Friday, December 31, 2010

Think of it....

It's ok to be slow
It's ok to be lazy
It's ok to be negative
It's ok to fail


BUT it's NOT ok to repeat the above everyday or every time..


Repeating will soon become a behavior..
Behavior will soon become ur attitude..
Attitude will soon brings u success..


Make sure U repeat positive practice 

as Success comes from daily positive repetition...
Think of it..

Jawapan bagi segala persoalan



Dlm Quran dah ada jawapan pd setiap persoalan kita. 

Contohnye "Kenapa aku tak dpt apa yg aku idam-idamkan?" Jawapan Quran "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. 

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." 

(Surah Baqarah, ayat 216). bila direnungkan.. mendalam maksudnya dan aku tersedar!





Aku bertanya lagi " Kenapa ujian seberat ini....?. 

Jawapan Quran " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannga"

 (Baqarah, ayat 286.....) huuuu





Aku tak puashati! aku tanya lagi... "sampai bila aku merana begini?"........ 

Quran jawab " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." 

(Al-Insyirah, ayat 5-6)





kredit to : Far East

Ending is a starting of a new beginning! What U may not be able to achieve this year, may next year U would double the result.

Salam....

Arini ari terakhir 2010, which means aku da go through 1 tahun semenjak melangkah dunia luar @ dunia pekerjaan selepas tamat belajar.


Frankly, 2010 tahun yang paling banyak menguji kesabaran untuk aku + aku still amik ni sbg pengajaran tuk dr sendri. Nak ckp byk pn da lepas kan. Hadap je lar..=p


[2010:Tahun pembelajaran terbaik buat aku]



[Gambar : Sewaktu jd SKP @ FSKM]

JANUARY
 Tak dpt keje lg. Still duk kat S.Alam means jobless + moneyless (erk ade eh words tu..=p
So m decide join SKP (Skim Khidmat Pelajar) @ Fakulti FSKM. Learn something selame 1
                bulan kat sini that is "sabar itu pengikat silaturrahim za...".


But still aku abaikan pengajaran tu. Kepale aku kan ade batu keras kat dalam...^_^


[Gambar : 1st day @ LB]


FEBRUARY
Aku berjaya dapat kerja baru kat Beranang, dekat sket ngan umah + da tak duk SA but
still g sane...=p Kat sini aku realise klu ko tak willing nak learn new things with new
people, better leave. Act tu bukan part aku tp part kwn2 1 dept yg da blah dulu before aku blah.
 Pd aku they should feel glad ade org nak aja dorg ape yg perlu + once ko diberi
tanggungjawab yang berbentuk arahan, do u actually have the choice nak berbunyi sket pun? 
Tuding jari pada bos bukan 1 cara yang disenangi even bos tak slalu betul..kan...



MARCH
Still aku ade kat tpat keje yang same. But this time aku learn lesson bukan dr keje tp dr xtvt aku every week. Act every week aku akan trun SA masuk UiTM doing something.
 sometimes lpas keje dr beranang trus heading to SA. Pnat? sure r pnat montot duk tuka2 bas. 
M doing this is act aku xnak wat keje sekerat jalan. which pd aku once aku choose nak do something then finish it r yedak...lpas tu ikut suke r nak wat pe pun. so there i m. Till 24 April settled. =)


[Picca : Selepas waktu kejadian]



APRIL 
Ni bulan ulangtahun kelahiran aku... 
Mcm yang aku sendiri tau aku sendri tak banyak
           kengkawan so didn't expect any from friends but sure 
i expect something from whom i love that
           is my family + love one.  1 thing i learn is 
"When there are lesser expectation than there wil be lesser dissapointment.." 
Untuk aku sendiri, za...u still have urself to indulge urs. tak perlu
           mengharap pd org lain to chill u hun.



MAY
Peristiwa bulan ini, kami celebrate bday Aieril + Stepdad, Aku resign n dpt keje baru @ S.alam
          + degree nye graduation day. Its true that "nothing in life is free and easy. 
If its free and easy i always come with package that u will regret later. 
Therefore success have no short cut". Itu yg keep wandering kat kpale otak aku time dlm dewan waktu konvo tu. Aku tak kate aku da success..nope...tp that phrase act aku kenang dr form 1 dolu2 dr zaman punye r malas aku nak study in fact aku still lg berangan2 nak jd atleast Degree Holder.




