Friday, June 6, 2014

FITRAH WANITA ITU MEMANG BENGKOK - TAPI JANGAN PREJUDIS






Setiap hadis dan firman wajib diimani tanpa pilihan. Banyak pula yang tidak mampu kita fahami sedalam-dalamnya selagi kita hanya sekadar sibuk membahas dan tidak pernah mencuba untuk melaksanakannya. Yang paling sukar ialah untuk mendapatkan penjabaran sebenar bagi unsur MUTASYABIHAT, unsur MISAL, PERUMPAMAAN, BAHASA CODE atau ANALOGI yang terkandung di dalamnya.
Sebenarnya hadis dan firman yang berbentuk PERUMPAMAAN inilah pedoman yang paling berharga dan amat diperlukan oleh kita. Ia bersifat alami, universal dan sangat berguna buat strategi pembangunan umat sepanjang zaman. Kerana itu ia memerlukan CODE BREAKING untuk memecahkan maksud takwil sebenarnya.
Kita tidak akan mampu memecahkan kod itu selagi kita tidak memadankan fitrah kepada sifat semulajadi objek yang digunakan dalam mesej mutasyabihat itu mengikut cara Allah mengatur fitrah alamnya. Kerana itulah Allah katakan takwil itu hanya milik Allah. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan cara hidup Islam, menurut aturan Allah dengan ikhlas.
Kita perlu sabar dan ikhlas, melakukan segala arahan atau takwim harian yang ditetapkan sebagai orang Islam sepenuhnya tanpa dakwa dakwi. Sewaktu melaksanakan perintah Allah dan rasul itu secara praktikal nanti, insyaAllah fitrah alam aturan Allah ini akan sedikit demi sedikit menghasilkan FURQON. Itulah yang akan membantu kita menemui segala takwil MUTASYABIHAT itu satu demi satu (QS:3/3-5)
QS:3. Ali 'Imran 7. Dia-lah yang menurunkan Al Kitab kepadamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang MUHKAMAT [secara langsung], itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain MUTASYABIHAT [misal]. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil PELAJARAN melainkan orang-orang yang BERAKAL.
Selagi kita hanya mencuba-cuba mencari takwil berdasarkan akal dan andaian sendiri, hanya melalui diskusi bibir tanpa amali, selagi itulah kita akan kebingungan dan kekal bersangka sangka. Ini kerana kebanyakan dari kejadian alam atau kisah orang terdahulu yang Allah jadikan misal itu amat sukar dipercayai logiknya secara muhkamat. Tetapi bila dinilai dari sudut mutasyabihat, ia amat logik, mudah diterima, amat berguna dan luarbiasa menariknya.
Semua para nabi telah berjaya mendalami ilmu Allah melalui kaedah LADUNI ini. Mereka mengembara dan melaksana segala arahan tanpa soal. Demikian juga ilmuan terbilang selepas zaman itu. Mereka tidak menghabiskan umur di universiti, mengumpul degree dan PhD. Tidak juga mereka duduk bersila atas sejadah membaca peta dan petunjuk Allah dari malam sampai ke pagi setiap hari, tanpa bangun BERJALAN mengikut PETUNJUK itu.
Kesukaran mentakwil mesej mutasyabihat melalui akal ini akhirnya membuatkan manusia takut untuk mencuba lalu membiarkan mesej yang berharga itu membazir begitu sahaja. Hari ini semua sudah meyakini bahawa golongan tertentu sahaja BERHAK mengupas hadis dan firman. Mereka semuanya pula sudah tiada. Orang biasa dikatakan tidak boleh sama sekali mencuba kerana itu akan menjurus kepada kesesatan. Mereka lupa tanpa merasa sesat, kita tidak akan menghargai petunjuk.
Alhamdulillah, hasil pengkajian sejarah jatuh bangunnya Islam sejak zaman Anbiyak hingga kini, kami telah berjaya mengesan begitu banyak bukti bahawa semua fatwa ini tidak dari Allah dan rasul. Ia adalah agenda jahat musuh Islam yang tidak mahu umat ini bangkit dengan yakin setelah mengetahui rahsia tersembunyi dari kitab suci. Rahsia itu terselindung di sebalik MUTASYABIHAT.
