Thursday, October 31, 2013

//REPOST// Kispen KNB: Dunia


Selesai bersarapan di warung, Tompok dan Belang kembali bersiar-siar. Pagi ini mereka kenyang benar. Tauke warung hidang sisa ayam goreng yang digaul dengan nasi.
Sekali-sekala mereka berhenti untuk bersihkan tapak kaki.
Tiba di satu kaki lima, Tompok berhenti.
"Kenapa berhenti?" soal Belang. Dia kuis cebis ayam yang masih terlekat di hujung misai.
"Kau tengok pagar rumah tu," pandangan Tompok tertancap pada pagar mirip tembok yang mengelilingi sebuah rumah agam.
"Kenapa?"
"Tinggi kan? Macam tembok penjara. Macam tuan rumah tu dah tak nak bercampur dengan orang lain."
"Kau tak faham," Belang tersenyum. Dia merehatkan tubuh di kaki lima yang hangat. Ekornya dilibas perlahan.
"Apa yang aku tak faham?"
"Orang kaya memang pagar rumah tinggi melangit begini. Dia boleh berpisah dengan dunia, kerana seisi dunia sudah berada di dalam rumahnya."
"Jadi dia tu macam mana?" Tompok mengalih pandang ke arah seorang lelaki yang mundar-mandir di seberang jalan. Wajahnya cemar, baju kumal membalut tubuh. Di tangannya ada beg plastik berisi entah apa. Barangkali sisa makanan mirip sarapan Tompok dan Belang.
"Mudah saja. Orang miskin tidak perlu pagar tinggi-tinggi. Sebab seisi dunia ada dalam hatinya."
Tompok mengangguk faham.


repost from KNB

Tuesday, October 29, 2013

//REPOST// Apa jenis dunia sekarang

kalau sape yang follow aku dari dulu
ingat penuh satu bulan aku meroyan
tentang hipokrasi
tentang buat salah - hadap 
tentang ape bentuk rupa manusia engkau
bia depan belakang sama mukanya
ha sini aku repost
petang-petang ni kak Fynn share sesuatu aku agree
tapi tajuk aku main create ja
labayuuu kokping!!!



apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang--
kalau segalanya cuma diuruskan melalui wall facebook.

kau bangsatkan orang,
kau kejikan orang,
kau hinakan orang,
kau aniaya orang,
kau tikam orang--

kemudian datang hari insaf--
kau fikir sudah cukup kalau kau lafazkan cuma di dinding status dengan seribu pesen maaf.

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

hendak dapat lagi kelakar?
cuma ada lafaz maaf--
tak tau ke siapa,
tak tau tentang apa,
tak tau apa cerita.

apa dia ingat orang yang dibangsat, dikeji, dihina, dianiaya, ditikam tu baca?

aku boleh terima lagi status doa pada pencipta.
doa, beb.
kita semua lebih kurang.
salah lebih kurang.
dosa lebih kurang.
impian lebih kurang.
mintak pun benda yang lebih kurang.

maka bagi aku, ada bagusnya baca doa kawan2 kat wall mereka. sebab kadang2 bila baca doa orang--
kita terperasan apa yang kita lupa waktu tadah tangan kita.

tapi jenis status minta maaf pakai facebook ni--
entahlah.

sebab apa yang aku nampak, dah mmg pesen kita kalau bergaduh / selisih terus remove, block bagai ni.
dah tu--
apa gaya orang yang PALING penting dalam drama kemaafan ini nak membaca kalau dia SENDIRI tak ada dalam cerita?
minta maaf macammana?

dah akhirnya yang buat salah ini pulak nampak mulia dengan kad elektronik berbau syurga--
meminta ampun dari kejauhan--
walau yang dianiaya rak tau cerita.

"e eh, baguslah awak. dia tak nak maafkan itu lantakkan dia"
"tidak mengapalah awak, yang penting awak dah cuba"

aik?

sebagai contoh:
tulis surat mintak derma,
tapi tak tulis alamat.
sampai mati la tak dapat apa.

pos la!

orang bagi derma atau tidak--
at least kau dah cuba.
itu baru betul.

ni tidak.
sudahlah tak pos,
nyaring pulak dia bercerita "dunia sekarang semua kedekut".

serius aku blur dengan common sense manusia hari ni, bang.
haih.
apa jenis dunia kita duduk ni sekarang?

seorang kawan aku ada cakap:
"kadang2-- 
sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini
dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".

tertampar aku.

nama ruang status pun dipanggil 'wall'.
hahaha.
bapak aa kebetulan giler.

betul, kan?

kita lebih selesa menulis di status berbanding bersemuka.
lebih larat merapu-raban di status berbanding meluah rasa bila berdua.

kita penakut.
atau kalau dalam bahasa bersangkabaik--
kita jaga hati.

nak cakap depan2--
nak merapu meraban--
putus pulak saudara.

ada betulnya.
memang benar kata2 orang:
"baik diam dari bertekak sama2".

tapi aku hendak tanya:
"kenapa cuma didiamkan KETIKA di depan muka?"

kita diam di depan.
belakang cerita?
fuhh. menggempita.

depan belakang--
kita patut sama.
diamkan.

luahan. lafazan.
benda yang disebut.
benda yang ditaip.
sama.
tapi beza.

begini.
benda yang kita lancangkan--
kita boleh lagi elak dengan "apa bukti kau tuduh aku cakap sedemikian?".
(bab kau tipu itu lantak kau lah kan?)

benda yang kita tulis--
umpamanya adalah seperti resit yang terekod atas setiap apa yang lidah kita belanjakan.
transaksi oral kita, dalam bahasa lainnya--
yang berbintil2 tercatit melalui tulisan.

sekali orang dah baca--
kau nak padam macammana?

berbalik pada isu "meminta maaf pada dinding" tadi.

aku faham.
ngeri nak bersemuka dengan orang yang kita aniaya.
takut tidak dimaafkan.
seram kita kembali jadi celaka bila orang tak terima kita di waktu kita turunkan ego kita.

tapi itu adalah harganya.
kita yang bangsatkan orang,
kita yang kejikan orang,
kita yang hinakan orang,
kita yang aniaya orang,
kita yang tikam orang.

layaklah kita kita kena terima orang tak nak terima kita.

bak kata abah kalau aku mengadu pada ibu yang abah masih marah2 lepas aku minta maaf sebab dah buat benda tak betul--
"habis? nak kena timang?"

memang pedih dengar.
tapi itu hakikat hidup.

kenapa kita bongkak sangat melafaz maaf?
kenapa kita perlu merasakan "KALAU aku dah minta maaf, kau tak maafkan-- KAU lah bangsat".

mana boleh.
kata kerja kat sini adalah "mintak".
kalau mintak, belum tentu orang nak kasi, cik kak.

"aku nak mintak maaf";
bukan "aku nak mendapat maaf".
hidup jangan sukahati sangat.

sebab itu tuhan selalu pesan dalam quran bab habluminannaas--
hubungan kita dengan manusia.
jaga.

percayalah.
habluminallaah yakni menjaga hubugan dengan allah itu JAUH lagi senang dari habluminannaas.
sebab tuhan itu sesungguhnya MAHA ghafuur. MAHA rahiim.

manusia?
nak dapat kemaafan dari manusia?
ingat semudah 1, 2, 3?
lafaz, salam dan menang?
macam tu?

haih.
benda minta maaf ini jangan buat lekeh, bang.
sebab itu aku dari tadi menung.
apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

kecil2 dulu--
kalau terkecilkan hati kawan kita--
gigih kita lukis kad "i'm sorry" pada dia,
bukan main lipat kemas2 kad manila warna jingga,
ditampal dengan segala kerawang dan lukisan pelangi pelbagai warna.

selit bawah meja.
jeling sekali-sekala tengok2 kalau dia sudah baca.
dan kalau sudah, apa rupanya respon dia.

senyum ke?
masam ke?
buat tak kenal ke?

hebat kita kecil2 dulu.
JAUH lebih berani dari hari ini.

buat salah -- hadap -- minta maaf.
apa jadi lepas itu--
tak kisah.

paling2 pun, dia cakap "kita tak nak lagi kawan dengan awak". ye la. nak buat macammana. kita terpatahkan pengkorek dia. mmg la layak dia marah kita.

sekarang?

aku mintak maaf.
kau tak maafkan?
mampos kau.
kau ingat kau siapa.

pergh.
apa jenis dunia kita tengah hidup ni sekarang?