June
Bulan yang aku fikir aku usaha adapt suasana kerja di tempat baru + di rumah baru dgn kawan2 baru. (aku masih mempunyai trauma yang sama "takut memulakan silaturrahim yang
          baru") lantas aku terus menjadi manusia yang sering berada di dunia aku sendiri.
 Bulan ini aku "konvo" kali ke-2 di Melaka Bandaraya Bersejarah...=)





JULY
Bulan tujuh adalah bulan tengkujuh....huuuuuu~ awal2 bulan aku da berair mata. hanya kerana
kereta. owh itu boleh dikira pantun....=p dari februari - july usaha aku nak beli kereta tidak tercapai jugak. thats y r kan...=(  tape2..."Rest if u must but never QUIT Za!!!!" agagagaga..=p
Bulan tujuh juge aku br nak beramah mesra + berkenal rapat dgn gank br dr Evergreen ni dkt
         Port Dickson sempena GPA Sport Meet.


[Picca : Kami]



AUGUST
Dihujung August adalah perbukaan untuk Ramadhan. Ada banyak saat yang bahagia dan 
 sadis buat aku di bulan ini. Saat2 berbuka bersama keluarga, orang kesayangan, & kawan2.
 Saat2 disulam dengan kehilangan orang yg dihormati diawal Ramadhan kali ini... "The
 moment you are ready mentally, nothing will stop you physically, mind over matters!"
             bulan pose ni banyak dugaannye...=p



SEPTEMBER
Bulan Syawal menjelma. Saat gembira menyapa...=) 
 "now or never...sooner or later...the moment will arrive"





OCTOBER
Bulan ini saye beli hp baru...weeee~  




NOVEMBER
Bulan ketegangan dan saat kejauhan yang ku rasa. Lillahi Taala, aku mmg klu bleh putar mase
 bulan ni aku nak kne bukak mate luas2 bia nampak ape perubahan yang ade antara kami...=l
          "everything you do is for ur own future za...." 



DECEMBER
Penah tgk org nyanyi senggol-senggolan cubit-cubitan sambil nangis? akulah orangnye. n 
 perkara yang terjadi mmg btul2 wat aku ilang semangat gak r... ilang punca pun ade gak...
pengajaran plg penting aku temui, "before you talk,listen! before you react,think! before you
criticize,wait! before you pray,forgive! before you give up, REMEMBER WHY YOU STARTED!"
and...i do learn my mistake. ego itu bukan milik perempuan...

           
Di hari terakhir tahun ini, aku titipkan maaf buat semuanya... 365 hari cukup buat aku sedar mungkin bukan banyak tp permulaan hidup di dunia luar... Moga 2011 memberi 1001 perkara terbaik buat aku. Amin~


Thursday, December 30, 2010

kalau kau fikir dia adalah lelaki terbaik buat kau,jangan lepaskan dia. tapi kalau dia lepaskan kau, maka kau bukan yang terbaik buat dia~

dan hari ini....terbukti kalian memang best and good for each other.

tahniah buat pasangan mempelai Niza & Fiq. Semoga bahagia hingga hujung nyawa. :)




Tuesday, December 28, 2010

Thursday, December 16, 2010

Untuk Rasa Lebih Tenang....

Aku petik dari facebook "in a relationship"

nice things to share...


Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.

Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.


Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.  Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.

Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…



Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.

Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.

Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.

Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.


Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja  yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….

Wednesday, December 8, 2010

Naskah terbaik buat kamu

**Naskah ini ku titip dari "Dunia Sebelah Zara"


Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
 
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
 
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
 
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
 
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
 
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
 
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?
 





Tuesday, December 7, 2010

.::.Godfather~Mafia Nite~Roaring 20s.::.

Date : 4 Dec 2010


The day before....
"duh,klu camni ar rase ikut orang g shopping sumpah aku tanak follow lg dowh. 
ko nak cr kasut spasang je kowt .JJ ni pun tade r besa mane. sume kedai kasut aku rase nak dkat 3 kali ko kuar-masuk, kuar-masuk. tak jupe2 lagi mane yang bekenan ke cik aida ui!!"

....tp tu sume dlm ati je uh aku dlm ckp kan...haks
mane brani nak spoil org yg tgh bsungguh2 cr kasur dinner. 
tp mmg siyes mlm tu blk je memang bdenyut2 r tapak kaki aku nih...


The day...
oleh kerana kne ade di evrgreen 6:30 pagi...diulang 6:30 pagi!!! so pkul 6 sure da kne siap kan?
set jam pkul 5:30 pagi...unfortunately 5:15 pagi da terjage
ni klu tdo blk memang pengsan...
maka rajinlah aku memasak breakfast jap...cucur je smpat...=p
6:40 da sampai kat ofis. tunggu sume orang sampai then 7:00 pagi bas bertolak.
sure tak lupe...text send to ibu + him (dont worry i'll be good there) =p

tambah tolak brenti makan, brenti terkucil sume smpai r kat hotel pukul 2:00 ptg.
again text send to ibu + him (safely arrive)
dgn nak check in lak lambat...hish...klu tak sempat r ngengade g sauna...=p

rommate ngan aida @ room 1223

Tingkat 12 okey...12!!! tak gayat pun okey!!! hohohoho (gelak sambil kaki ketar)

Bed for us 

Here comes the nite...
bersiap...mimi + hani setuju bersiap kat bilik kitorang setelah aida wat cte sedey die....
(sedey r sgt konon make up tak byk nak share2) itu agak sedey gak r utk situation tersebut...=p



here come us...









After the nite....
tak sah klu tak merayau kan..=p






The day after....






10:30 pg check out....6:00 ptg sampai ofis...

Wednesday, November 3, 2010

Doa~

Ketika malam datang melamar
Duduk ku sentiasa di kamar
Ku himpunkan sebuah doa yang panjang
Untuk semua yang ku teramat sayang

Doa pertama buat Babah
Ku harap Babah kan berubah
Bersama membina keluarga kita semula
Agar kita kekal bersama

Doa kedua buat Mama
Semoga Mama kan sentiasa gembira
Tanpa ada sebarang penyakit
Atau sedikitpun hati yang sakit

Doa ketiga buat Abang
Dan keluarganya yang kecil
Supaya rezeki sentiasa berkembang
Dan tidak lagi hidup terpencil

Doa keempat buat Adik
Yang bersama hidup senasib
Ku harap kau kan berjaya kelak
Membantu ku merubah yang malap

Doa kelima buat diriku
Yang pasrah dengan apa yang berlaku
Moga ku kan bangkit dan mara
Membina semula harapan keluarga

Lima lagi doa ku rahsiakan
Sebagai satu amanah yang disimpan
Moga akan menjadi pedoman
Ketika ku hidup tanpamu..... Wahai Teman

Wednesday, October 6, 2010

#MakanReview William @ Kelana Jaya

-->


Erm...this time tade dalam plan makan besar kitorang so ni kire unplan uh. Balik keje mau teman Aida g tgk tv seconhand then trus nak mkn. Bai mau makan Sate Ria tp itu kedai suda tutup. So Bai claim teringin makan kat tempat yang kitorang penah sebut. Kat KJ so called William. Share berdua pun tak habis kot. Tgk je lah pinggan da kire besar da tu.


Ribena Laici Gelas Besar


Kueh Tiew Kung Fu


 Pasta Carbonara with Turkey


Nasi goreng Ketam

Sunday, September 26, 2010

JaLan-JaLaN Cari KuiH RayE

  -->
Kalau takde orang sudi bawak bejalan memang takkan lah aku kuar g beraye-raye ni...So dak opis ajak merayau beraye each or us. Start dr umah aku. Amee, Aida n Hani gerak dr Klang ke umah aku...so aku stand by memasak. Eh tak...ibu yang stand by masak act. Aku stand by mengemas jek. Menu: Mee Lada Hitam, Puding Buah + Air Oren. Mee Lada Itam ibu yang terbaek!! Saye sangat suke....=) itu adelah request dari saye...tapi si itam bising asik-asik itu...aku pon back up lantak lah aku yang nak! Lalalala~
12:30 p.m yang berhormat mereka bertiga sampai... so bersantaplah kami..=)
Trus angkut beg (kirenye trus nak blk SA r) thanxs to adikku sayang Aieril tolong kemaskan beg akak ye...hehehehe...
Destinasi seterusnya adelah umah Kak Mas @ Meru (bedal je). Jenuh gak sesat barat dok cari umah Kak Mas ni. Sampai-sampai trus terhidang makanan “simple” bak kate Kak Mas. Menu: Spagetti + Air Oren. Lame gak disini. Borak tak hengat. Sampai kul 4 jugak ar.

@ Umah Kak Mas


Seterusnya ke umah Kak Wa. Yang ni tade dlam plan. Tp time borak ngan Kak Mas td die ckp Kak Wa br lepas operation. So kitorang decide nak melawat skali ngan beraye uh...tp umahnye tak jupe plak. Kol Kak Marlina cz umah nye dekat. Alih-alih beraye umah Kak Marlina dulu. Ha kene marah plak kitorang nak datang tak bitau awal-awal. Tak plan memang ler ta bitau. Plus untung sket. Save perut aku ni ta mkn lg. Menu: Murtabak goreng + kuih raye n Air Sirap kot. Heee...

