Friday, August 23, 2013

Jurnal Kesyukuran

Keajaiban Menarik Rezeki... 

6 tahun dulu ketika saya tiada pekerjaan, bisnes pun terumbang ambing, hutang keliling pinggang, di poket tinggal RM1 (itu pun umpul2 duit syiling).

Saya tiada pilihan selain percaya bahawa dengan bersyukur akan bertambah rezeki.

Setiap pagi, saya mulakan dengan menulis apa yang saya syukurkan tentang tubah badan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Terima kasih Ya Allah atas kurnia mata yang kau pinjamkan buatku, dengannya aku mampu melihat wajah anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat indahnya senyuman anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaanMu"

Setiap kali menulis tentang setiap anggota badan..sebak di dada datang dan datang. Menitik air mata..betapa banyak nikmat yang Allah beri yang sering kali diabaikan.

Alhamdulillah, janji Allah tu benar..

Seminggu selepas saya amalkan journal kesyukuran ini, rezeki mula datang dan datang sehinggalah hari ini.

Jika ada jalan mudah untuk menjemput rezeki mengapa memilih jalan susah? ~ Dipetik dari Diyana Tahir




source: UstazDonDaniyalDonBiyajid



Aku tak pernah ada/buat jurnal kesyukuran. Tapi aku nak share ape aku slalu face. Frankly, kalau orang tengok aku depa akan pikir aku berduit. Simply sebab aku ade bisnes lua. And they have no idea brape je keuntungan mampu aku dapat dari setiap event. Bak kate Kak Pinn, Hidup ni kalau dihabiskan untuk membuat penjelasan disetiapkali orang tuduh kau-- Memang nak makan minum pun tak sempat. Maka fikir. Nak terangkan ke-- Nak lapar?  aku pilih ape diri aku perlu. bukan untuk sogok penjelasan sehabisnya buat mereka. Takkan aku nak kena terangkan ya...hembek fully leather jenama pahal ni harga asal RMsribu tapi aku dapat beli offer XX%. Haaa...aku bli sume dalam2 ni brand mahal je sebab aku dapat price murah. eh pergi jahanam orang nak judge cane. sebab...kalau kau curious, kau akan tanye. betul? kepada yang tanye aku dengan rela hati bawak ko p port barang-branded-tapi-murah-dan-masih-kualiti-tip-top. 


pehhh...tengok!!!! aku da habiskan masa buat penjelasan pasal orang yang pikir aku suka mende branded. ni nak jelaskan pasal ape pulak lagi? hish buang masa. 


skang nak cite berkaitan article atas. aku jenis tahap financial teruk. kalau aku pikir beria mau naik darah tinggi. akuselalu sakap sorang-sorang sambil urut dada. "takpe miza...Allah tu hebat. sume orang tau Dia hebat sangat. Mustahil gila dia nak bia kau terkapai-kapai takde sen nak makan takde sen nak refuel Damon. Trust Him..." dan aku ni manusia terbiase husnuzon... miracle will happen. betul weyh. aku tak tipu. read my lips! TAK-TI-PUUU... haaaa...kau yakin dengan Pencipta kau. Sah-sah la Dia mampu buat apa saja. miracle weyh...selalu happen. dan...

bila da miracle tu jangan la cepat sangat berpaling. Alhamdu lillah la sikit...Sebab aku pon penah rasa. dapat miracle tetiba nak lupa Tuhan yang tadi kau merayu-rayu. nahhhh...kejap je Dia amik balik. macam main aci sembunyi barang plak kan. kau bley buat ape? dah Dia lagi Berkuasa. ha...padan muka jawabnya kannn...

INGAT. bersyukur pada yang ada. bersabar pada yang tiada. duit, rezeki, job, jodoh, cinta, anak, rumah, kenderaan, pendek kata ape yang ko belum ade lah kan. sebelum ko memintak-mintak kat Dia. ingat dulu ape dah Dia bagi kat kau. INGAT!!!

No comments:

Post a Comment