Monday, April 29, 2013
//SHARING// GELAS
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ini?” “10ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya.
Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab.
Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab.
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”. Murid-murid mula pening, gila ke apa cikgu ni?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital? “Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari.
Begitulah diibaratkan dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban sesuatu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi, jika masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama. Jadi, setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa. Segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun, otak kita akan jadi ‘fresh’ dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment