Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

HOW

Dear dad, 


i'm getting married.
yup.
your clumsy little princess once will getting married in 13 days
 pray for me dad
pray for us

his name is Farhan
Farhan...
i've search his name
Farhan means bergembira, senang, gembira, kebahagiaan
and he did
membahagiakan

i'll tell you how
how we met
how we fall
how we decide to stay and be with each other

stay strong there dad.
always pray for you.
Al-Fatihah

Tuesday, July 28, 2015

Take a step

dalam keadaan aku bersujud tubuh
sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.


dalam terjasad aku bersimpuh
terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk
teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap
sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

---fj,2010



Monday, May 25, 2015

Ubat

Selepas ibu dan adik2
Dia
Ubat
Untuk aku
Seluruh jiwa~
Tolong...KEKAL.



Wednesday, September 17, 2014

SEMOGA






Semoga tuhan lindungi kesetiaan aku disini, 
Dan semoga Allah sentiasa memelihara kesayanganku disana..

Wednesday, May 8, 2013

SEBULAN

first entry aku baca arini merentap tangkai jantung. entry cikgu zara. and she was totally right.

The most painful goodbyes are the ones that are never said, or never explained.



harini, genap sebulan. 
patutlah pagi ni duk ulang play lagu halusinasi-FT
ok aku ada misi
30 days 8May till 8June. Settle up reading all those books.
yang aku beli tak sudah baca
jangan nak layan sangat...heh

btw,
semalam start episod 1 kisah cinta
so how?
cantik tak aku?
dang!!!

semalam juga
aku tersentap
kerana sebuah lakaran
lakaran wajah
tapi aku mampu tersenyum
dek kerana kenangan
kenangan sebentuk cincin
alangkah...
...sebuah memori



Tuesday, January 1, 2013

CINTA PERTAMA @ cinta terlarang

1 Januari
selamat tahun baru
hari ini aku mood SATU
macam-macam berkaitan satu aku teringat
kali ini cinta pertama


tiada dapat aku lupa cinta pertama
apakah kau rasakan getaran yang ada
bila kita bersama
memadu asmara...

dapatkah kau rasakan 
apa yang ku curahkan

alunan suara ciptaan ku untukmu
engkaulah inspirasi 
yang memberi erti...
tiada siapa serupa denganmu manja
tiada siapa yang daku 
percayanya denganmu cinta ku
cintaku
kasihku hanya denganmu 
cintaku (2x)
kau membahgiakan daku (2x)

-Cinta Pertama by Ella



hari ni mood teringat cinta pertama
beliau...NuAz
manusia cinta pertama seorang aku
manusia pertama buat aku jatuh
jatuh pandang pertama

indah sungguh
rasa itu
ketika itu

aku seronok
teruja
bila
pertama kali
ada manusia
berjantina lelaki
mampu buat aku tersenyum sepanjang masa
mampu buat aku ketawa dengan setiap tingkahnya
mampu create "sabar" dalam diri seorang aku
mampu bikin aku nanar ada ketikanya

yang indah bukan selalu indah
bila
orang tua sendiri tak memberi restu
heh
ini aku
bukan aku kalau tak langgar
aku percaya jodoh dan takdir
dari Tuhan
aku juga percaya
kalau dah ditakdirkan Tuhan sekalipun
kalau kau tak mampu usaha untuk pertahan
pun tak guna

tolong jangan pertikai ini
isu anak derhaka
kau tak tahu aku
suatu masa dulu
itu kisah lama

seperti aku bilang
aku langgar
aku usaha
tapi bila penghujungnya berakhir
apa kau boleh kata
bukan pinta aku
tapi aku masih
mampu puas hati

sama macam kau bermain olahraga
acara sprint contohnya
kau usaha lari sekuat sepantas mungkin
tapi kau kalah
tapi kau puas hati tak?
bagi aku...ya
asalkan ku usaha sepenuhnya

bukan salah aku
bukan juga salah dia
bila orang lain
main cara kotor
ya kau dapat dia
tapi kau tak sedar?
kau sedang tempah tiket ke neraka
bila kau menduakan tuhan
untuk seorang lelaki

bukan salah aku yang kekal setia
bukan salah dia yang kekal mengejar
bila hati yang teluka
apa mampu aku buat?
guna cara kotor juga?
apa beza aku dengan kau?


kau memiliki jasad dia tapi bukan hati
bolehkah kau hidup begitu?
tidak untuk aku
kerna itu cara kotor begitu bukan pilihanku



heh...
bila kau mula tergugat
atas tiket rasa cinta kami yang kau rasa
kau goyah
lalu menjengkelkan
sia-sia
aku bukan bodoh
walau aku punya hak
tapi akal aku bukan pendek
mencari jalan pintas untuk memiliki
kerna
kau dan aku terlalu jauh bezanya

lalu
bila terjadi perpisahan
mula berbunyi suara-suara sumbang
menggambarkan
itulah natijahnya
melawan orang tua

tapi kau tak sedar
kalau kau kaji balik
bagaimana semua terjadi
kalau bukan Tuhan buka pilihan jalan begitu
pilihan ditangan kau
ini hidup kau
undang-undang kau tentukan


*setiap sujudku berdoa
moga lelaki selepas ini
mampu menggamit getar rasa itu kembali
kerna kini
aku masih rasa seperti mati
tanpa rasa