Sebelum tahun 80, Muslim masih berpegang dengan fatwa bahawa membaca terjemahan quran juga tidak boleh. Quran wajib dibaca dalam Arab demi mengelakkan pemesongan katanya. Tidak faham juga tidak mengapa kerana ia tetap dapat pahala. Semua ini adalah satu jerat yang amat berkesan sehingga generasi kita semakin jauh dengan hidayah Allah yang sebenarnya.
WANITA DARI RUSUK YANG BENGKOK
Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang tidak sesuai pada diri kita lalu kita tidak menyukainya, maka banyaklah takwil kita. Ada yang mengatakan quran dan hadis wajib dikaji semula. Kami setuju dengan saranan demikian, tetapi bukan mencari alasan untuk menolaknya, tetapi mencari pencerahan lebih jelas untuk menerimanya.
Tanpa sedar ramai telah mencabar Allah dan rasul secara berdepan dengan takwil itu. Padahal punca utama ialah kerana gagalnya kita memahami maksud sebenar, khususnya dalil yang membawa mesej mutasyabihat. Nabi SAW tidak akan memperkatakan sesuatu melainkan atas dasar wahyu. Islam itu adil dan tidak mungkin baginda SAW bersifat berat sebelah.
“Bersikaplah yang baik terhadap wanita karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk tersebut adalah bahagian atasnya. Jika engkau memaksa untuk meluruskan tulang rusuk tadi, maka dia akan patah. Namun, jika kamu membiarkan wanita, ia akan terus bengkok, maka bersikaplah yang baik terhadap wanita.” (HR. Bukhari no. 5184)
Sekali imbas hadis di atas memang sangat sukar diterima oleh para wanita Islam. Ia nampak seolah-olah merendahkan kaum wanita dengan ciri yang negetif pada sifat dan fitrahnya. Padahal Allah sudah tegaskan bahawa tiada yang sia-sia dari apa sahaja ciptaanNya jika kita benar sungguh-sungguh mentafakur, mentadabur dan mentabayunkannya. MAA KHOLAQTANA HAZA BAATILA (QS:3/190-191). Kita hanya perlu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, itu sahaja.
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kaki untuk dipijak tetapi dari tulang rusuk yang dekat di hati untuk disayangi. Sayang bagaimana? Mahu dipuja dan diturutkan seperti seorang primadona? atau sehingga menjadikan isteri seperti raja dalam rumah yang hanya tahu memerintah sahaja?
Ceramah ustaz selebriti, isi dalam kursus kahwin bahkan khutbah nikah hari ini juga turut menyajikan nasihat songsang. Peranan isteri itu hanyalah untuk ‘MELAYANI’ SUAMI SAHAJA. Kerjarumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas, bahkan menyusukan anak juga sebenarnya kerja suami kata mereka. Jika suami tidak mampu, dia wajib sediakan orang gaji, cari ibu susuan, atau beli susu lembu. Jika isteri terpaksa melakukannya, maka suami harus bayar gaji yang tinggi.
MasyaAllah. Dengan nasihat sebegitu maka ramailah suami yang bertukar fungsi menjadi queen, isteri dah bertukar jadi king. Fenomena ini menjadi kebanggaan sehingga mendapat liputan meluas dan dipaparkan di akhbar dan TV contoh contoh rumahtangga sebegini.
Ya, fenomena ini nampak macam romantik, tapi itu bertentangan dengan mahunya Allah dan Rasul dan itulah yang Iblis mahukan. Rukun nikah dah berubah, patutlah tak sampai 2 tahun sudah masuk keluar masuk mahkamah syariah.
BAIK BURUKNYA RUSUK YANG BENGKOK
Nabi sendiri menyatakan dalam hadithnya bahawa tulang rusuk itu bengkok dan jika dipaksa untuk diluruskannya, ia bakal patah. Jika dibiarkan akan teruslah dalam kebengkokan. Tulang rusuk yang paling bengkok itu ialah tulang rusuk yang berada di aras yang teratas sekali.
