Thursday, November 3, 2011

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar
untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan
pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini
telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin
Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas
sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah,
barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan
keluar dari segala kesulitan, Allah ta'ala akan memberi rezeki yang banyak
dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta'ala menyampaikan segala hajatnya,
dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala
daripada bala di darat dan di laut. Amin.
boleh juga di amalkan ketika hendak pergi kerja pagi..semoga hari itu
dimurahkan rezeki dan rezeki itu diberkati..:)
--
KarMiza

No comments:

Post a Comment