Monday, October 28, 2013

#MakanReview Pinto Coffee # Tanarimba Janda Baik

Semalam aku follow photo shoot wedding #HafizFarlinWeds
ke Janda baik
eh memang cantik
tapi rezeki kurang sket
time tu hujan
tapi adenye Pinto Coffee ni
cantik jugak hasil yang dapat



Seafood Lasagna + Hot Lemon Tea
Pizza Hut sedap lagi

ok aku da tolong rembat gamba-gamba ambiance kat google
layan...

















#MakanReview Kula Cakes @ Jalan Besar Kuantan




Hye peeps!
sebelum aku memenuhkan entry dengan kisah majlis wedding yang aku attend 3 days back. 
meh aku review pasal maaaaakaaaaanaaaaaaan dulu lah ye.heh

terletak dibandar Kuantan, Pahang
  • A69 Jalan Besar 25000 Kuantan
  • N-lot bawah Sungai Wang Hotel
tak payah la korang kol owner tu
direction bagi cam gampang
landmark bagi pon...halaaahaiiii

tapi takpe
berbaloi lah pencarian
cakes depa sedap

betul

tak tipu

walauponnnn
kami sampai nak dekat tutup dah
sebab
tutup 10 malam
cake yang ado just Red velvet, Chocolate moist & brownies




aku punyalah berangan tengok pavlova lam gamba




ni time kami sampai tinggal 2 ketol suku each cakes


ni lagi buat terliur bak hang tapi tak hado jugak!




takpo lah...tapi siyes
kalau perantin datang mai sini pon cantik gamba malam2
smart
lagi-lagi memang taste depa kayu-kayu
ambiance memang menarik la
tuk lepak-lepak
santai-santai
coffee-coffee
cake pon bley up to date







each wood stool ni berantai
membuatkan aku yang tak terhingin berminat
pon terasa nak rembat tau dak
hahahaha


Thursday, October 24, 2013

#MakanReview Aimar Tomyam Seafood @ TTDI Jaya Shah Alam


Betapa berdosanya aku rasa
dok review2 sate tempat lain
mesti aku akan compare ngan sate kat Aimar
TAPI
kebek-kebek balik
takda plak aku review Aimar ni???
bapak sengal



meh aku cite
terletak di TTDI Jaya Shah Alam
dari traffic light simpang 4 nak ke TTDI tu
ala traffic light 199
masuk TTDI akan nampak 
first politeknik blah kanan
then monfrot boys schools ke ape tah mananye blah kanan gak
then nampak petronas blah kanan
traffic light depan petronas tu amik kiri
nampak petron kan
carik la jln cemana pon nak ke petron tu
Aimar sederet Petron menghadap jalan besar tadi.

Aimar Tomyam seafood
adapun nama kedainya tomyam seafood
akan tetapi yang paling femes adalah char kuey tiew nya
yang goreng-goreng memang aku tak pernah try lagi
disebabkan nafsu terhadap sate membuak
everytime mai sini
sate bukan dari kedai ni
tapi dari booth bukak depan kedai ni



begitu moist and juicy
both ayam and daging gila melt in you mouth
gitooooo review ala2 judges MKR
hahaha

eh aku tak main-main
char kuey tiew pon
memang sedap
way more better dari char kuey tiew anak chef terkenal tu
okbai


#MakanReview Ikan Bakar Fendi @ Kelana Jaya


aku pegi sini first Ramadhan lepas
berdaki da gamba ni kat lam phone
hahaha
ujung minggu yang sama jugak keluar kedai ni
kat Jalan-Jalan cari Makan
time kitorang pegi kedai kosong je
lepas jua JJCM
member aku nak p lagi
full house
penangan masuk tv

tapi memang sedap
cuma
untuk aku hantu ikan keli
next time tanak amik set ikan keli
sebab tekak aku da biasa masakan style lain
tapi ikan-ikan lain memang sedap
no doubt
siyes
harga murah
tapi lepas masuk tv taktau la
kot-kot harga bertukar
penangan masuk tv
ehhhhh

#MakanReview Teh Tarik Place @ Paradigm Mall


aku penah review psal tempat ni mase lepas makan ROTI MILO
so ni kira tempat feveret kami kalau p Paradigm, Curve.
oh Sunway pon penah p
Teh Tarik Gelas besar super sedap. 
aku tengok member aku dok makan nasik kerabu la mee la
meriah kemain
sedap je dorg komen
just go and try
then, aku suka owner yg dkat Paradigm Mall nye
polite and humble chinese man
aku penah p sekali time nak berbuka
dia sangat kelam kabut nak sediakan makanan before waktu berbuka
bila dengar azan (from radio depa pasang)
muka dia...Ya Allah hai...sangat la penuh rasa amat bersalah
*tak tau la kalau aku salah tafsir
tapi bfore diz pon penah p time dia ada
he's a humble man



