Friday, December 6, 2013

HUKUMAN DAN REALITI.

Aku copy cite ni dari fesbuk


KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak

kisah yang sangat menyentuh hati, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.


Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
tamat. 



Semalam ramai share kat fesbuk pasal sorang lelaki dipukul sampai mati kerana mencuri duit tabung masjid. sampai mati. SAMPAI MATI. lunyai dia kena bantai. ape bentuk hukuman kau bagi ni? hudud pon tak macam ni untuk hukum orang mencuri. aku marah. aku marah dengan situasi macam ni. 

sorang member penah cakap kat aku, kalau kita cekup org atau kantoikan orang atau confront dengan orang buat salah. besar mana dosa atau salah dia buat. dia tetap Allah bagi ruang untuk mintak maaf dan bertaubat. terpulang pada kau nak bagi peluang dan ruang macam mana. dua-dua pihak hatinya tak bertambah hitam. 

ni kau dah kantoikan dia. dia sah-sah dipihak salah. kau da pukul dia kasi pengajaran la katanyakan. sampai terlerai nyawa dari jasad?

Allah...besar harapan aku itu perlakuan tanpa sengaja. besar harapan aku ralat begini tidak semudah terjadi kendian hari. besar harapan aku kalau kita rejamkan SYAITAN yang hasut beria kat cuping telinga ni. besar harapan aku kita kita sempat berhenti bila jiwa laju dihasut SYAITAN yang meronjet-ronjet menikmati kemenangan.

Allah... besar harapan aku dalam pada tengah dipukul dia sempat terdetik insaf. sebab aku tahu. aku paham. manusia bernyawa macam aku ni pun. yang berganda-ganda dosa ni. kemain liat nak insaf. kemain payah nak sujud. ego betul dengan manusia keliling. Al-fatihah~

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment