Tuesday, December 28, 2010
Thursday, December 16, 2010
Untuk Rasa Lebih Tenang....
Aku petik dari facebook "in a relationship"
nice things to share...
Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita. Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.
Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…
Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.
Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.
Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.
Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….
Wednesday, December 8, 2010
Naskah terbaik buat kamu
**Naskah ini ku titip dari "Dunia Sebelah Zara"
Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?
Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.
Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.
Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.
Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.
Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?
Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?
Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.
Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.
Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.
Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.
Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?
Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?
ce cte ce cte
Aku punye hal,
Dunia Sebelah Zara,
pUiSi,
Repost,
saat terindah
Tuesday, December 7, 2010
.::.Godfather~Mafia Nite~Roaring 20s.::.
Date : 4 Dec 2010
Place : Evergreen Laurel Hotel
The day before....
"duh,klu camni ar rase ikut orang g shopping sumpah aku tanak follow lg dowh.
ko nak cr kasut spasang je kowt .JJ ni pun tade r besa mane. sume kedai kasut aku rase nak dkat 3 kali ko kuar-masuk, kuar-masuk. tak jupe2 lagi mane yang bekenan ke cik aida ui!!"
....tp tu sume dlm ati je uh aku dlm ckp kan...haks
mane brani nak spoil org yg tgh bsungguh2 cr kasur dinner.
tp mmg siyes mlm tu blk je memang bdenyut2 r tapak kaki aku nih...
The day...
oleh kerana kne ade di evrgreen 6:30 pagi...diulang 6:30 pagi!!! so pkul 6 sure da kne siap kan?
set jam pkul 5:30 pagi...unfortunately 5:15 pagi da terjage
ni klu tdo blk memang pengsan...
maka rajinlah aku memasak breakfast jap...cucur je smpat...=p
6:40 da sampai kat ofis. tunggu sume orang sampai then 7:00 pagi bas bertolak.
sure tak lupe...text send to ibu + him (dont worry i'll be good there) =p
tambah tolak brenti makan, brenti terkucil sume smpai r kat hotel pukul 2:00 ptg.
again text send to ibu + him (safely arrive)
dgn nak check in lak lambat...hish...klu tak sempat r ngengade g sauna...=p
rommate ngan aida @ room 1223
![]() |
| Tingkat 12 okey...12!!! tak gayat pun okey!!! hohohoho (gelak sambil kaki ketar) |
![]() |
| Bed for us |
Here comes the nite...
bersiap...mimi + hani setuju bersiap kat bilik kitorang setelah aida wat cte sedey die....
(sedey r sgt konon make up tak byk nak share2) itu agak sedey gak r utk situation tersebut...=p
ce cte ce cte
Aku dan Kawan,
owh day...=),
saat terindah
Wednesday, November 3, 2010
Doa~
Ketika malam datang melamar
Duduk ku sentiasa di kamar
Ku himpunkan sebuah doa yang panjang
Untuk semua yang ku teramat sayang
Doa pertama buat Babah
Ku harap Babah kan berubah
Bersama membina keluarga kita semula
Agar kita kekal bersama
Doa kedua buat Mama
Semoga Mama kan sentiasa gembira
Tanpa ada sebarang penyakit
Atau sedikitpun hati yang sakit
Doa ketiga buat Abang
Dan keluarganya yang kecil
Supaya rezeki sentiasa berkembang
Dan tidak lagi hidup terpencil
Doa keempat buat Adik
Yang bersama hidup senasib
Ku harap kau kan berjaya kelak
Membantu ku merubah yang malap
Doa kelima buat diriku
Yang pasrah dengan apa yang berlaku
Moga ku kan bangkit dan mara
Membina semula harapan keluarga
Lima lagi doa ku rahsiakan
Sebagai satu amanah yang disimpan
Moga akan menjadi pedoman
Ketika ku hidup tanpamu..... Wahai Teman
Subscribe to:
Posts (Atom)




