Monday, May 13, 2013

B-A-H-A-G-I-A



Bahagia

aku bahagia bersama keluarga tercintaku
aku bahagia bersama sahabat jatuh bangunku
aku bahagia disamping teman air mataku
aku bahagia di pujuk kawan yang menyenangiku
aku bahagia dengan rakan lapangan kerjaku
aku bahagia diulit kerjaya begini
aku bahagia ditunjangi bos terbaikku

bahagia
kalau itu bahagia kau maksudkan kawan
aku bahagia
yang paling penting aku bahagia punya semua pengalaman begini
bahagia dengan segala kesakitan
bahagia dengan jatuh tersungkurku
bahagia dengan air mataku
bahagia dengan kesilapanku

oh itu
belum
aku belum bahagia
belum bahagia untuk manusia dipanggil lelaki
atau lebih tepat kekasih
atau paling tepat bakal suami
atau tepat sekali pintu syurgaku
itu belum
aku kira aku belum bahagia yang itu

tak mengapa
aku masih perlu merasa bahagia
untuk bahagian-bahagian yang lain

thank you for your concern kawan-kawan
i appreciate it
ini episod cerita aku
i'm suppose to be the lead 
bukan watak sampingan
atau watak utama yang tiba-tiba ditendang menjadi watak sampingan
oh tidak
aku tetap watak utama
cuma 
episod kali ini aku tak dapat banyak scene atau babak
episod akan datang akan ada
harus ada
kerana 
ini
hidup 
AKU

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment