Monday, April 1, 2013

ROMANTIKA

baru lepas tengok romantika @ astro

episod yusry & lisa surihani

one thing they both always said, about time flies in their relationship

macam tak sedar masa berlalu

"they always said, kalau tak rasa the time it means its been good..."

*i'm shock with this phrase. felt the same.

Pencinta Teh


aku memang pencinta teh
dari dulu
zaman sekolah lagi
teh cap masjid
wangi...heh

masuk zaman sambung belajar
Ahmad Tea English Tea
tak tau pasaipa
tapi memang sedap

Kalu p lepak mamak
kadang-kadang aku p reject port tu
semata-mata sebab
tek tarik depa tak sedap

Zaman belaja kat S.alam,
setiap kali lepak satu kelas
kat Shah Alam ni kan...pada aku
teh tarik yang paling ummphhh
Khulafak Bistro @ Sek.7
Sampai setiap kali lepak
kompem order teh tarik 2!!!
sampai penah kena sound 
Salman kalo tak silap aku nama classmate tu
"hang pasaipa order skali dua?"
*oh die memang pure penang mari...hahaha
aku senyum ja mampooo

Zaman sekarang
zaman berdiet
Green Tea menjadi pilihan
eceh...
tapi Ahmad Tea aku memang tak tinggal
untuk breakfast
kate english breakfast kannnnn
english sangat *tangan di bahu

Sebab itu
Cameron is my favorite place
seriously
1st time jejak pon trus p ladang teh
minum teh kat sana
nikmat.....

hati ni selalu je nak repeat p sana
teringat teh yang macam-macam
tapi kalau orang tanye 
kenapa suka cameron
kemon ar...
kompem jawab sebab strawberry kannnnn


Tentang Rasa

Baru nak amik mood
nak tido
seperti biasa
harus ada muzik
malas on mp3
kerana tido luar aku on saja radio di astro

lagu itu
tiba-tiba aku teringat
kali pertama karaoke bersama
memang lagu itu aku pilih
tuju buat kamu
tapi spoil sikit sebab lagu rosak
ok tang chorus pon jadi

lagu apa? 
lagu ini
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

bila lagu rosak 
aku pilih lagi satu lagu
juga tuju buat kamu
kalau paham la waktu itu kan
tapi tak semua part la...few part je memang khas...
hahaha

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
tapi sumpah
nasib baik bilik gelap
kalau tak
kompem nampak pipi aku ade blusher tetiba
hoh!

ok
nak layan lagu
da amik caffox
layan stone
mari tidur
assalamualaikum




Susah nak elak

Semenjak aku kenal
aku kira kosong kali
aku tidak bercerita perihal dia
susah nak elak

kalau menghilang
atau menyepi
aku tak halang
malah memahami

ini
entry ini
punca dari satu rasa
R_I_N_D_U
kalau depan mata pun ada rindu
ini pula jauh?
sudah-sudahlah za






1 April

Ini bulan kegemaran aku
bulan kelahiran aku
walauponnnnnn...
boleh juga dikatakan
bulan disaster juga

Hanya kerana bulan ini
terselit hari lahirku
apa jadi pun
aku terpaksa sayang april
haha

aku pon tak tahu
aku pon blur
entry kali ini untuk ape
yang aku pasti
tangan ini hanya mahu menulis
menulis tanpa henti

oh aku lupa
memikirkan reward
reward untuk aku kali ini
heh
ini kebiasaan
aku akan beli
reward untuk diri sendiri
menghargai jumlah umur dalam diri
menghargai diri
yang mampu dijagai sendiri

ini habit aku
selepas ketiadaan ayahanda
kerana
selepas ketika itu
aku TERPAKSA
terpaksa berdiri SENDIRI
tanpa rela

lalu...
menjadi kebangganku
mampu menjaga diri ini sendiri
mampu memilih jalan hidup sendiri
mampu membuat decision
mampu TERPAKSA hadap semua natijah hidup

oh...sebelum aku lupa
reward kali ini mungkin bukan barang
tapi masa
aku ingin sangat
repeat ke konsert wings
di Istana Budaya
seperti 2 tahun lepas

siapa available?
mari roger wa
wa sikit tensen
tak dapat layan guns n roses
so wings harus hadir!!!

oh maaf..
aku memang perempuan kasar
TAPI
itu luaran
imej dan identiti dua perkara berbeda tahu???
ini KHAS buat yang selalu buat muka pelik
bila dengar aku layan
Wings,GnR,Metallica,Search
hoh!

itu belum lagi
tengok aku layan Kurt Cobain aku tuh
yang aku kenal since umur 11 tahun.
heh
ni makcik aku la yang ajo ni

ohhh lupa lagi
belum tengok lagi muka-muka buntang
bila aku layan Ramlah Ram
ehhh hellooo
muzik itu universal kan?
jangan santakkan otak lembik kamu
kedalam kepala lutut