Friday, April 26, 2013

PERJALANAN 30 ~ Dari Zara


Orang kata benda yang perlu dilalui setiap hari adalah asam garam kehidupan. Semua orang memang ada kehidupan masing-masing tapi adakah mereka terbuka dalam menerimanya? Entah aku sudah semakin tua ataupun aku sudah menjadi endah tidak endah bila memikirkan bahawa sebaik mana kita cuba untuk jadi, semakin banyak dugaan yang datang untuk menjatuhkan kita semula. 

Aku memilih untuk terus senyum bagaikan tiada apa yang berlaku.
Pura-pura?

Itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan dan membiarkan banyak pihak terluka. Kerana pada akhirnya, dengan mencederakan perasaan dan jiwa manusia yang kau sayangi, kau sendiri yang akan sakit tidak terperi melihatkan penderitaan yang mereka tanggungi atas kesilapan terlalu mengkiut perasaan amarah sesuka hati.

Mengalah bukan beerti kalah.
Mengalah bukan bermaksud akan terus rebah.

Mungkin juga dengan mengalah sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk masa hadapan yang cerah. Kehidupan yang lebih membahagiakan dan senyuman yang lebih murah. Bukan muka cemberut bagaikan ada najis sentiasa di bawah hidung, di atas wajah. Sukarnya menghadapi kenyataan bahawa apa yang kau sukai dihalang oleh pertalian darah merah. Barangkali itu yang terjadi bila empangan kesabaran pecah, manusia mula naik gila dan darah banyak tumpah. Ah, segalanya penuh sumpah seranah.

Perjalanan masih panjang.
Baru satu hari dikorbankan.

Adakah bunyi itu, bunyi genderang perang?

No comments:

Post a Comment