#MakanReview Carl's Jr


aku tak rase fast food perlu any review
tapi sebab aku baru first time makan kat Carl's Jr
betul cakap member aku
kalau dah try penangan Carl'd Jr ngan Wendy's
memang ko tak teringin perrghaak dengan mekdi dah oi
sungguh
p la try
biaq pi la orang nak kata ko demand ka
sebab sedap kan
heh
kbai

#MakanReview Otak-Otak Place # CNI Glenmarie


da cite pasal glenmarie kan
ni lagi satu kedai makan kat dalam building CNI
Otak-otak Place
dine in style la. sedap.
harga ok
ade air terjun ngan ikan
senang cite tak kisah repeat sini for lunch
harga below RM15
ade set lunch no worries

tepi kedai ni ade ala-ala kantin tapi orang lua pon boley masuk
tapau nasik campur
ha jaga-jaga
harga memang turun naik
sape da bese bli nasik campur kat s.alam paham la
sini tempat aku tapau lunch
sedap
betul
tak tipu


#MakanReview Pick n' Brew @ CNI Building Glenmarie


awal review pagi ini aku cite sal SEED Cafe kan
ok ni cafe berdekatan office aku jugak
dalam building CNI
landmark sebelah church
ade 1 je church dalam Glenmarie ni
depan Dominos Pizza

lasagna ok IF without tomato puree (hentam eja)
mahal
air cam lahanat
service jilaka lambat
SEED Cafe way more better
even sume rakan sekerja yang penah pegi pon sharing mende same
okbai 

#MakanReview Kasturi @ Pusat Komersial Shah Alam




oh gambar sangat biasa
tapi
mana-mana aku pegi order
nasi-goreng-ikan-masin-PATTAYA
kat kedai ni paling terangkat woi!
sup sedap
mihun tomyam kat sini feveret aku selepas Putra Ayu
almaklumlah kedai ni bawah umah lama aku je
gosh aku rindu makan sana
ex au QS pon cakap sini sedap
bila first time aku bawak die cakap 
"apesal tak penah tau eh kedai ni. sedap kot"
ha ambek kau
dap kan... 
harga no worries la
stended je ngan kedai-kedai tomyam yang lain


#MakanReview Seed Cafe @ Glenmarie



ok here we go
SEED Cafe
terletak di Hicom-Glenmarie Industrial Park
senang cite ko masuk area glenmarie 
ko p tanya sesapa dimana office PADINI
well, SEED tu jenama under PADINI kan
ha cafe ni dalam bangunan PADINI yang diberi nama SEED Cafe

aku order apple asam boi + seafood tomyam pasta
memula aku prejudis
aku ni bukan jenis suka lain selain carbonara
tapi takde dalam menu
bile nampak "tomyam" aku pikir -ve dulu
"ni mesti takat pakai paste tomyam je ni ala-ala bolognaise. choi sangat"


TAPI
sampai je
rasa dia
pehhhhhhhhhhh
originally blend serai segala bagai tu memang terasa
the seafood ponnnnnnnn
aku makan diam-diam sampai pinggan licin la kan
portion die besa. share dua pon boleh
sebab bos aku order sandwich bapak besa bley lantak 3 orang
harga? not bad. tak lebih RM20

nak pegi sini kene p awal
sebab seat limited
lagi-lagi time lunch hour kan
kalau p takat nak coffee2 bebila walk in je pon boley




Belek punya belek


hai *lambai tangan
 2 minggu gak aku senyap
padahal tetiap hari bukak je blog
takat masuk gamba je r pon
then save as draft
mood menulis tarak
memang tu style aku.
bile ade mood baru gigih mereview
padahal review-an aku pendek je pon
jahanam kan?
maafkan saye
haha

ok get ready la...
aku ade few tempat makan nak review
bila belek-belek tempat aku makan time Ramadhan ponnnn
tak ber-review lagi
pape pon...get yourself ready
aku tau timing skang time kritikal
perut tengah bunyik-bunyik kan
ehemm...