Jangan salah faham, memang sifat asal wanita ini bengkok. Kerana itu Allah perintahkan agar lelaki tegak berdiri (qowwam) dengan tulang-tulang belakang yang lurus. Sifat qowwam lelaki itu juga mampu jadi pembaris lurus atau dalam bahasa "kampungnya" dipanggil RULER. Ruler itu mampu berprinsip dengan tegak dan barulah boleh jadi PEMIMPIN bagi wanita yang bengkok. Selagi lelaki tegak lurus, selagi itu rusuk dapat berfungsi baik. Jika tulang belakang bengkok, maka rusuk yang bengkok akan gagal berfungsi dengan baik (rujuk gambar).
“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang mampu meluluhkan hati seorang laki-laki yang tegas kecuali kalian (wanita).” Mereka (para wanita) bertanya: “Apa yang menyebabkan kurangnya agama dan akal kami, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab:
“Bukankah persaksian wanita seperti setengah persaksian seorang lelaki?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau menjawab: “Maka itulah yang dimaksud kurang akalnya. Bukankah apabila wanita haid, ia tidak solat dan puasa?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Itulah yang dimaksud kurang agamanya.” (HSR. Bukhari 364 dan Muslim 79)
Allah sudah reka sendiri produknya iaitu wanita yang fitrahnya bengkok dan tidak mampu untuk merijal menjadi pemimpin umum. Tapi hari ini, ada pula perjuangan untuk memperjuangkan persamaan hak. Fizikalnya sahaja sudah berlainan, bagaimana fungsinya mahu disamakan? Jangan ada nanti diminta oleh wanita untuk hak menceraikan suami dan berkahwin 4 pula.
Baiknya, sungguhpun wanita ini bengkok tetapi kebengkokan itu mampu menjadikan ia struktur kuat yang melindungi organ vital dalam badan. Ini disahkan oleh sains fizik dan kejuruteraan. Paru-paru dan jantung semuanya berada di dalam LINDUNGAN rusuk yang bengkok itu.
RUSUK ATAS PALING BENGKOK
Rusuk di bahagian atas adalah paling hampir dengan kepala (pemimpin/otak) dan adalah yang paling bengkok berbanding bahagian rusuk yang di bawah. Itu satu pelajaran supaya kita sentiasa merendah diri. Jangan mentang-mentang kita rapat dengan kepala, kita jadi semakin bengkok pula. Apapun tiada apa yang sia-sia dari ciptaan Allah, semua itu ada fungsinya.
Demikian juga kekuatan seorang isteri yang bersifat seperti tulang rusuk. Ia tidak berdiri sendiri tetapi memerlukan tulang vertebra yang lurus, ibarat rijal yang lurus untuk ia berpaut dan berfungsi. Lelaki juga tidak lengkap dan selamat jika tiada tulang rusuk sebagai pelindung kepada organ vital dalam badan. Jika tidak, terjatuh sedikit atau tertindih bantal sahaja dah boleh mati.
Fenomena rusuk ini juga memperlihatkan sifat isteri kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang terlalu menonjol. Begitu juga isteri yang berkedudukan lebih tinggi. Kebanyakkannya adalah lebih bengkok dan keras. Kedua-duanya lebih sukar diluruskan.
Pada sudut positif, lebih tinggi kedudukan isteri (rusuk atas), lebih tinggi peranannya untuk melindungi sang suami.
KESIMPULAN
Lebih baik jadi rusuk di bawah yang merendah diri agar kurang bengkoknya. Dalam sebuah organisasi yang digambarkan seperti sebatang tubuh, pasti kita akan jumpa karakter-karakter seperti di atas. Terserah pelajaran yang mana satu ingin kita ambil.
Lelaki teruskanlah bersifat rijal yang sentiasa tegak lurus dan mampu untuk mendidik dan memimpin wanita dengan kasih sayang. Paksaan akan mematahkan wanita.
Wanita memang tidak mampu diluruskan sampai bila-bila tetapi jadilah wanita yang merendah diri. Walaupun tidak lurus sekurang-kurangnya tidaklah terlampau bengkok. Tidak perlu merasa rendah diri kerana kebengkokan anda itu adalah pelindung kepada suami.
Kerana itu, “sehebat manapun lelaki, ia tetap memerlukan wanita” di sisinya.
Kudap Mutasyabihat Munakahat
WARGA PRIHATIN

No comments:

Post a Comment