus
baru aku tahu kau manusia begitu
tak apa
yang indah tetap kekal indah
tak ada siapa boleh punggah
yang kejam tetap kejam
kalau kau fikir kau cuba bikin aku benci
heh...kau tak cukup kenal aku lagi
bukan begitu caranya

aku kira kau mungkin sudah learn from mistake
bila aku tahu kau memang kerap
berlaku begini
hilang tanpa kata
lalu kau tangis bila kau diperlakukan dia
yang memutuskan atas talian sahaja
kau masih tak belajar dari kebodohan

walau aku terkilan
tak punya peluang tahu apa kau rasa
walau aku terkilan
tak punya peluang luah apa aku rasa
walau aku terkilan
tak punya ruang atas khilaf
yang tak aku ketahui
menggamit kebencian
dan aku terkilan
tak sempat terima huluran sahabat dari kamu

kesimpulan andaian aku mampu create
reason kau hilang tanpa kata
kau harus put a dot. not a coma.
kepantangan aku begitu

jangan risau
aku mendengar kata
macam yang kau bilang
sekalipun tujuan kau kenalkan aku
dengan gadis adik kau supaya senang jejak kau
aku tak kuasa mencari
walaupun antara kita
ada unfinished business
aku percaya qada' dan qadar tuhan
satu hari nanti adalah "rezeki" untuk kau
cuma aku harap kau mampu jadi jambatan yang kukuh
menghubungkan mereka suatu hari nanti
itupun... kalau kau sayang hati kau sendiri




Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment