Wednesday, April 6, 2011

Mungkin silap aku terlebih sayang dia.

S: never ok.

Z: kenape jd cani, setahu aku korang pasangan paling sweet dikalangan kawan-kawan.
 Sempoi, but still full of love into each other.
S: Aku pun xtau nak ckp camane.  Aku mengaharap kami masih seperti dulu.

Z: Apa puncanya?
S: Dari kami sendiri. berjenaka tak bertempat, ego,
 terlalu serius nak kahwin sedangkan punya masalah kewangan,
masalah untuk meluangkan masa.

Z: Terlalu serius nak kahwin boleh dijadikan punca kamu bergaduh ke?
S: Yup..bila kau masing2 terlalu serius hingga terlepas kata pada org tua "kami nak kahwin pd bulanXX". tentu2 lah ibu bapa mana tak seronok kan. sedangkan kewangan kami sangat tak stabil.
dan ini dijadikan punca setiap kali duit takde, takde mase nak spend time,
kekukuhan kewangan buat kami selisih faham,menyebabkan kami bertikam lidah + ego masing2,
dan semakin parah lah perhubungan kami. [menangis]

Z: Sudahlah...mende boleh settle...
S: tak sampai kat situ je. Bile dia rase aku da semakin tak boleh dikawal.
Dia lebih rela manjalinkan hubungan dengan gadis lain konon lebih matang dari aku yang punya fikiran lebih matang dan emosi yang stabil bisa menenangkan dia selalu. aku bukan tunggul Z.

Z: Kau memang bukan...
S: masalah pd dia, dia tak membezakan setiap masalah di dalam tajuk2 sendiri dan selesaikan setiap satu. mana yang tak boleh, KIV la dulu. ini tak, dia gaulkan sebati manjadi satu adunan dalam kepala hotak dia tu! memanglah takkan settle.

Z: sabar...tak baik cakap mcm tu. dia lelaki, seorang yang perlu kita hormati.
aku selalu cakap begitu kan. walaupun dibelakangpun kau tak perlu ckp dia begitu.
S: Betul...tapi ape yang dia buat haruslah setimpal dgn sepatutnya perasaan hormat aku pd dia! jangan fikir bila dia sangat selalu bergaul dgn org lebih tua, dia da boleh jadi matang! aku terkilan sangat dengan perbuatan dia menduakan aku.

Z: kau pasti die menduakan kau? tengak dgn mata jgn percaya kan.
S: klu ada "sayang" "miss u" sayang awk sgt" "gonna miss u" etc...
cuba kau yang bijak ni tafsir apa maknanya?
Z: Ermmm...



***kawan, perkara pertama kau patut tahu bahawa bukan semua lelaki bisa menjadi SEMPURNA seperti kita mahu. Perkara kedua kau perlu tahu, Tuhan TAKKAN bagi lelaki yang kau mahukan TETAPI Dia akan bagi lelaki yang kau PERLUKAN. Perkara ketiga kau WAJIB tahu, untuk apa bersama dengan lelaki yang tiada SAYANG & CINTA untuk kau? heh...kisah kau boley jadi CERMIN juga untuk aku mungkin.


--
KarMiza

Saturday, April 2, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

After Terima Kasih Cinta then
Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Actually wa bli tic tu tuk g ngan Mr.Enal wa.
Then beliau ade tanggungjawab yang perlu dijalankan.
lalu wa mencube untuk jual tic tersebut.

tak terjual lak cuz tiv agak mahal yg wa beli kali ni.
lalu wa meng-halo2 memember yang melayan teater.

last2 amee yang wa angkut.
settle.

abis keje gerak. part kecuakannye adelah minyak kete tinggal 2 bar je beb.
sampai istana budaya da blinking seyh.

Antara pelakon yang bakal menyertai pementasan Lat Kampung Boy ialah Awie sebagai Lat, Atilia (Faizah – isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Mrs Hiew.

Seat terbaik yg berjaye wa bli grand circle seat depan skali after VIP. 
naseb tak baik duduk seblah artis plak (deana yusof) + sangat sombong oke. fine u cantik..so?
 wa datang tak tengok u k. 
wa genjat nak jupe awie je oke.



oke sneak sket pic yang ade...=p




















Tuesday, March 29, 2011

~Terleka + Terlena ~



bajet busy gile sampai tak sempat nak godek blog sendiri kan....

bersawang trus jurnal terapi aku nih. dem...

berita, cerita, derita sume tersimpan rapi cume x sempat story mory ja...

haish....


oke....malam ni nak bertapa mengupdate blog + story tentang boyfriend baru + 
addiction baru + activity baru dihujung minggu + cerita derita hati....wachaa!!!


Sunday, March 27, 2011

"Kite bet nak nanti pas grad sape kawen dulu...."


Tu antara perbualan antara dzai, shikin, ilya & aku bertempat di bilik Dzai n Shikin kat kolej intan UiTM Segamat. Fuuuhhh tepat seyh....dorg sume da kawen dulu...aku? tinggal...hahahahaha

smalam g wedding Dzai & Ejam @ Selayang... gerak dgn Cik Abg Enal kite bersame si merah.

jumpe shikin yg tgh sarat pregnant & ilya senyum sambil menghulurkan wedding kad beliau... 

mari lihat.....=p










another one thing....before bergerak ke kenduri dzai,aku telah memperkenalkan cik abg enal dengan damon...=)

Saturday, March 5, 2011

Terima kasih cinta.....untuk segalanya.....kau berikan aku kesempatan ini~

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
Bertempat di Istana Budaya

04 March 2011







*aku suka setiap pasangan dalam teater ni...=)

  Safura & Latiff Ibrahim - orang nyanyuk pun masih faham dan ingat cinta beliau...aku kagum dengan watak lelaki ini.


  Faradhiya & Shajiry - hidup perlu duit. takde duit hidup tak jalan. tapi untuk ape harta & kuasa tanpa kasih sayang?


  Deja Moss & Anding - Cinta sedarah daging takkan terputus. pulangkan pada peminjam sekiranya cinta sudah tiada


  Norish Karman & Tony Eusoff - Manusia berubah. cinta juga mungkin berubah. puncanya? appreciate mereka yang dipinjamkan kepada kita.


Nadia Aqila & Vince - Terima pasangan seadanya. kekurangan semalam tidak bermakna ketidaksempurnaan untuk esok



**andai satu hari nanti Tuhan tarik semula hati yang mencintai aku, aku bersyukur Dia sudi pinjamkan hati itu selama mungkin. Terima Kasih Tuhan