source: MamaJuna
everytime play lagu ni memang tak pernah tak menangis.
lagu ditulis oleh Fynn Jamal khas buat ayahanda beliau.
aku tuju khas buat ibundaku.
lagu ni sangat penuh makna.
*kak Fynn, pinjam sat. tuka ayahanda to ibunda
and to those yang nak dengar "penceritaan" version. bley serach kat youtube.
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ibunda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ibunda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ibunda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ibunda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
No comments:
Post a Comment