Friday, May 30, 2014

REPETASI SEJARAH



16/5/2014
repetasi
berlaku
terhadap aku
repetasi sejarah
sejarah
sejarah mungkin berulang?
akalku membentak
Wallahualam
luah saja pada Tuhan
Dia Maha Tahu


28/5/2014
begitu juga kali ini
repetasi kisah
satu kisah baru
selamat datang aku ucapkan
kisah lama
kisah baru


Wallahi
aku serah semua pada Dia~

WUDUK



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Thursday, May 29, 2014

HAKIKAT ORANG BERTADAH







Wednesday, May 28, 2014

ORANG KAYA



Orang A : Tiap-tiap hari berusaha bermati-matian untuk mengumpul harta sebanyak yang boleh untuk ditinggalkan kepada keturunan dan orang ini memang banyak harta.
Orang B : Tiap-tiap hari berusaha bermati-matian tetapi tidak terliur dengan harta yang banyak dan juga tidak terlampau mengejar harta sebaliknya melakukan kerja atas rasa tanggungjawab. Orang ini tidak banyak harta.
Pada saya, B lagi kaya. 
Kerana dia tidak hairan dengan longgokan kekayaan sebaliknya tanggungjawab yang membawanya ke hadapan dan bukan harta seperti mengejar sebiji epal yang diikat ke topi dan terjuntai di hadapan mata. Lagi laju kejar, lagi epal itu pergi jauh.

SAIFUL NANG

Tuesday, May 27, 2014

JOHO





main reason aku suka brand ni
LOVE
TRUST
RESPECT
simple kan sebab aku
sebab word ni je
terus aku terus menerus support
hahaha...

*tuka topik


RELATIONSHIP
will be WORTH 
when we have
LOVE, TRUST & RESPECT

HONESTY?
eventually it will be in through out of it
automatically

dalam relationship
kalau salah satu ni takde pd aku
ermmm
trully
I CAN'T COMMIT

call me old fashion
but i do take RELATIONSHIP
SERIOUSLY



Monday, May 26, 2014

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT






Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Friday, May 23, 2014

H A T I



hati
sekali lagi
kau diusik
untuk apa
habis rasa
habis daya

mungkin aku perlu kata maaf
untuk kali ini
mungkin sudah tiada rasa

hairan
lapangnya hati

hairan
sejuknya jiwa

hairan
lembutnya rasa

depan kau ada dinding

depan aku juga begitu

lalu 
kenapa perlu rasa begini

jika baik untuk aku
jika baik untuk agamaku
jika baik untuk keluargaku
jika baik untuk dunia akhiratku
bukakan pintu dari mana-mana
untuk aku langkah kesana
buka hati siapa-siapa
untuk menyayangi 

jika buruk untuk aku
jika buruk untuk agamaku
jika buruk untuk keluargaku
jika buruk untuk dunia akhiratku
tutupkanlah pintu dari mana-mana
untuk aku terus melangkah kesana
redhakan hati siapa-siapa
untuk menerima


Friday, May 16, 2014

Penduga

Allah...
Ujian apa Kau sedang duga aku
Ini bukan bentuk pembalasan
Jauh lagi dari karma
Tapi sama kisah
Dengan chapter baru
Berbeza watak penduga

Allah...
Dari hari ini
Aku pohon
Dari serendah-rendah aku
Dari sehina-hina aku
Dari sekecil-kecil aku
Aku benar perlu
Petunjuk
Dari Kau Yang Satu

Please.....
I need you.
Always.

Wednesday, May 14, 2014

BARAN



Aku manusia baran
betul
sungguh baran
tapi itu cerita 12 tahun dulu

payah
payah nak hilang
sekali kau dah baran
sampai semut pun kau mampu tengking
ok
itu propa
aku tak sampai situ

itu satu dari asbab
kenapa aku pilih berdiam
bila tak setuju
bila marah
bila sedih
bila sakit hati

biar orang kata
sombong
berlagak
angkuh
ape lagi kau nak
kau senaraikan saja

marah
aku tengah amat marah
sudah berkajang aksara aku tulis
tinggal send pada kau
tapi
aku pause

kalau lidah itu lebih tajam dari pedang
all these words that i wrote just now?
apa pula?

DELAY
aku memilih untuk melambatkan
melampiaskan kemarahan ini
kau tunggu
kau tunggu sana
aku datang nanti
jaga kau

Saturday, May 10, 2014

Open your eyes

Open your eyes.
What do you see.
More possibilities?
Does the new you give you more hope?
Thats the goal.
Although we doesn't always want have that way.
Sometimes they shifted perspective just to see what you lost.

Friday, May 9, 2014

HAIRAN



HAIRAN
kadang-kadang aku hairan
betapa aku yakin pada tuhan
tentang rezeki
betul
yakinnya aku pada Dia
bilamana aku masih berbaki 3 minggu lagi
untuk hidup menanti gaji baru
dengan berbekal hanya 1 not merah
YAKIN
aku sangat yakin pada Dia
rezeki Dia bagi
takkan terduga


tapi aku HAIRAN
kenapa perlu aku meminta pada Dia?
selalu
untuk sembuhkan aku dari hilangnya jiwa
TAK YAKINkah aku?

LEPAS
mungkin
betul--
aku perlu lepas
tinggalkan
baru aku tahu
luas jalan yang Dia bentuk untuk aku

Setiap kali



setiap kali 
aku terima
satu berita
yang tak terduga

bilamana berita itu
sebuah keajaiban Tuhan 
dari kelelahan yang ada

setiap kali--
mata bertakung
berair mata
dari hati
aku berdiri
memberi standing ovation
buat Kau Yang Satu
Allah hu Rabbi

setiap kali
Kau yang tahu
lelahku
biar standing ovation itu dari hati
tapi aku beri sepuasnya
gemuruh tepukan itu
penuh jiwa raga
selepas aku tersungkur kerna lelah

plot jiwa raga aku
hanya Kau yang berhak
Allah...

LUKA




sakit
sakit yang amat sangat
dek kerana luka
luka yang terpaling dalam

tiada bentuk air mata
yang mampu terjemah luka
tiada
kerna luka itu
terpaling dalam
paling--
dalam--

bukan minta disembuhkan
tapi minta dijauhkan
Lillahi Taala
Tuhan,
jauhkan--

*holding both hands
*close eyes
"Allah...tolong. jauhkan--"

Wednesday, May 7, 2014

THE TRUTH









HILANG




hilang
emosi aku hilang lagi
jiwa aku entah kemana
mungking melayang jauh
*deep inhale
*deep exhale

ya
aku cuba
cuba untuk tidak mengeluh
kena terima
takdir Dia

hilang
segala yang hilang
juga aku terima
kerja Dia
jauh dari jangkaan aku

Allah...
yang hilang mungkin berganti
tapi apa maksud
yang muncul
yang wujud
yang sekejap itu

satu inci dekatnya
sungguh jauh untuk aku gapai
apa maksud yang Kau cuba sampaikan 
wahai Tuhan...

Lillahi Taala...
bagitahu aku


Monday, May 5, 2014

Apa boleh aku buat

Apa boleh aku buat
Dengan kau...
Bilamana sekarangpun aku tetap rasa
Setiap rasa
Sama
Seperti rasa yang dulu

Kau dekat
1 inci depan aku
Apa boleh aku sentuh kau?
Tidak
Apa boleh aku kekal dekat begini?
Tidak
Apa boleh aku buat
Dengan kau...

Aku boleh rasa satu penyesalan
Kerana aku baru sahaja
Melangkah kearah kesakitan hati sendiri
Apa boleh aku buat
Dengan kau...