Wednesday, May 22, 2013

Ini Kisahnya




Ini kisah nya
tentang pertembungan tak dijangka
bila aku mula tanam
dua jasad dan jiwa berbeza
di dalam kawasan yang sama
dengan kuasa Tuhan
tidak sekali bersua
itu Tuhan nak tunjuk
tiada jodoh
supaya cepat aku let go
supaya cepat aku bangun
supaya cepat aku bangkit
supaya cepat aku berlari

apa mampu aku buat
bila kuasa Tuhan
tak mampu aku tidakkan
pertembungan
yang bukan satu pertembungan
tapi satu pertemuan
yang tak terjangka
tak terlintas
dan...
kuasa Tuhan sahaja mampu tahu
gendangan jantung yang hilang rentak
hilang ritma
hilang melodinya

aneh juga
kerana sepanjang hidupku
permaisuri terhormat takkan pernah bertanya
tentang seseorang yang pernah singgah dalam hati ini
lebih dari sekali
tapi ini lebih
begitu juga kali ini
sekali lagi

Allah...
Kau sahaja tahu apa aku minta
setiapkali tanganku memeluk jantung kejap
sila lah
kejam sekalipun
buang saja dari hati ini
kerana dia ada rasa
S.A.K.I.T.


Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment