Thursday, November 3, 2011

sudah jatuh

*Andai lelaki tahu.*.Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
*Andai lelaki tahu..*Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus
tabah menyintai lelaki itu.
*Andai lelaki tahu..*Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka
pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
*Andain lelaki tahu..*Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan
yang terbaik untuk anda.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu
tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang
lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya
dalam masa sesaat.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah
dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
*Andai lelaki tahu..*Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam
hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
--
KarMiza

No comments:

Post a Comment