Saturday, August 28, 2010

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.










2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
 

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.



10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Tuesday, August 24, 2010

Salam Terakhir

Hari pertama ke kelas tanpa kunjungan dari beliau lagi...semuanya berjalan lancar seperti biasa.
Seperti yang beliau inginkan, kehadiran melebihi 100 org...*senyum


D: tak boleh tgk pintu pagar UiTM pon...teringat beliau...*air matanya gugur lagi
F: Sampai kat kelas...terkaku...nak salam sape...*sebak
Z: Lorong itu, tempat kami bertaut senyuman tatkala beliau hadir dengan pakaian kerja   sahaja...*pilu
d: Disitu,beliau selalu meletakkan motor...*terdiam
T: Kerusi itu...
N: Lagu ini....*sebak

Dan, tatkala diakhir penghujung masa penghabisan kelas...corong radio di kolam renang sebelah berkumandang pula "Salam Terakhir" dari Sudirman...*kelu + pilu
takungan air mata mereka bagai hujan menyembah bumi...*redha



Sampaikan Salam Buat Semua
Salam Terakhir Salam Teristimewa
Kepada Kau Yang Tersayang
Pada Teman Yang ku Kenang
Pemergian ku ini Tak Dirancang

Usah Bertanya Mengapa Aku
Mengucap Salam Terakhir Kepada Mu
Kerna Waktu Berputaran
Bimbang Tak Berkesempatan
Melahirkan Kerinduan Terhadapmu

Demi Sebuah Kenyataan
Yang Amat Menyakitkan
aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah Padanya

Salam Akhir
Salam Yang Teristimewa
Kepadanya ku Memohon Keampunan
Melaluinya ku Beri Kemaafan
Kepadamu

Andainya aku Punya Waktu
Masih ku Ingin Mengulangi Semula
Saat Indah Bersama Mu
Sayang Tak Berkesempatan
Abadikan Saja Salam ku Di Ingatan

Salam ku Yang Terakhir


~Al-Fatihah buatmu. Damailah kau disana disisi Tuhan yang Esa.

Monday, August 23, 2010

kehilanganmu

21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan


Tarikh kami kehilangan...*tiada kata

andai perpisahan ini adalah sebuah mimpi
gerimis takkan mengundang
untuk mata ini menitis air mata pilu
sayang gerimis telah mengundang
dan air mata pilupun tak terbendung
pertanda perpisahan ini sebuah kenyataan
walaupun perpisahan ini bukanlah mimpi
aku hanya bisa berdo'a dan berharap pada ilahi robbi

dalam do'a ku berharap
“ya Allah jangan kau pisahkan kami kerana perpisahan ini
tetaplah kau jaga silaturahmi kami semua”
hanya itu yang ku mampu saat ini
yakinlah Allah takkan memisahkan kita kerana perpisahan ini
untukmu sobat kurangkai kata ini dan kujadikan sebait puisi
dengan bait puisi ini ku ingin ucapkan

inikah yang terbaik yang Allah berikan?
Inikah bingkisan terindah untuk kita semua?
Jika memang ini bingkisan terindah untuk kita
ku hanya bisa berharap ini bukanlah akhir segalanya
ku berharap ini awal untuk kita menapaki masa depan 


-->"Kita tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan> Kita akan menetahuinya setelah menemui kegagalan dan kesilapan..." ...itu kata-kata yang pernah kau lafazkan pada kami ketika segmen "cerita kedai kopi "  bersama. Kau yang pernah memberitahuku perihal amanah dan janji, Kau yang pernah menegurku tentang adab dan pekerti.




tiada lagi teguranmu, tiada lagi nasihatmu,tiada lagi bimbinganmu, tiada lagi usikanmu, tiada lagi gurauan mu~



18 Ogos 2010
Detik terakhir pertemuan kami disulami jenaka darimu perihal foto "kontroversi" kita..*senyum
~~dan itulah salam yang terakhir kuterima darimu. semoga semuanya berjalan lancar disana dan semoga rohmu dicucuri rahmatNya, bersama disisi orang2 yang beriman disisiNya.


Al-Fatihah buat Abg Nordin bin Abdullah~

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Selamat Ulangtahun

18 Ogos 2010...

genap 48 tahun ulangtahun kelahiran ibu.
selamat ulangtahun, semoga dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki ibu...


