Tuesday, April 2, 2013

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 

6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was


repost from: Ustaz Don Daniyal



satu perkara aku hairan
tak payah tengok orang lain
ni...diri sendiri ni
letak muka depan cermin
sambil taip entry ni

bila dapat satu-satu perkara 
yang amat bagus
bukan main 
bersyukur ya Allah bagai
alhamdu lillah bagai
sujud syukur tak lupa
*seorang sahabat selalu remind ini

bila mengemudi sesuatu perkara
kerjaya contohnya
bisnes contohnya
perhubungan contohnya
pembelajaran contohnya
rumah tangga contohnya
perjalanan contohnya
tak pernah pulak ingat tuhan
bila dah seronok
bila dah lali
bila dah lalai

nahhh...
bila tuhan bagi natijahnya
cash
mula kau nanar
mula kau libang-libu
mula kau kelam-kabut
mula kau bersujud berdoa bagai
mula kau berdoa bagai
mulalah kau fikir
tuhan sedang menduga

ini akibatnya
bila kau mahu usaha
tanpa meletakkan panji agama
dibarisan hadapan
bila kau lupa
perisai utama doa
bila kau tak ingat 
senjata paling kuat restu
bila yang kau tak terfikir
selepas tiga itu 
yang menggerakkan
usaha

ohhhoiii manusia
selain melayu yang mudah lupa
ibarat Dr.M selalu bilang  kannn
tapi manusia juga selalu lupa
begitu juga aku
aku mudah selalu sangat lupa
aku kira semua sarap terbeban di pundak
hasil nista aku tempa sendiri

*satu perkara aku pegang
kata-kata sahabat
dan prinsip diri ini
"jangan main cara kotor beb...
ni bukan macam komik kau selalu baca dulu-dulu
boleh pakai jurus bayang awan segala...
semua dari jauh dari dalam"

satu juga aku tegaskan
tiada istilah MENYESAL 
dalam hidup seorang aku
akibat dari semua hala tuju yang aku harung sendiri
lalu aku puas hati
lalu aku amat lega
sekalipun jalan aku pilih dahulu 
kadang penuh selut
memakan diri

No comments:

Post a Comment