“Asyik cakap pasal I aje, you pulak bila nak tamatkan zaman bujang?” Tanya Zenia dengan suara dinadakan ceria. Dia tak mahu Encik Darriz nampak kekeruhan rumahtangga dia dengan Fakhry.
“I? Kahwin?” Darriz Imdad tergelak kecil. “Entahlah, belum jumpa calon sesuai kot.”
“Alah, jawapan tipikal la. Memilih sangat la ni..” Zenia tergelak sama.
“Of course la kena pilih. Sebab isteri ni penting, someone yang I nak hidup dengan dia sampai bila-bila. I memang cerewet sikit, tapi berbaloi kalau dah jumpa tu. I akan bahagiakan dia selayak-layaknya dia.”
**************************************
“Im, I rasa.. I rasa semua ni macam terlalu cepat..” Zenia tersenyum kelat.
“I know, but I nak you nampak cita-cita dan hala tuju hubungan kita. I nak you tahu dekat mana I nak kembangkan hubungan antara kita. Satu je, perkahwinan. Itu destinasi kita nanti, our next pit stop.” Ucap Darriz Imdad sambil tersenyum. Dielus penuh kasih jari jemari Zenia.
“I.. I tak tahu nak cakap apa. But I serahkan semuanya pada Allah. Kalau ditakdirkan you berjodoh dengan I, I terima seadanya.Tapi kalau ditakdirkan you bertemu dengan perempuan lebih baik, I faham. I takkan salahkan you..”
No comments:
Post a Comment