20 Ogos 2010...
surprise birthday celebration for ibu...=)
balik pon senyap2...bli kek pon senyap2...msuk umah pon da mcm pencuri da aku....
taaaapi...msk2 je ibu tsedar..adoh nasib baik ta prasan itu kek...
mimi n aieril pegi terawih..balik-bali je aku swoh cr lighter cpat....
ibu nak dtg kat dapur?!!!

peh....lagi skali ta kantoi...nasib baik ade org tlg cover line...
then....taraaaa.....kek itu keluar bersama cahaya lilin...muka terkejut ibu trus menjerit...



*here's the pict




Thursday, August 19, 2010

Tersentap dan Kejang!!! Innalillah....


Salam...

rasenye sume kwn aku tau aku mang kipas susah mati (die hard fan) kpd Faizal Tahir...taaapi...sudah agak lame ta bukak   his page@ fan page FT

baruuuuu je td bukak n i saw this... berita dari RC

innalillah...al fatihah buat arwah...n sgt terkilan tatau berita ni.kat RC lebih awal cuz saye pernah mengenali beliau.walaupun dalam mase yg singkat. dimane? sewaktu launching fan club FT di UM dan beliau sekeluarga yg hantar aku blk umah...=p

the other times slalu chat kat YM n on phone. no wonder her blog was in silent since awal tahun ni..=(


paling kiri adalah beliau
oke, aku tul2 blakang beliau
"tanggal 24 Januari 2010,salah seorang penasihat RC,kak Aryna (nama sebenar: Bharuzlina Binti Baharudin) telah meninggal dunia kerana serangan asma. Jenazah Allahyarham juga selamat dikebumikan pada hari yang sama. Al-fatihah buat kak Aryna. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman."



*Al-Fatihah buat arwah. semoga diletakkan dikalangan orang2 yg soleh disisiNya....

Monday, August 16, 2010

Bowl + Break Fast + ICT + Tekken!!!

14 August 2010 = Hari spend time bersama MOS...=p


Went to bowling @ Ole-Ole first with bf around 4p.m. after he get back dr keje. 3 game = RM26...worth it la...tp klu aku yg main tak sgt kot...asik ke longkang je...=p

all 3 games? kalah...haks...but it was fun though...=p

cam bese ar menang...gung kekalahan
kalah lagi...=((

then g cr port berbuke together with MOS (yg ade je ye) which act quit last minute nye plan cz on mlm kamis aritu msg2 ngan atin then D suggest this sabtu. so yg lain2 pon on je...trus jd...

usha2 last2 agreed mkn kat Ayam Penyet yg tak brape nak penyek sgt...book dulu for 5 pax (Me,him,Ikan,D & Atin). Order skali then gerak g bazar mencari tepung pelita atas pesanan atin. hmm goreng cempedak yg lame diidamkan pon dpt jugak...

630 da smpai blk kat Ayam Penyet...chit chat jap..siap mtak tuka table lg cz tau kompem tak muat nnt...huhuhu makanannye ta brape special sgt kot...tp ok cz layanan memuaskan. tade yg lambat n ta bersih ke,waiter kerek ke,tade2...so oke sume...=p

Ayam Panyet AP
Atin + Nady


Sambil berbuke tu D da suggest nak tgk movie. book tiket midnight cite Tekken... so pas buke byk mase lg then melepak + bergambar _gedik2 kat ICT jap..=p

owh...lihat dan lihat...=p


Bajet kat Hong Kong dibawah Sakura ar...huuu~
Me + D + Atin

Suda mau pulang

around 10 p.m. da kat jusco bukit raja da amik ticket then grab some popcorn lepak2 chit chat + ngumpat2 laaaagi...naseb da buke...=p

Tekken? 4 bintang cukop? hmmm ok ar...act same feel cam mase tgk airbender kot...

Mase utk movie

Tekken


there...nice spending time with MOS again...zaman skolah da tade kan...skang zaman keje2...cite pon pasal keje, gaji, kete, nak kawen, vacation... owh nak adult dah...=p

Tuesday, August 10, 2010

Untuk saye??

-->

After blk keje act have to rush g Intekma Resort but bcz of my part was act mlm so tadehal tok tman Ma Precious g Subang Parade jap. He ask me to accompany him nak g bli wallet. Nak sgt bli clip wallet tu...dapat da pun...senyum je die eh....=)
Da settle his wallet nye part then ade balance peruntukan lagi..he ask if i want anything...so the day was bout wallet i guess. Aku nye wallet pon mang tahap segan2 da nak bwk pgang g bli brg..=p
I ask a wallet too...and there it is...thanxs dear...like it...love it...appreciate it...lalalalala~~
Tgk sket.....
Wallet lame...bye~
Yeah...TQ3 cyg..=p

Close up...=p

Monday, August 9, 2010

"Berjimba"


-->
Saat Berjimba sebelum menyambut tetamu Ramadhan Al-Mubarak...

