Tuesday, July 12, 2011

BOGEL MENUJU TUHAN

yepp....da berjaya memiliki naskah ini. thanxs to hencik hafizee kerana wa
kirim kat beliau naskah ini.
frankly, org akan ckp cam rugi jek bli cz all things kat dlm this book ade
dlm blog beliau which i do follow. but....
Ko ingat aku rajin nak explore whole blog die since lepas2 punye date?dinch....
Tak minat oke...klu tenet laju tape jugak.





*Antara komen dari Hanis Zalikha*
*"Memang. Menulis tentang Zahiril Adzim adalah
seperti membikin lagi satu karya altogether. Dia penulis yang paling pandai
menggunakan perumpaan paling santai untuk sesuatu yang paling kritikal. Dia
takkan spoon-feed you free-free aja. Paling-paling pun, dia cuma akan
provide kepingan jigsaw untuk kita cantum, dan bahan-bahan binaan untuk kita
construct imaginasi revolving his piece. Perlahan-lahan kita akan lihat
relevannya setiap gambaran, satu-persatu mesej mula terungkai."*
*Ni antara komen dari beberapa selebriti tentang buku Zahiril yang
kontroversi ni*


*Komen dari Imam Muda Aran:*
*Secara peribadi, tajuk sebegitu kurang sesuai digunakan. Bunyinya pun agak
kasar didengari dan kurang sesuai dengan adab kita sebagai orang Melayu.
Sebagai contoh, kalau kita berjumpa dengan orang kenamaan atau VIP, kita
mestilah menjaga tata tertib dan tingkah laku kita apabila bercakap dengan
orang itu. Ini pula bahasa kita terhadap Tuhan.*
*Bagi saya, mungkin niat Zahiril adalah untuk menarik perhatian orang. Saya
pun berpendapat Zahiril juga seorang yang bijak memilih tajuk dan sejujurnya
kalau tajuk sebegini digunakan untuk forum sudah pasti ramai yang datang
menghadiri forum tersebut. Mungkin ini semua dilakukan untuk melariskan
bukunya. Kesimpulannya, pemilihan tajuk ini ada pro dan kontranya.*

*Komen dari Imam Muda Fakhrul*
*Jika kita melihat dari segi adat orang Melayu, bila apa saja perkara yang
ada menyebut perkataan bogel pastinya ia adalah satu perkara yang negatif.
Itu sekiranya jikalau kita melihat pada tajuk saja. Bagi saya, kalau boleh
tukar tajuk tersebut, diharapkan agar Zahiril dapat menukarnya. Mungkin
juga, Zahiril boleh menukarkan tajuk dari Bogel Menuju Tuhan kepada Tidak
Berpakaian Menuju Tuhan. Saya pun merasakan tajuk yang sekarang ini pun
kurang manis didengar dan dibaca.*
*Apa sekalipun, kepada masyarakat janganlah sesekali terus mencemuh Zahiril.
Kita kena periksa dulu apakah maksud yang ingin disampaikan olehnya. Jangan
terus mempersalahkan orang lain tanpa siasat. Untuk Zahiril pula perlu lebih
berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak mengundang kekecohan seperti
ini walaupun saya tahu niat Zahiril adalah baik.*

*Komen dari penyanyi Hafiz Hamidun*
Saya telah membaca buku ini dan saya juga adalah seorang pengikut blog
Zahiril. Bagi saya, perkara ini sepatutnya tidak patut dijadikan isu.
Berkemungkinan besar, bagi kebanyakan orang yang tidak membaca dan mengikuti
blognya, mesti mereka akan salah faham.
Sejujurnya, apa yang dapat saya luahkan adalah segala apa yang terkandung
sama ada dalam blog atau bukunya itu adalah diri Zahiril sendiri. Tidak
salah rasanya untuk Zahiril menggunakan perkataan itu sebagai judul buku.
Berbogel yang dimaksudkan Zahiril bukannya dari segi pakaian. Ia adalah
sikap rendah diri Zahiril apabila mengadap Tuhan. Mungkin itu juga tafsiran
Zahiril antara dia dan Tuhan iaitu bersikap jujur, ikhlas dan tidak sembunyi.
Sebagai orang yang sudah membacanya, saya rasa ia tiada masalah. Walaupun
manusia meninggal akan dikapankan tapi apa yang kita ada di dunia ini tidak
boleh dibawa ke akhirat kecuali amalan.
Sekali lagi, perkara ini tiada isu dan saya berharap semuanya agar membaca
dulu sebelum memberikan sebarang komen. Sungguhpun Zahiril seorang pelakon
tetapi dia tidak suka merepek dan berkhayal. Dia mempunyai matlamat dan
pandangan tersendiri. Mungkin ini bahasa bunga yang Zahiril gunakan.


*Komen dari Pyan Saujana:*
Untuk memilih tajuk untuk sesebuah filem pun, LPF (Lembaga Penapisan Filem)
akan memainkan peranan untuk menilai sama ada tajuk itu sesuai atau pun
tidak. Macam sebelum ni pun filem …Dalam Botol yang mana tajuk asal nya
adalah Anu Dalam Botol. Sama juga dengan penerbitan sebuah buku. Mesti ada
badan yang menjaganya supaya ia tidak mengundang isu-isu negatif sebegini.
Bagaimanapun, dalam dunia realiti, apa yang digambarkan Zahiril itu memang
benar dan betul. Pun begitu, tidak semua boleh mendalami maksud bogel yang
cuba disampaikan Zahiril menerusi buku ini.
Sejujurnya, saya tak boleh nak komen lebih kerana saya tidak mengetahui isi
kandungan buku tersebut. Mungkin, saya boleh memberikan penjelasan yang
panjang sekiranya saya sudah membaca buku itu.
Seelok-eloknya, Zahiril bolehlah tukar tajuk itu dengan tajuk yang lebih
senang diterima masyarakat. Tajuk ini memang sensasi tetapi mengundang
kontroversi. Apa sekalipun, saya bukannya untuk membangkang seratus-peratus
apa yang dibuat Zahiril. Ini semua terpulang kepada penulis itu sendiri.
Sekali lagi, ia tertaluk kepada badan penapisan buku pula supaya niat suci
penulis tidak disalah anggap.


Untuk lebih lanjut:
http://nurizspace.com/2011/07/kontroversi-bogel-menuju-tuhan-komen-dari-han
is-zalikha.html#ixzz1TMdTD9WZ

--
KarMiza

No comments:

Post a Comment