Tenang
hati ini tenang
melihat wajah itu
benar
saat yang paling tenang
kukira sepanjang hidupku
setiap kali melihat senyum itu
dia
manusia pertama tersenyum
melihat aku menangis
selepas dilahirkan
dia
manusia pertama buat aku tenang
terbang segala masalah
melihat dia tersenyum
walau aku tahu
mata itu
mata bundar itu
tersimpan duka
kelam
suram
senak
perit
sulit
...semua gerak bila dengar tangis pilu dia
lepas
hilang
terbang
bebas
...semua masalah bila dengar tawa dia
sabarlah...
aku sentiasa dibelakangmu
walau hakikat
kau sentiasa dibelakangku
...bonda
No comments:
Post a Comment