Monday, May 5, 2014

Apa boleh aku buat

Apa boleh aku buat
Dengan kau...
Bilamana sekarangpun aku tetap rasa
Setiap rasa
Sama
Seperti rasa yang dulu

Kau dekat
1 inci depan aku
Apa boleh aku sentuh kau?
Tidak
Apa boleh aku kekal dekat begini?
Tidak
Apa boleh aku buat
Dengan kau...

Aku boleh rasa satu penyesalan
Kerana aku baru sahaja
Melangkah kearah kesakitan hati sendiri
Apa boleh aku buat
Dengan kau...

No comments:

Post a Comment