Tuesday, October 8, 2013

OH INSTAGRAM

aku rasa da lama gaban aku tak update status kat facebook da. aku ade tuit tapi aku tak minat da nak bertuit. boriam. skang pape memang aku jenis update bergambar melalui instagram. ok meh tengok latest brape banyak gambo da aku upload...




ha...nampak? 653. wait... 653? for real? aku pon kaget dengornye...gilaaaahhh. heh. tapi most of the pic aku tak insta muka aku ngan kengkawan. tapi...maaaaa kaaaaaaaaa naaaaaaaan. hahaha...+ gamba produk yang aku jual dari MOS. so rata-rata kengkawan aku tau lah aku ni buat bisnes sendiri kecik-kecik. pastu rata-rata tau la aku ni kejenye makan-insta-makan-insta. dapat plak tengok makan makanan mahaaaaaal sajiaaaa.... then slalu la aku terima makian dari memember kat wassap. ekekeke...penangan gamba makanan aku katenyeeee...eleh padahal aku tengok balik takde la nampak menyelerakan pon seni gamba makanan tu. drama la korang!



ni antara penangan dari kengkawan. ni ok takle butthurt ngan statement. 
siap ade #sakitmentalamikgambamakanan ok...hahaha


sebabnye..aku je tau rasa makanan tu. so bila tengok gamba n tempatnye katne so aku bley recall rasa sedap ke tak. mana yang aku bagi caption beria tentang kesedapan tu...ha tu yeeee memang champion punya kesedapan hokey... 

ok tu bukan point aku sebenarnye. point aku adelah... bilamana orang dok cakap or text "huntonglaaaa...duk bandar gaji besar bisnes sendiri makan pon ari-ari sedaaaaaaaaap". jawapan aku? pantek!

org lain tgk je kan aku p makan kehulur kehilir kan. sebab aku takde mase mcm org lain bley insta holiday sana sini, aku tak berduit banyak bley insta beli brand itu ini, aku takde laki bley insta honeymoon sana sini, aku takde anak bley insta anak da ade 1 2, aku takde bakal laki bley insta counting days ape lagi hantaran tak siap, aku tak fesyenebel bley insta ootd hari-hari. sedih la kau ni. hidup kau tu sah-sah lagi perfect, seronok, complete 8dimata aku lah. kalau nak dibanding dengan aku kan. setakat aku insta makan da judge aku banyak duit? stakat tengok aku insta makan kedai cantik ingat aku demanding? ehhhh kakak...tengok betul-betul... aku makan roti canai banjir kat mamak pon aku insta kan. betul tak? cek balik. haaaaa... sebab akal dangkal gini la kengkadang orang pantas judge.  

akhir kata dari aku, "Jangan percaya apa yang dilihat, ia mungkin mengaburi. Jangan melihat pada kebenaran yang satu, ia mungkin menjerumuskan".

Assalamualaikum




FACE YOUR FEAR DAY

sape dengar era.fm? topik hari ini sempena sembutan 8 oktober, hari melawan ketakutan. eh btul ke direct translation aku ni. haha. ha meh nak cite. aku bukan nak cite ape fear factor aku tapi nak cite ketakutan yang baru wujud pagi ni. ni perut tengah menggigil lagi ni. taik. hari ni masuk je time skang nak berpuluh kali hempon hang. itu ketakutan pertama hari ni. takut hempon rosak takleh guna. mane nak cekau duit bli HTC ONE X PLUS kaler itam 32gb kalau hempon ni rosak? eceh...tapi siyes ni. asik weng je hempon ni aku da gelabah cuak kebebeh da ni.




ok ketakutan kedua. arini anta Damon p service. MAJOR service + repair ape saje yang aku rase tak sedap. demmm. mase ni plak aku nak p repair ape patut kan. duit tengah tipis ni. aku dapat call dari proton tadi bagi estimate harga. tu estimate harga service saje da sampai 500. belum harga repair bagai. adehhhh....menggigil perut aku nak cirit je rasenye ni. siyes ni cuak. panas bontot aku tak duduk diam ni selagi taktau exact harga. Ya Allah....lembutkanlah hati person in charge tu kasi harga murah sket...8time ni la nyesal tak-jaga-muka-leklok-kasi-cecantik-ley-ngorat-abam-proton. 



Monday, October 7, 2013

POLAROID

gadis teruna berpacaran
baju sedondon putih dan peach
jemari terikat bersatu cincin
tersemat rapi cinta hati

hanya jika
mereka tahu
saat itu
saat terakhir
senyuman bertaut
untuk mereka

mungkin tidak mereka lepas
kasih tersemai
cinta tercipta
saat itu

hanya jika 
teruna itu tahu
langkah itu 
langkah terakhir
seterus langkah bersama tuli
tuli dari pamitan gadis

hanya jika 
gadis itu tahu
renungan penuh cinta itu
yang terakhir
seterus toleh bersama buta
buta dari renungan teruna

hanya jika
Tuhan Maha Kaya
tidak temukan dua hati
takkan terbit
satu cinta


maka besarlah jua
kuasaNya
memisahkan dua jasad
dari rasa
walau cinta
setinggi awan

sudah tersedia
sudah terpampang
seraut wajah
berukir senyuman
bertaut mesra
terkurung kaku
dirangka kayu

terima kasih 
polaroid
atas jasa
mengkakukan senyuman itu
senyuman penuh cinta

Thursday, October 3, 2013

Duit





Apa bentuk perhubunganpun...
mak anak
adik beradik
sedara mara
kanda dinda
kasih kekasih
sahabat handai


Tolonglah...
Tinggikan darjat perhubungan dengan hati...
bukan duit.


Kalau kau fikir kau mampu beli semua hubungan dengan duit...
sila...
sila jauh dari aku...


Sekolahkanlah aku macam mana pun
Akal dan hati kau aku
Nyata tak sehaluan

TEKAN

sudahlah
biarkan dia seorang
kalau dia pilih berseorangan
biarkanlah dia
jangan diganggu

berhentilah
dari jadi manusia penghukum
yang akal dangkal mencerna
setiap perbuatan hukumnya apa

puja
puji
caci
maki

berhentilah
bukan kita yang mampu menunjal
biarkan dia
menjadi pendosa
atau tidak

kita hanya mampu memilih
untuk jadi manusia
yang ada dibelakang
untuk menolak dia terus kehadapan
meninggalkan segala dibelakang

atau

untuk menjadi manusia
yang ada dikiri dan kanan dia
untuk terus berganding berjejal-jejal
merempuh apa dihadapan

atau

untuk menjadi manusia
yang bediri dihadapan dia
tidak hirau dia
dan terus pergi dari dia

betul...
apa pun kau mahu jadi
...jadilah
asalkan

bukan

bukan jadi manusia diatas kepala
yang bediri dan melompat
dan terus menekan dia
yang sudah mangli ditekan mereka

jangan
jangan dipijak dia
jangan ditekan dia lagi
jangan ditayang sompek dia lagi

tolonglah
pergi jauh-jauh
biarkan dia tuli
dari cerca kau