At Umah Kak Marlina

Then Kak Marlina bawak kitorang g umah Kak Wa. Cian gak tgk die. Nak angkat tangan pon taleh. Bentan katenye nanti...=p nak dekat kul 7 gak ar kat umah Kak Wa je. Menu:Air Sarsi + Kuih Raye. 
@ Umah Kak Wa



Trus bergerak ke umah Kak Mari. Bagus tul beraye time Maghrib kan korang. Menu: Popiah goreng + Air Coke kot.=p selamat gak perut sempat hadam lepas 3 umah tak makan berat. Itupun Kak Mari mau bli sate. Tape2...save utk lain hari.
@ Umah Kak Mari



Seterusnya adalah....umah Amee....Menu: Mee Bandung + Sirap Soda = mule kenyang. Tak bersuara da time ni masing-masing. Perut da penuh...=p
@ Umah Amee


Umah Asma pulak....Ade Spagetti lagi....tapi version lain sket...harus dijamah...rezeki...=p
@ Umah Asma




Umah Hani yang last...kami request nasik ye...+ sardin mak hani yang sedap. Taaapiii...da kenyang sangat oke...pikirkan sardin mak hani yang sedap aku sental jugak...=p
@ Umah Hani

Balik-balik baju pun da sendat tak terkate ape dah....tapi itu baru 1st trip raye....8 buah rumah

Here goes the 2nd trip
3  buah rumah sahaja. Tapi sangat mengenyangkan ye. 1st umah Kak An di Rumah TIGA TINGKAT die tuh. Menu: Laksa Johor, Sirap + Kuih raye. Tart Nenas yang sangat sedap n aku sorang abiskan oke! Hahahaha. Mcm 1 department gak ade, aku, amee, hani, mimi, nurul, asma, kak riz, kak mari, kak nora, hana, yana.
@ Dalam Umah Kak An

@ Luar Umah Kak An


Then ke Kota Damansara umah Kak Riz. Lagiiiiii sesat gileeee...amee lah yang bawak katekan. Klu aku bawak mmg tak sampai langsung jawabnye. Menu: Mihun + Popiah goreng + Oren + kuih2. Sangat sekejap cz bergegas ke umah Kak Gee nye open ouse yang da tak brape nak open sangat utk kitorang yang da terlambat nih...=p Menu: Owh sgt best ade Sate terbaik + Soto + Mihun Sup... Sedap woo Sate tuh...
@ Umah Kak Riz



@ Umah Kak Gee


Wednesday, September 15, 2010

AidilFitri Ku


Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kalian. Semoga saling memaafi hendaknya.

Malas nak cite banyak...cuti raye kejap. Tp syukur gak la dr ade ofismate yang ta dapat cuti. Balik umah betul2 malam raye (Khamis) sampai Isnin. Ibu masak ketupat, rendang daging, lodeh as my request huhuhu, n aku cam bese takat mampu buat agar-agar buah je lah.
Malam tu jugak susun-susun kuih raye (gayat nak makan kuih sbenarnye) huhuhu....pastu kemas sket2..da settle trus tido..
Pagi 1 syawal, bersiap utk g umah atuk kat Beranang. Theme raye ni Purple my fav tuh..=p
Dan seperti biase raye aku tak seperti orang lain...tetap terkilan utk sesuatu. Takpe lah. Belum masenye. There goes the feels~
Urrm...Salamat Hari Raye jugak utk Mr.Precious saye. Saye sayang kamu..=)
Bergembira makan-makan  kat umah atok then petang balik bersiap bertolak ke Muar. Around 7:40 p.m sampai. Acik Zill je yang da balik? Cian atok saye...uuuhhh...rindu rumah besar ini *hhhmmmppphhh (peluk rumah besar)
Baru je stay duduk2 kejap, makngah pun sampai. Ade Pakngah, Along n anak-anak die, Iwan, Arip + Kak Uji n Abang Poji, eh2 da ade anak? Tomey plak...lalalalala~~
Acik Tipah n suami die (yg aku tak suke) da balik. Oppsss minta maaf di hari raye ye miza. Layan TV, lepak-lepak,zzzzzzzzzzzz......tido.
Uish...da mule pandai tunjuk jadi pompuan da bleh kawen plak tetibe ni nape? Awal pagi da bangun, mandi plak...adeh...slack nye tak tolong di dapur ye...ala ramai sangat.sempit...*alasan.
Kat umah atuk ni tade ape bleh wat sangat. Duduk-duduk layan tv je kaje aku kot. Nak bejalan dr dulu tak kenal orang keliling. Takat kenal orang sebelah rumah. Tu pun sebab sedare. Alahai...skarang plak nenek tu da meninggal..br je meninggal 19 Ogos lepas...same tarikh ayah pergi~
Al-Fatihah...
Maklong pulak balik....Acik Mi’e pun balik...Acik Sham, Acik Ijam + Acik Yah je tak dpt blk...
Raye ke-3 pulang Beranang semula. Same je aku bukan nak beraye sgt pon...duduk umah lepak ngan ibu. Isnin...Ibu nak anta balik Shah Alam. Singgah raye Umah Acik Sham & Acik Yah...pehh...kenyang arini..=p
Esok keje??? Damn!!!