Tuesday, April 9, 2013

Kasar itu aku

aku terima
salah aku
khilaf aku
kurang aku
pincang aku

tapi
bagaimana untuk aku terima
semua salah
semua khilaf
semua kurang
semua pincang
atas masa kurang dari 24jam?

komen tiada
peluang tiada
ape pon tiada

biarlah
aku faham
mungkin
...mungkin aku faham

tak...
kau tak faham
dan kau takkan faham
sebab kau hanya tahu judge
kau hanya tahu tilik
pincang diri seorang aku

ada kau selam?
ada kau tahu apa aku pendam?
ada kau kisah semua kisah silam?
tiada kam? *nak jugak ujung "am" haha

kasar
itu aku
pagar yang aku cipta
tembok yang aku bina
kubu yang aku teguhkan
untuk diri seorang aku

aku tak dapat apa kerana berlembut
aku banyak hilang kerana berlembut
banyak...
percayalah...
terlalu banyak...
yang aku hilang
akibat berlembut...

dah aku berjaya
menjaga pertahanan
di perbatasan seorang aku
dari kegilaan manusia celaka

kalau kasar ini puncanya
kau fikir aku tak mampu dibentuk
kau fikir aku tak mampu menjaga
kau fikir aku tak mampu mendidik
tak mengapa
terserah

bukan aku orangnya
untuk berhipokrit
dalam wayang kau
kerana aku
sudah jelak berhipokrit di pentas seperti itu

ok aku dalam mood ber ulik mayang sekarang
sambil ber heels 4inch
berjalan seperti di pentas runaway
lembut...selembuuuuttt.buuuttt.buuutttt..
PATIK SEMBAH RATU 48 STEP FLAMINGO ZAPIN UNDUR KEBLAKANG TUANKU...


No comments:

Post a Comment