Monday, August 26, 2013

Roadtrip Kentut di Cameron Highland

After balik dari wedding esah, kami suma balik ke umah sha. aku decide nak balik malam tu jugak sebab esok tu  birthday omak den. Tapi mak sha cakap nanti balik la lepas makan. oh my...lambat lagi. lepas isyak.  aku tak larat wo nak drive late night. mata tak nampak sangat kalau kat highway ni. lainlaaaaa kalau di kota raya kannnn...jimba really damn late pon hokey sajaaaa...hoho. so pas maghrib aku da punggah barang dengan rase cuak meminta diri mahu pulang. sib baik mak die best. suruh makan dulu nanti lapar. takpe majlis tak start lagi takyah nak ikut sangat nanti lapa. heh... nah kauuu bila dah makan. rase tanak balik. sedap gilaaaaa catering diorang amik. siyes sedap. sedaaaaaaaaaaap gilaaaaaaa.

then start la perjalanan pulang. dimulakan dengan gelak tawa aidah menggelakkan aku sebab first time ever lebih 10 kali gak aku mati enjin. umah sha nak masuk jalan besar ade bukit. tapi bukit tonggek kat uitm tu aku lepas je takdehal. ni bukit gini mencuakkan sebab dengan takde lampu n tak nampak keta nak melintas takut tak sempat. hamik kau. dekat lebih 10 kali mati enjin. bila aidah nak offer bawak aku cakap ok-ok ni last. haaaa lepas pulaaak. hish. 

pastu kami p singgah jelapang. p umah makcik member den nih amik langsir untuk pengantin. isi minyak full tank. pastu aku cakap... "ok da bley bergerak balik..nak balik shah alam ke balik cameron?" then diorang cakap "ni serius ke main-main? aku ok je". so unplan trip menjadi. pulas stereng masuk cameron. ceh...care macam dekat je plak.

dari jelapang ke ape tah name tempat tu 930 mlm. aku tak bawak lebih 100 sebab tak nampak + aku ni gayat sket laju kat selekoh. tapi sebab penanh drive sendiri pegi and balik cameron ko konpiden sket. so kami pon sembang rabung la memacam hal. dari pasal wedding baru lepas sampai la ke cite preparation wedding yang nak kawen next few month. dari cite konsert siti sampai ke cite konsert yuna. TEPAT JAM 12... lebih sket la dalam 12 belas-belas minit camtu. passenger balakang sandar blakang pejam mata sebab pening. so aku continue borak ngan member sebelah. tetiba dia diam pejam mata stok nak tido. dalam hati aku (jahanam budak ni tinggal aku drive sorang. puaka siak!!!). SEBAB....TETIBA ade bauuuuuu wangi gilaaaaaahhhhh. bau macam bunga fresh yang sangat wangi. aku +vekan diri pikir aku baru lalu kebun bunga kon...kan kemeren ni....next selekoh plak...bau busuk gilaaaahhh. tapi aku tak bau yang sangat la tapi ade la baunye. next selekoh lagi bau balik wangi tadi pastu busuk balik pastu wangi balik. sampai la tetiba bunga and shades atas dashboard keta aku jatuh gara-gara selekoh kiri kanan mende tu bergerak tapi aku dapat co-driver tak reti btulkan. 

bunga ngan shades2 jatuh time aku tengah layan selekoh sebab nak abaikan bau-bau tadi. terus aku tercuak. member sebelah bukak mata-tengok-tutup mata balik. nohoroommmm.. mmber balakng yang tegur aku ok ke tak. lepas tu da takde da bau-bau tadi. phewwwww

kami park kat Petronas Brinchang, tido lam keta. heh, sape suruh plan last minit gini. plus duit pon saving. so tido lam keta jawabnya. konon nak dapat angin kemeren. bajet sejut so standby la memacam shawl n jacket bagai. hekeleh...tak sejuk pon! subuh baru aku gigil baru nak sarung stokin. pukul 730 aku da drive masuk laluan ke Sg.Palas. my feveret place ever!!!! and...lepas balik tu baru bercerita pasal bau-bauan malam tadi. hoh! malas nak layannnn...


ini punca tempat ini menjadi feveret. Subhanallah.


Red Devil & Strawberry Struddle


Beli flower bouquet for my ibu... :)


da nak gerak balik baru perasan comment laki mimi cakap nak kirim.... kirim sekoi @ scone. sib baik jumpa tauuuuu... :)


trus p beraya umah mimi. pehhhh...pizza pizza hut!!!



No comments:

Post a Comment