Showing posts with label AntiBioTiK HaTi. Show all posts
Showing posts with label AntiBioTiK HaTi. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Another side of me


minggu lepas
dari isnin sampai jumaat
aku kena attack
selesema & batuk
pastu demam main acah-acah
siang die ok
time malam nak tido mata panas
kaki sejuk
hah...nak mula lah tu

kamis baru aku p klinik
amik ubat
aku memang takde stok untuk flu & batuk
sebab aku jarang kena
tapi
sekali kena
berpanjangan
sampai orang ingat aku drama
babi r
ingat aku selesa?
dari kecik aku cani dah

skang pon tak ok lagi
lagi tak best berkahak
berge-lumang...dengan...KAHAK!!!

tapi untung gak
sebab stahun tu sekali dua je kena.



aku memang dari dulu payah makan ubat
tapi da besar
dah hidup sendiri ni
pepandai la pakai akal kan
sape je ade nak jage aku

time-time sakit gini
selalunya
aku merengek
mengada
memanja
segala bagai


nasib kau lah adik
dapat kakak macam aku
jumpa-jumpa mintak peluk
touch of love bagi aku
ni belum si piya
wajib tido dengan aku 
macam boleh terus sihat!
hahaaa

haih adik-adik...
jangan la cepat besar



Monday, August 19, 2013

Selamat Ulangtahun Bunda



kelu
aku tiada kata
tiada aksara
tak tahu
kalau pasal bunda 
aku kelu

owhhh
kalau pasal cinta macam-macam kau taip!

tidak
kalau pasal bunda lagi bermacam
cuma...
yang bermacam itu
sudah berpintal
sudah bercampur
sampai tak mampu
nak luah apa

kadang nak cakap A
tapi terluah B
kadang nak cakap Z
tapi terluah F

cukup sekadar
aku mohon

Tuhan tolong aku
fahamkan bunda
aku cinta dia
sepenuh jiwa

Tuhan tolong aku
tenangkan bunda
dari segala lara
tanpa duka

Tuhan tolong aku
kurangkan sakit bunda
dari kesakitan itu
tanpa parut

Tuhan tolong aku
lihatkan senyuman bunda
dari luhur hatinya
tanpa air mata


senyum bunda terima bunga. senyum bunda terima kek. tapi bunda demam. panas badannya. berselimut berstokin menggigil. menggigil hati aku. lara jiwa aku. 

Tuhan tolong aku
buang sayang dari hati aku
untuk sang durjana lain
selain untuk bunda

Assalamualaikum.


Wednesday, May 22, 2013

Ini Kisahnya




Ini kisah nya
tentang pertembungan tak dijangka
bila aku mula tanam
dua jasad dan jiwa berbeza
di dalam kawasan yang sama
dengan kuasa Tuhan
tidak sekali bersua
itu Tuhan nak tunjuk
tiada jodoh
supaya cepat aku let go
supaya cepat aku bangun
supaya cepat aku bangkit
supaya cepat aku berlari

apa mampu aku buat
bila kuasa Tuhan
tak mampu aku tidakkan
pertembungan
yang bukan satu pertembungan
tapi satu pertemuan
yang tak terjangka
tak terlintas
dan...
kuasa Tuhan sahaja mampu tahu
gendangan jantung yang hilang rentak
hilang ritma
hilang melodinya

aneh juga
kerana sepanjang hidupku
permaisuri terhormat takkan pernah bertanya
tentang seseorang yang pernah singgah dalam hati ini
lebih dari sekali
tapi ini lebih
begitu juga kali ini
sekali lagi

Allah...
Kau sahaja tahu apa aku minta
setiapkali tanganku memeluk jantung kejap
sila lah
kejam sekalipun
buang saja dari hati ini
kerana dia ada rasa
S.A.K.I.T.


Assalamualaikum



Wednesday, May 8, 2013

SEBULAN

first entry aku baca arini merentap tangkai jantung. entry cikgu zara. and she was totally right.

The most painful goodbyes are the ones that are never said, or never explained.



harini, genap sebulan. 
patutlah pagi ni duk ulang play lagu halusinasi-FT
ok aku ada misi
30 days 8May till 8June. Settle up reading all those books.
yang aku beli tak sudah baca
jangan nak layan sangat...heh

btw,
semalam start episod 1 kisah cinta
so how?
cantik tak aku?
dang!!!

semalam juga
aku tersentap
kerana sebuah lakaran
lakaran wajah
tapi aku mampu tersenyum
dek kerana kenangan
kenangan sebentuk cincin
alangkah...
...sebuah memori



Monday, May 6, 2013

Semalam

semalam
hati ini terusik
terusik gara-gara itu
gara-gara lakaran sebuah wajah
wajah di dalam memori
wajah yang punya memori mendalam
memori yang aku kesal
kesal kerana tak mampu
ya aku tak mampu beritahu kau ini...
...you are the best partner in crime ever
hanya jika aku dan kau tidak disatukan hati kala itu
maka kau adalah manusia paling sajak
untuk posisi itu


hari ini
aku hanya mampu fikir
satu kalimah
M E M O R I
semoga kekal yang indah sahaja
kerana bila semuanya melebihi benci
walau aku tahu
aku kena kerja kuat
lebih struggle atas nahas aku cari sendiri


aku maafkan diri aku kini
atas keterlanjuran
melepaskan hati buat sesuka hati
tak fikir diri sendiri mungkin sakit hati
heh...hati...
..dia ada rasa

Wednesday, April 10, 2013

RAMBUT

receive text dari seorang kawan
"za...ko jangan nak kerat rambut lagi oke!!! ini amaran keras!!!"

heh...
aku pernah potong rambut pendek-sependek-pendeknya
aku pernah simpan rambut panjang-sepanjang-panjangnya

sila jangan lupa
aku manusia penggemar...
mencipta metafora untuk setiap 
yang berlaku 

serabut-frust-tension
untuk lupa segala
aku dengan pantas 
melangkah ke salon unisex blakang blok umah
potong pendek

serabut-frust-tension lagi
pantas aku capai kunci kereta 
drive terus ke salon nyonya area semenyih
pendekkan lagi

masih serabut-frust-tension
aku repeat ke kedai nyonya tersebut
ni paling habis pendek aku mampu buat
balik-balik umah bukan ibu yang bising dah
dak adik yang membisingkan diri sekarang
ha hambek...
hahaha...

tapi 
aku pun tak tahu
metafora ini 
memang membantu
aku lupakan segala
ibarat masalah bergentayangan di rambut
bila potong
free-ringan-bebas
haha
ya itu gila
tapi percaya itu menjadi
untuk aku

frust-tapi masih mengingati
satu saja aku pernah lakukan
selepas tamat dengan NuAz
panjang-sepanjang-panjangnya rambut aku simpan
sampai kena bahan
"ni ko mandi mesti scrub badan pakai rambut je kan"
choiiii!!!!

aku tak tahu apa bakal jadi pada rambut aku kali ini
hahaha
bergantung pada kegilaan aku kali ini
owh...yang aku sendiri tak pandai duga

assalamualaikum

Sunday, November 18, 2012

PIJAK KEPALA

Jangan kerana aku yang GIGIH & xkenal apa itu GIVE UP kau boley pijak kepala aku lalu kau lenyek dengan tumit persis padam api rokok!!!
Aku manusia yang kenal apa itu SABAR.
ohh jangan lupa yang aku pernah berkenalan dengan KEJAM.

Saturday, April 28, 2012

29 April

5 jam lagi...29 April birthday aku. Spanjang aku bercinta dengan mana2 llaki...aku xpnah dpt celebrate birthday. Skali je pnah dpt hadiah. Mase birthday tahun 2009. Tak pnah aku dpt feel mcm mane celebrate birthday dgn bf.

Llaki dulu siap xpnah igt n ssh nk igt bday aku. Siap wish sminggu awal. "alang2 org tgh igt ni org wish dulu eh...tkut nnt tlupa...happy birthday".

Masa dgn dia skarang. Aku igt lg 1st year midnight on bday aku. Bdebar sgt tggu die wish...1st time dpt bf yg dkat dgn aku. Mase tu final exam fever so tgh mlm pn xtdo lg. Die kol, ckp lapa n ajak makan. Mase tu umah sewa kat blok 44 lg. Aku turun2 je dia kat bwh...dia hulur 1 paper bag kaler purple n wish happy bday. Then dia bwk mkn kat mamak bidayah @ plumbum. Aku mkn roti canai n the tarik. Dia duduk seblah aku. Tgh mkn tu nady n Atin kol then nyanyi lagu bday.

Aku xtau ape die rase mlm tu. May b as llaki die rase xbest celebrate bday awek cmtu. May be ...may be sbb tu die ckp nk ajak tman mkn je instead of celebrate birthday. But that nite was my perfect birthday nite ever. Sgt rase di appreciate.

Blk umah aku bukak hadiah yg die bg. 1 box of ferrerro rocher. Senyum smpai telinga. Yup chocolate. N I'm having my first bite berair mate. Sumpah tu hari yg plg happy cz I can feel the sincere pd hadiah tu. Aku makan each piece choc sket2. Then pembalut yg gold tu aku simpan selit dlm buku Strategic Management sbb mase tu dok study tuk paper SM.

After that year mase tgh practical aku jupe blk sume pembalut choc tu then aku kumpul wat bentuk love. N I called it gold heart. Aku letak dlm kotak kecik then balut bg dia. Ask him to take a good care of the heart. Die ckp insya Allah org jage.

Few years then we never celebrate mine or his birthday. Never get the chance. Aku pn da x pnah dpt hadiah. Aku x kisah pn. Sbb dia mmg akan tanye aku nak ape utk bday tp aku mmg xtau nak mintak ape. Pd aku klu org nk bg aku hadiah semurah mane dan semahal mane pn aku terima asalkan bukan aku yg mintak. Aku nk iklas dari hati. Until last year aku mintak something. Aku mintak die spen mase je ngan aku. N aku appreciate sangat2 die siap slow talk ngan penyelia die sbb sppose die ade program mlm tu n btau die da janji nak spend time ngan aku. Kami p konsert wings.

A year later...this year. 25hb, die kua 1 statement.... He want to let me go. N that was the hard moment ever in my life. Hadiah harijadi n anniversary 4 tahun yg paling aku x duga. Harini...aku x dpt kata putus lg. Tp aku xtau nak harap pape. I've lost hope. I've lost . Aku mmg xtau nak pk ape. Sampai nye hati.... Tuhan je tau ape aku rase. Tuhan je tau....

Sampai skarang aku harap mlm tu xpnah happen... walk away....i will

Friday, April 6, 2012

Sabar??

Aku tau ni x adil utk dia. Tp aku xtau certain part aku cpt ilang sabar. Anger management aku getting worse kot. Tp org kiri kanan sume ckp aku sabar gila ngan die. Tp ble bjumpa, bcakap aku mcm tade kesabaran pun? Nape?

"za, ko bape ari lg x ganti pose?"

Motif tanye soalan tu? Ko saje tuka topik kan? Banyak hari lagi. Taun dulu2 pn x settle lagi.

"Good...ko puase la za...ko blaja saba from that. I didn't know either its gonna work on u or not but but my friend did it n he's getting calm rite now...kang aku suggest ko mengaji cr ketenangan kang ko igt aku perli ko plak..."

Tu bukan perli ke tuh!!! Sempat kau kan...cibai
* mmg byk hari nak kne ganti pose. This is the 4th day pose...we' ll see..

Tuesday, December 6, 2011

Ape lagi????

Ape?
Ape lagi?
Ape lagi yang boleh aku mintak?
Aku pun xtau dah.
Aku mintak kau jujur.
Sumpah susah kan..
Aku tak kata kau tak jujur.
Sumpah takde bukti.
Yang ada semua dah bagi pada kau.
Cuma...
Aku mintak pada Dia...
pinjamkan kau pada aku selama yang boleh.
Pinjamkan rasa itu untuk aku seorang selama yang boleh.
Kalau ikut hati tamak ini...
Aku mintak pada Dia...
Hanya aku seorang yang menunggu kau dihari kebangkitan nanti.
Boleh?
Kalau nama kita sebelah menyebelah dalam luh mahfuz..
Haruslah boleh.
Kalau tak?
Kalau tak...
Aku mintak pada Dia...
Bawak kau jauh-jauh.
Jauh sejauh-jauhnya dari pandangan dan hati aku.
Boleh?
Dia Tuhan. Semestinya boleh.
Lagi?
Ape lagi yang boleh aku mintak?
Aku mintak pada kau...
Respek hubungan yang ada...boleh?
Aku tak kata kau tak respek.
Ini aku mintak.
Kalau tak boleh...tinggalkan kepompong ini saja.
Jangan bagi semak
Jangan buat palat

Monday, December 5, 2011

Luahan tanpa rasa

Baru nak amik mood...
Plucking guitar yang da berabuk...
yup...da aim nak blaja lagu ape..satu lagu yang special.
Mood sudah hilang.
Rasa sudah pergi.
Sumpah.
Aku mungkin lali bila begini.
Ini sampah

Thursday, November 24, 2011

INI ENTRY TANPA TAJUK

Hidup...tak seindah yang kita sangka.
Diri...tak sesempurna yang kita bayang.
Hati...tak setulus yang kita impi.
Janji...tak sekuat yang kita lafaz.
Ikatan...tak seutuh yang kita pegang
p/s-bila lone ranger kembali ke markas. Memang begitu dia mati dipersembunyian

Thursday, November 3, 2011

cinta

Cinta bukan perkara main-main.
Jgn lah nak meminta jika kau tak yakin kau
mampu beri smpai hayat kau tiada lagi
--
KarMiza

Saturday, October 15, 2011

Bile rase nak demam

Bangun tido kepale berat
bile kepale berat pening mengalahkan migrane
bile pening mengalahkan migrane kepale mule panas
seteruenye mesti leher rase panas...
Kemudian tekak rase tak sedap.
Tunggu je lagi sket mase...
Kalau kaki jadi sejuk...
Kompem...
Confirm...
Pasti...
KOMFIREM!!!
Nak demam la jawabnye.
Tp klu takde perubahan kat kaki. Rilek der...
Itu sekadar fining2 biase.
HARUS pakai stokin elak kedemaman mencengkam badan.


Tp tekak da start tak best.

Errmmm mau makan yang itu...
Makanan wajib utk tekak aku dikala ini.
Nasik putih yg dimasak bsame grm + smbal ikan bls dgn cili api yg pedasssss sokmo.
Urgghhh...
Great sangat...









--
KarMiza

Friday, August 5, 2011

kesalahan @ penyesalan yang akan diingati?

-------------------------QUOTE----------------------------

You deserve someone who knows how 
to make things up to you after hurting you.
Not someone who is very good with just the word, "sorry."

-------------------------UNQUOTE----------------------------

ini status cikgu zara petang hari ini.





manusia memang tak pernah lari dari berbuat salah.
tp setiap satu itu ade perbezaan.

kau buat salah kau menyesal, kau buat lagi.
kau buat salah kau menyesal, mengaku salah.
kau buat salah kau menyesal, kau taubat.
kau buat salah kau menyesal, kau minta maaf.
kau buat salah kau tak kisah, kau buat lagi.
kau buat salah kau suka, kau akan buat lagi.


ape beza semua?


menyesal saje tak guna.
kalau kau da buat satu kesalahan kau patut tahu
bahawa ade kala kesalahan itu bikin kau tak jujur.
naaaah...kau kantoi.

kau pilih,
menyesal?
jujur menceritakan kesalahan?
mengaku bersalah?
ungkap kata maaf?


kau patut tahu bila sekali kau ditangkap tak jujur...
mungkit akaun atas nama percaya semakin dikreditkan.
kau patut tahu kau DITUNTUT untuk laku sesuatu 
MENUNJUKKAN bahawa kau
MENYESAL SEPENUHNYA.



bagaimana?
jujur menceritakan. baik atau buruk cerita itu.
kalau kau nak kaut semula rasa percaya yang cicir di pinggir jalan itu,
sila BERTERUS TERANG!



kebenaran MEMANG menyakitkan.

ape lagi yang mampu dia lakukan selepas mendengar KEBENARAN 
tentang KETIDAK TELUSAN kau terhadap dia??
kalau dia kuat mengikat jiwa dengan kau,
dia akan merhargai usaha kau punya terus terang itu!


sekian...






blog picisan
*ketidakjujuran itu membuktikan seseorang itu tiada rasa hormat terhadap satu-satu perhubungan. macam...kau hormat ibu dan hubungan keluarga, tapi kau tak jujur? bangang. memang sesuai panggil kau bangang la kawan.


Thursday, August 4, 2011

MARAH


TAK TAU KNAPE BLN POSE NI DA 4 ARI...PAT2 ARI NI GAK AKU TERINGAT PERISTIWA AKU TAU ADE MANUSIA YANG TAK JUJUR NGAN AKU & TAK MNGAKU SALAH N TAK BTERUS TERANG TENTANG KESALAHAN DIA. AKU MEMANG MEMAAFKAN

BUKAN MENYALAHKAN KEHIDUPAN
NANTI DIKATA MENYALAHKAN TAKDIR.
JADI
AKU SALAHKAN KEPUTUSAN DIRI
YANG MENJADI PUNCA HADAPI MANUSIA INI.





Doa Menghilangkan Rasa Marah :



A'uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk."

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :



La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab'a wa rabbul 'arsyil 'azimi, la ilaha illa anta 'azza jaruka wa jalla sana'uka.

Artinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara 'arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu."

Doa Menjauhkan Permusuhan :



Allahumma la tusymit bi 'adwwi wa la tasu'ubi sadiqi wa la taj'al musibati fi dini wa la taj'alid dunya akbara hami wa la tusallit 'alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Artinya: "Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri."

--
KarMiza

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...


1 ramadhan menjelma.
salam Ramadhan aku ucapkan.
semoga berjalan lancar seperti yang diingini.
mohon ampun dan maaf untuk segalanya.
untuk "kamu", aku benar2 pohon pada Tuhan,
semoga Dia bisa bikin aku melupakan segala dusta yang berlaku.


aku tinggalkan 11 amalan sunat bulan Ramadhan untuk amalan [sekurang2nya] di bulan Ramadhan ini;


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah S.A.W dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.