Thursday, December 27, 2012

Menunggu & Mengejar

Bila aku sedar aku hanya sekadar menunggu bayang-bayang
bayang-bayang diri sendiri
diri sendiri dari masa silam
itu tak mungkin berlaku

Bila aku sedar aku hanya sekadar mengejar bayang-bayang
bayang-bayang diri kamu
diri kamu dari masa silam
itu mustahil berlaku



belajar let go
itu aku tahu
aku tahu dan pasti
yang tak mungkin aku akan mungkinkan
cerita 8 tahun dulu
hanya sekadar sejarah
ini bukan cerita new boys
bila sejarah mungkin berulang

aku mungkin lali
lali kerana jatuh
jatuh bukan kerana leka berlari 
berlari yang mendabik dada menongkah dunia
tapi jatuh bila masih bertatih
bertatih mencari tapak mengenal dunia

andai kau jatuh satu hari
ingatlah...langit dan bumi ciptaan tuhan mungkin jauh
tapi hanya dipisahkan satu garisan saja
bila-bila masa kau mungkin rebah lagi
rebah seperti aku

ini mungkin payah..
tapi aku sedang belajar
belajar mengeja
S_E_L_A_M_A_T_T_I_N_G_G_A_L

bila aku sudah berjaya hafal dan sebut dengan tenang akan aku khabarkan
aku sudah berhenti ikut rentak hati orang
Tuhan, hanya kau tahu detak hati aku bagaimana.

--
KarMiza

No comments:

Post a Comment