Date: 5 Aug 2010
Day: Kamis
Venue: Flaming Danau Kota
Attendance: Za, Hani, Mimi, Aida, Amee

Blk keje trus gerak. Smpai2 after maghrib. Makan2 ta igt kiri kanan. Bahan2 ta igt org laiin. Gelak2  ta igt perut yg da nak mletup. Table keliling da btuka org ktorg je yg SETIA stay disitu smpai 930malam which almost 3 JAM?? Burrp...kekenyangan. bak kate mimi ktorg mang terbaik. TERBAIK MELANTAK!!
Thanxs to Mr.Precious krane sponsor dwet mkn utk ini malam akibat kepokaian saye..=p
Not to forget... lihat dan  lihat...=p
Selepas Kekenyangan


Ko letak ar aku ujung skalipun...sume makanan aku nak rase..hikhik

Date: 6 Aug 2010
Day: Jumaat (12:30 – 2:30)
Venue: Surau & Pantry Evergreen SA
Program: Ihya Ramadhan (Salam Ramadhan)

Start dgn bacaan yaasin di surau. Sedikit tazkirah diberi oleh kak sadi yg agk menyentapkan...huuu...=p
Makan2 time...byk gile siap tapau2 lagi...dapat goodies berupe rehal + muqaddam + buku doa + kurma stock tok berbuke nanti + kerepek...=)
Maaf tiade pic.


Date: 7 Aug 2010
Day: Sabtu yg Indah
Venue: Klang Parade & Pak Li Kopitiam
Attendance: Za, Mimi, Amee, Aida, Kak Wa, Kak Riz, Reni, Azlin, Milah yg singgah kejap je, Yana & Kak Marlina.
3:00 PM  Ktorg b’4 smpai dulu kat karoke.=) warm up ar dulu yedak....bilik no 26 medium. 3 jam ye....=p
Oke tak igt sume tp ni antara lagu yg dinyanyiikan dan disunbangkan oleh kami....elyana - tapak sulaiman, ezlyn - jikalau aku, alla – sembilu, m2m – the day u went away, mas idayu – cintaku 100%, mas idayu – senggol seggolan cubit cubitan, kelly clarkson – because of you, lady gaga – bad romance, aerosmith – don’t want to miss a thing, samson – kenangan terindah, wan – dara pujaan, amy mastura – sha na na, britney spears – 123, ukay’s – bila diri disayangi, ella – cinta kau dan aku, ella – gemilang, faizal tahir – sampai syurga, erra fazira – jendela hati,ning,ziana,desy & nora – cinta di akhir garisan,agnes monica – matahari, anita sarawak – tragedi buah epal. ta igt lagi uh....tapi ni br suku je kot....cz 3 jam kan...=p
Sebelum itu....silelah.....

ni lpas pnat nyanyi...bg can org len nyanyi uh...=p
Medium Room - Klang Parade


5:40 PM kuar wal cz da dpt lane nak men bowling plak...amek 2 lane...lane saye 4 org tmasuk amee,aida n mimi. The other lane kak marlina, kak wa, yana, reni n kak riz. Lane saye...ermmm saye kalah terakhir skali ye kedudukan nye....huhuhu....tp layan.....
Tgk sket pic....
Aide, Amee, Me, Mimi
The other lane..them...
Action lebey la ko...gelabah masuk longkang...=p


Blk singgah makan kat pak li. Kami b’3 je za, amee n mimi. Pekena katong laksa, hokkien kuew tiew & kari ayam. N tak sah klu tak 2 jam kat kdai makan kan. =p


Date: 7 Aug 2010
Day: Sabtu Malam yg penat
Venue: TGV Jusco Bukit Raja
Attendance: Za, Ku, Zatie, Nida, Murni, Panjang, Syuk, Charl, Pajil, Salam, Cikgu Mat, Zul + tatau name tp ktorg skandalkan dgn zatie..=p

Avatar: The Last Airbender

Kul 10:00 start wayang ...tgk The Last Air Bender. Ok lah... Jln cite smooth. tade klimaks yang terbaik. Tp ending adoiii....mmg akan ade sambungan je care nye...saye nak tgk tekken!!!
Ku, Zatie n Nida tdo drumah saye...=)