Friday, July 12, 2013

SILAM BIARKAN KELAM

"Stop blaming other people. Once kau dah matang, dah boleh berfikir, kau bebas mencorak hidup kau sendiri. Tak kisahlah seburuk mana cara kau dahulu, kau boleh ubah kalau kau nak. Itu semua alasan mudah untuk kau letakkan salah kau pada orang lain."

*
Kerana itu aku berani stand still dan cakap. Aku admit seorang aku sekarang adalah seorang  perempuan tidak sempurna, lalu aku cukup bangga seorang aku sekarang lebih baik dari seorang aku 26 tahun lalu. Ketidaksempurnaan itu memberi aku peluang kenal kehidupan, mencari kawan lalu ada yang menjadi lawan dalam tersirat, merasa apa yang dipanggil keluarga bilamana aku salah seorang ahli dalam salah silah sebuah keluarga, menerbitkan rasa yang aku tak pernah tahu, menghidupkan diri yang pernah mati, menerima musuh yang muncul dalam lipatan...

*
ada satu hari aku berteleku dibawah bumbung langit bertikarkan rumput.
diam aku disitu
bilamana dinding angin mengejutkan diamku
lalu aku sedar
rupanya Tuhan ambil dia yang aku Cinta
kerana Dia tahu bukan masanya lagi 
untuk aku berdiri megah diatas pentas buatan itu
kerana Dia tahu aku belum mampu
mencuba berusaha menghasilkan sesuatu aku tidak ada
kerana Dia tahu aku ditakdirkan
untuk menerima suratan yang tertulis

bangunkan aku dari lena
kejutkan aku dari bayangan
sentapkan aku dari lamunan
sungguhpun aku tahu
aku takkan bersedia untuk satu-satunya itu

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment