Wednesday, January 29, 2014

Duga Hati

Allah...
Kau duga aku lagi
Kau duga hati
Kau persoal apa dalam hati
Kau ramas hati
Lagi--

Berapa kali perlu aku pegang
Dari hati yang punya rasa
Satu rasa yang sama

Berapa kali perlu aku lepas
Dari jiwa yang punya degup
Detak naluri yang sama

Allah
Kau duga aku lagi
Untuk aku tahu
Hati--
Masih...mampu berfungsi

Wednesday, January 22, 2014

Betapa keramat

Orang kata cinta pertama itu keramat
Betul
Mungkin betul
Aku juga
Menyatakan
Cinta pertama itu sial punya keramat

Kerana saat pengakhiran cinta pertama itulah
Bermulanya satu kehidupan aku
Yang aku tak pernah duga

Itu aku kata
Aku selalu kata
Takdir Allah
Ketentuan Dia
Memang tak tercapai akal

"so how's ur life?"
Soalan paling celaka kau-aku mampu tanya

Jangan risau
Sekian lama
Aku maafkan kau dunia akhirat
Kerana sayang
Betul
Kerana sayang

Jadi
tak perlu ulang tanya

Terima kasih
Kau kekal sihat

"pergi jauh-jauh boleh?"
"betul?"
"betul--"
"saya pergi"
"terima kasih"

Tuesday, January 21, 2014

How Ruben Abu Bakr Became a Muslim








Tersebutlah al kisah akan bermula segalanya pada tahun pertama aku di Universiti.  Tahun yang mana banyak masalah datang bertimpa-timpa. Aku mengalami tahun penderitaan yang mana banyak masalah besar datang melanda.  Antaranya..,

Ayah dan Mak bercerai,

Anjing aku pulak mati pada hari yang sama, sedey..,

Boleh pulak aku kemalangan kereta sebanyak dua kali dalam masa seminggu, Adohai..

Dan yang lebih sedih, kawan baik aku juga meninggal dunia dalam tahun yang sama..

Dari segala kesusahan dalam tahun yang sama, maka timbul persoalan dalam diri:

 “Kenapa aku ada disini?”

“Apa tujuan hidup aku?

“Kenapa aku kena  bangun pagi? Kenapa aku kena kesah? Kenapa aku tak duduk  sajer di rumah tengok TV?”

Maka bermulalah aku bersoal jawab tentang maksud kehidupan, yang mendorong aku untuk mengkaji hal hal agama..

Sebagai orang Australia, Agama pertama yang aku kaji adalah Kristien. Kebetulan aku ada kawan yang beragama Kristien, akupun pergilah ikut mereka ke Gereja, agak lawak jugak sebab semua orang datang dan menyanyi, aku pulak tidak faham sangat apa isi lagu mereka, akupun bantai ikut sama ‘menyanyi’, Suara irama mereka agak menusuk kalbu tapi aku rasa janggal semacam.

Kemudian, semua orang di sana pakat pakat memaklumkan bahawa betapa Tuhan sayang pada aku.

 “Tuhan sayang aku? anjing aku mati bro! Adohai...”

Tapi aku terus juga kaji agama Kristien terutama perbezaan pendapat dalam mazhab mereka, termasuk  perbezaan dalam aspek Katolik, Anglican, Baptist, paderi, pastor, dan tiap kali aku pergi ke gereja dan bertanya tentang agama pada paderi, aku tengok mereka tidak membuka kitab Bible dan berkata: “Jawapan ada disini.” Tapi mereka terus jawab soalan aku direct guna pendapat mereka sendiri.

Dan aku mulai faham bahawa ada banyak tafsir yang berbeza dalam setiap mazhab kristian dan setiap paderi mempunyai tafsir yang berbeza beza. Paderi dari suatu gereja percaya begini, tapi paderi yang lain pulak tafsir menolak kepercayaan paderi tadi, buat aku berpikir: Tidak patut terlalu banyak tafsir yang berbeza dari satu bible kerana ini akan buat pengikutnya menjadi bingung.

Pendek cerita, pada waktu itu jugak, tahun pertama kuliah, aku ada bekerja part time di sebuah pam minyak, dan salah sorang kawan kat sana beragama hindu dari India. Waktu bertukar shif kerja, aku sempat bertanya tentang agama hindu:

“Bro, apa hal awak berurusan dengan manusia berkepala gajah? Kenapa Tuhan ada kepala gajah?”

Dia menjawab, “Itu Ganesha.”

Aku soal balik,

“Kenapa tak pilih tuhan kepala singa atau kepala lain yang lebih cool?”

Adohai,  begitulah lebih kurang debat yang sugguh deep tentang agama sewaktu layan pelanggan isi minyak.

Hasilnya? sekali lagi, aku jadi bingung susah nak faham bab agama dan buat keputusan untuk kaji lebih mendalam agama yang lain pulak.

Kebetulan aku ada kawan beragama Mormon. Agak menarik agama ini berbanding Mazhab Kristien yang lain. Gereja dari Latter Day Saints. Mereka cukup tegas. Tidak minum alcohol dan juga kopi. Sayang sungguh tak boleh minum Cola, sebab aku tahu sebenarnya orang Libanon suka minum air cola. Tapi apapapun, aku tidak akan menganut agama ini secara semberono(membuta tuli), aku tak suka hanya mendapatkan pengalaman rohani semata mata, aku ingin bukti yang lebih jelas. Dan terus mengkaji..

Pendekkan cerita lagi, Aku sempat kaji agama Yahudi, Korang percaya tak? Nama aku sebelum Abu Bakar adalah Ruben. jika korang pernah tengok  film Hollywood, ada watak Rubenstein, jadi dah tentu mereka fikir bahawa aku seorang Yahudi sebab“Orang ini adalah salah satu dari kita.” Tapi sekali lagi, aku tidak ‘bertemu’ dengan apa yang aku nak cari dalam agama ini.

Akhir sekali, aku mengkaji agama Budha dan aku rasa inilah agama yang akan aku pilih, agama ini nampak hebat. Apatah lagi ramai Mat saleh yang menganut agama ini. Mereka juga ada unsur bersatu dengan alam yang buat aku rasa cool... Tapi semakin aku mendalaminya, baru aku perasan bahawa itu bukan agama dari tuhan, tapi lebih menjurus kepada perubahan gaya hidup yang berkonsep mesra alam.

Satu hari, salah sorang kawan baik aku yang beragama Kristien bertanya senarai semua agama yang sudah aku kaji, akupun bagitahu:

“Yahudi, Kristien, Taosisme, Budha, Hindu.”

Lepas tu dia soal?

“Islam tak kaji ke?”  

Aku jawab, “Islam?! Mereka pengganas, mereka semua orang gila! Apa ke jadah aku nak kaji agama orang gila yang jadi pengganas?”

Tapi, nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari tu aku boleh pulak terus berjalan ke sebuah masjid. 

Aku anggap ini adalah perjalanan nekad. Lalu aku terus berjalan tanpa buka kasut, terus aku masuk dalam masjid berjalan selamba atas sejadah, ada orang islam yang sedang solat, waktu dia sujud, aku pulak berjalan depan beliau, waktu tu dah hampir dah nak pijak kepala dia, Subhanallah, aku tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri aku, kegilaan apakah ini?

Aku tengok sekeliling, dan aku nampak sorang brother, (korang kenal kot mamat ni, namanya Abu Hamza. Dia pernah datang ke sini dan berceramah beberapa kali. Subhanallah, aku memanggilnya Abu Da’n, karena dia ada janggut yang sangat lebat, masya Allah.)

Sewaktu dia berjalan ke arah aku, aku dah fikir:

“Hari ini aku akan mati. Ini adalah hari terakhir aku hidup. Aku seorang jejaka hensem kulit putih akan mati hari ini. Adohai..”

Brother tu  terus berjalan macam orang arab berjalan di Gurun Sahara, dengan jubah yang besar, dan janggot yang lebat. Aduh!! Aku akan mati.!

Tapi subhanallah, kata-kata pertama yang Brother itu ucapkan adalah:

“Hari yang bagus bro, apa khabar sahabat?”

Subhanallah, aku sangat terkejut dengan keramahannya.

Pendekkan cerita, Sebagai orang Australia ,err, aku harap orang Australia jangan terasa- tapi ini didikan pengaruh yang aku dapat di Australia. Mak bapak  membesarkan aku sebagai seorang atheis. Mereka pulak dibesarkan sebagai Kristian yang mana mereka dipaksa pergi ke gereja setiap minggu yang membuatkan mereka sangat anti hal ehwal berkaitan agama. Jadi ketika aku lahir, mereka menanamkan di dalam otak aku bahawa:

“Tuhan tak wujud, Bila mati, habis! Jadi ulat! Tidak ada akhirat, tidak ada Tuhan, itu semua bohong. Itu semua sampah!”

Begitulah aku dibesarkan sebagai atheis.

Jadi, selepas aku melihat Abu Hamza berdakwah kepadaku secara face to face dengan penuh sopan santun, aku rasa sangat bersyukur. Karena  aku perasan semalam aku tengok berita jam 5, Nampak macam dia yang rampas kepal terbang malam tadi. Woha!

Okey, Orang Australia memang peramah, jangan salah paham, tapi Abu Hamza adalah orang yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Waktu Abu Hamza berborak dengan aku, kawan kawannya yang lain pergi buat air teh dan bagi aku minum..  serius cakap, aku kena tahan kencing tiap lima minit sebab banyak sangat minum teh! Tapi mereka terus bagi teh siap dengan biskut, tak pernah aku dilayan macam ni dalam hidup yang membuatkan aku berniat untuk datang lagi kesini makan biskut, dan juga agama, he he

Bila dah berkesempatan duduk dengan orang islam, aku ambil kesempatan untuk bertanya hal hal agama, 

Semua soalan yang pernah aku tanya pada paderi dan ‘ustaz’ dari agama yang lain..,aku tanya pada mereka. 

Subhanallah, hal yang paling menyentuh hatiku adalah, setiap kali aku bertanya, mereka tidak jawab secara terus, tapi mereka mengambil Alquran dan berkata, “Lihat ini bro.Baca ini, dan inilah jawapan yang anda cari”.

Tiap kali macam tu dan aku terus bertanya soalan yang lebih rumit dan susah seperti, “Kenapa wanita kena pakai tudung? Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tapi perempuan tak boleh? “

Pendek kata, aku ambik kesempatan itu untuk bertanya semua persoalan yang kritikal yang mana aku rasa korang jika baru nak kenal islam pun akan tanya jugak.

Setelah sekian lama bersoal jawab, dan mereka terus menjawab pertanyaan aku dengan merujuk pada dalil dari Alquran, bukan dari pendapat mereka sendiri hingga aku jadi ‘kecewa’ nak bertanya sebab dah habis idea... Adohai..

Dan pernah bila aku tanya pada seorang saudara islam akan soalan yang.., (sebab aku dan banyak kali ulang alik ke masjid untuk bertanya hal agama),  aku tanya pada mereka,

“Apa pendapat korang tentang masalah ini?”

”Kenapa korang  tidak memberikan jawapan guna pendapat sendiri?”

Lalu salah sorang saudara islam di situ berkata: “Aku tidak boleh memberi pendapat sendiri,  sebab ini sudah firman Tuhan.”

Subhanallah, jawapan itu sangat menyentuh hatiku. Aku bertanya lagi, “Bolehkah aku pinjam satu Alquran?”  Aku janji tak akan letak merata rata di lantai atau selainnya yang tak senonoh, aku akan hormat kitab ini,

Pendek cerita, Aku bawa Alquran balik rumah dan mulai membacanya. Apa yang aku perasan bila membaca Al quran ianya bukan macam buku cerita, tapi terasa macam seseorang sedang memberiku perintah atau petunjuk.

Di suatu malam, aku buat keputusan untuk membuat upacara rohaniah ala ala mistik.Aku mintak maaf jika cerita ni agak menyinggung..

Aku nyalakan lilin, buka jendela dan langsir, biar nampak macam upacara mistik sikit, ketika itu malam musim panas di Melbourne. Dan aku duduk di satu sudut dan perkata:

“ini kalilah, Ini malamlah”

Ya! aku tahu, aku telah kaji semua bukti kerohanian dalam islam, juga semua bukti sains, tentang fakta bahawa gunung sebagai pasak bumi, bukti kelahiran emberio dalam janin si ibu, dan macam macam lagi bukti yang menakjubkan tapi aku nak cari sedikit bukti sikit sajer lagi, aku ni di ibarat seperti orang yang nak terjun dari gunung, tapi tak berani, nak sedikit dorongan jer lagi untuk melonjak..

Jadi, akupun terus duduk dan sungguh suasana terasa sangat sunyi. Aku membaca Alquran.., lepas tu aku berhenti dan berkata:

“Allah, ini kalilah.Inilah masanya yang aku nak sangat masuk islam, tapi aku nak sedikit bukti tanda kebesaran-Mu, sikit saja, tak payah bagi tanda yang besar besar, mungkin kilat menyambar, mungkin ada sedikit retak pada dinding , atau apa saha, Engkau pun tahu..,  yang kecil. Kau cipta dunia ini, kan?  .., ini kalilah.”

Aku pun terus duduk diam, menunggu bukti dari tuhan, mungkin api lilin akan tiba tiba menyambar sentinggi 4 meter macam dalam filem. Lantas aku berkata kepada tuhan:

 “Okey, ini kalilah!”

(sambil aku menoleh kiri dan kanan)

Dan subhanallah, tak ada apa apa yang berlaku.

Sungguh, TAK ADA APA APA YANG BERLAKU!

Jujurnya, Aku rasa sangat kecewa. Tapi aku masih duduk disitu dan berbisik:

 “Allah, ini kalilah, ini peluangMU, Aku masih duduk di sini, aku tak pergi mana manapun, baik, ini Peluang kali ke dua . Mungkin Engkau sedang sibuk. Ada waktu siang, mungkin Kau sedang menyusun hal dunia karena ada banyak ehwal yang terjadi. Kali ini mungkin hanya nampak karpet bergerak, hanya  sesuatu yang kecil., lupakan saja tentang rumah retak atau lilin tadi, seekor burung yang kentut di luarpun okey, aku tak kisah, apapun itu. Lantas sekali lagi aku berkata:

“Okey, ini kalilah!”

(sambil aku menoleh kiri dan kanan)

Dan subhanallah, benar-benar tidak ada apa-apa pun yang terjadi,

Aku langsung takde peluang berkata:

 “tengok, tu dia tanda dah datang, rumah aku dah retak sikit! Adohai.. ”

Tapi hakikatnya, Sungguh tak ada apa apa yang berlaku, dan aku sangat sangat kecewa dan berkecamuk.

Lalu aku fikir, Arghh,  sudahlah, ini adalah kesempatan terakhir untuk aku masuk Islam tapi belum benar ‘menemukan’ bukti.  Dalam kecewa, aku ambil Alquran, buka dan baca:

Subhanallah, ayat pada page yang berikutnya, buat aku tergamam:apa yang aku baca adalah:

 “Untuk sesiapa yang meminta petunjuk, tidakkah cukup petunjuk yang telah Kami  adakan di sekeliling? lihatlah bintang-bintang, lihatlah matahari, lihatlah air. Inilah tanda-tanda untuk orang yang mahu berfikir.”

Subhanallah… Aku rasa sangat takut, terus aku tutup kepala dengan selimut, tutup mata dan terus pura-pura  tidur, sungguh aku rasa sangat takut.

Aku sangat tak sangka akan betapa sombongnya aku yang ingin melihat bukti yang ajaib mengikut piawai aku, padahal sudah ada sekian lama bukti bukti kebesaran Allah di sekelilingku sejak sekian lama..

Sungguh buktinya ada pada penciptaan dunia, pada makhluk yang di cipta-Nya, semua ini adalah jelas bukti bagi kita semua..

Hari berikutnya aku terus buat keputusan untuk masuk agama islam. (Untuk pengetahuan, sebelum itu, aku dah mengkaji islam selama lebih kurang 6 bulan), jadi aku terus ke masjid dan berbisik dalam diri:

“Ini kalilah aku akan mengucapkan kalimah syahadat.”

Hari itu sudah dekat dengan solat isyak, jam lebih kurang antara, 7 hingga  8 malam. Aku masuk ke dalam masjid dan aku tidak percaya melihat begitu ramai orang islam, ada sekitar 1000 orang di dalam masjid tersebut.

Aku berfikir :

“Subhanallah, lihatlah, betapa kuatnya mereka!”

(Rupanya malam itu adalah malam pertama di bulan puasa-Ramadhan muslim! Woha!)

Jadi aku duduk disana dan aku rasa sangat gementar,  kemudian Aku terus berdiri dan seseorang telah membimbingku dengan berkata

“Kau harus mengucapkan kata-kata ini bro ‘asy-hadu‘”

 “Ash apa? Bolah tak buat dalam bahasa Inglish saja?”

Orang itu mengatakan, “Tidak, bahasa Arab dulu...”

Melihat kepada  lautan jenggut yang ramai depan aku, tersalah sebut bahasa arab karang, mati aku nanti, adohai.., apatah lagi mereka semua melihat ke arah aku dengan mata bulat, aku orang Australia tidak tahan sangat dengan tatapan mata yang sedemikian rupa. Kami orang Australia tak ada bakat merenung orang, tapi orang islam sangat berbakat dalam merenung! ..Oh.

Aku berdiri dan subhanallah, seiring aku mengucapkan kata-kata itu, semua ketakutan menghilang dari mindaku. Terasa seperti sebuah shower ada dalam kepalaku dan seseorang memasang air dinginnya. Terasa seakan-akan aku telah dibasuh bersih. Aku ucapkan syahadat dan aku tak menduga begitu banyak saudara muslim berdiri dan menghampiri  dengan menjerit: “Takbir! Allahu Akbar!!” Lalu mereka mulai menciumku dan memelukku. Aku tidak pernah dicium oleh begitu banyak lelaki seumur hidupku, tapi itulah, itulah hari yang indah, Aku mengaku. Hari itu adalah hari dimana aku mendapat lebih banyak saudara daripada yang kubayangkan.

Sejak hari itu, aku tidak menoleh lagi..

Keluargaku agak bimbang bahwa aku akan menjadi sedikit pelik tak macam mereka, mereka rasa mungkin aku akan menembak guna AK-47 dan meletupkan bom., adohai.  Tapi akhirnya mereka menyedari bahwa agama ini membuatkan aku menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sebelum masuk islam, Aku ada gelang anjing, (aku tak akan tunjuk gambar) penampilan aku, dengan baju metalicca, dengan logo askar jerman, kasut tinggi budak budak punk, dulu aku ingat cool sangat, tapi teruk bebenor penampilan , Adohai.., tapi Alhamdulillah, selepas masuk islam, aku berpenampilan dan berkelakuan baik lebih kurang macam sekarang.., tolong jangan gelak, tak lawakpun.

Ayah aku adalah orang yang pertama sekali berkata sesuatu yang sangat mengejutkan aku,:

Beliau ada bertanya tentang Al quran yang buat aku rasa sangat seronok kerana aku kenal dia seorang yang sangat keras kepala.. tapi dia berkata:

“Sejak kamu jadi islam, kamu sudah jadi insan yang lebih baik, kamu dah jadi orang yang senang untuk di arahkan, ayah tak perlu susah hati jika kereta tiba tiba rosak dijalanan sebab kamu akan datang tolong bila ayah suruh”

Aku terus buat lawak dengan menjawab:

“Ayah, saya minum-mimum malam tadi, tak tahu pulak jika hari ni masih Ok?”

Woha!

Thursday, January 16, 2014

Muhammad Noah Hariz



Last year aku jadi pengapit makpak dia kawen
ujung taun tu da dapat dia



Muhammad Noah Hariz
u can call me...ibu :)














#MakanReview DeliRich @ AEON Bukit Raja


Beef Lasagna
tak penah rasa style macam gini
portion beso
rasa so-so je r
sebab ape didalamnya itu tidak menarik
harga ok
makan nikmat 1/2 seterusnya semakin muak
sebab da sejuk
lasagna ni kalau sesejuk mang muak
so takyah tetamak nak portion beso
melainkan ko skali ngap satu senduk saiznya
so ok



Wednesday, January 15, 2014

Blood Donation


Hye. ni cerita tahun lepas. bulan 12 la ujung-ujung taun. aku ngan member aku yang dah lame tak berdonate darah p la summit. ade blood donation buat kat situ. ni da few time cek darah. tapi second time derma darah. few time cek darah tu lain-lain jenis darah aku dapat. heran betul. so this time aku kompemkan betul-betul. buku derma darah tu pon aku simpan so that takde la setiap kali nak donate dapat buku baru jah.








disebabkan kami baru je lepas makan. dengan aku baru pas makan briyani. so takdelah pening-pening pitam-pitam bagai. lajuuuu je darah keluar. ni kalau time ni ade vampire ni sah sah kenyang diorang. heh...fantasi betul kau.




MOOD NGEMAS TIME CUTI


Hye,
da siap keje baru aku rajin menaip. dari kemarin kemain banyak aku upload gamba. tapi sume takat save as draft. malas nak menglipur lara. apepon memula aku nak cakap takziah buat sorang member aku. eh tak dah masuk dua orang yang keguguran. insyaallah ade lagi rezeki korang. jangan sedih-sedih. aku mendengar pon tekezut sat. 

semalam cuti kan? ape bikin memasing? aku melepap kat umah sambung back-to-back marathon Grey's Anatomy. skarang baru masuk season 4. memula plan nak merayap. tapi sorang clan takdak sebab kena keja so kensel teruih. alhamdu lillah jugak la kensel. sebab semalam seharian aku period pain. till now sengal badan je nih. ape nak buat. hadap. agak agak benak aku menengok GA sambil jaga-tido-jaga-tido aku bangun la sat kemas bilik. pastu rajin telebih kemas box barang mekap tak seberapa ngan mendalah2 len.



right side

left side

whole box





pastu menampal calendar 2014 yang paling smart di abad ini. aku dapat free time soping tee kat kukubesi. ngam pulak kaler putih kat lemari putih aku tu kan. cun ar. ha mane ko punya klendar? jangan lupa tande beday aku tu bulan 4. okbai. 



aritu ade bli lagi satu frame beso kat ikea. ade lagi gambo polaroid tak gantung so aku buat la gini. seblum ni aku tampal buat kolaj. yang ni aku gantung ja. tapi banyak makan space la tak banyak bley letak gamba. ok la. heh. da buat memacam sampai takde mende nak buat aku sambung balik tengok GA. pukul 9 masterchef. pastu sambung balik tengok GA. sambil sambil semua tu tangan dok sapu minyak panas sajor kat seluruh badan. mase ni la berangan kalau ade kerusi urut kan bestttt... itu saja. aku sudahi dengan iringan muzik...kejolobak kejolobu tuai padi tigo tangkai ehhhhh... bye. hahaha

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Monday, January 13, 2014

So...we lie.
















Orang kata 
lebih baik berlaku jujur
even if its hurt

tanya akal
what kind of hurt that u mean?
setiap manusia ada kekuatan sendiri

kalau dia mampu
berlaku jujurlah
kalau tidak
simpan saja kesakitan dia itu

tiada istilah tipu sunat
lebih kepada
do a favor for them
they will thank you some day

untuk aku?
sakit macam mana pun
allow me face the fact
let me
i am
that
strong girl
i am always in pain
because everything that kills me makes me feel alive
*tone counting stars

well...honesty is the best policy.
kan?

Assalamualaikum











Monday, January 6, 2014

If you get what I mean



JumieSamsudin.Com: Maniskan Majlis Anda dengan Ministry of Sweetness


Tadaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~

Business Review


Assalamualaikum~

Alhamdu lillah
smalam texting with Jumie and she said pagi ni keluar review for my business kat blog dia JumieSamsudin.Com

Again...Thank you Jumie. lebiuuuuu....... =)

Friday, January 3, 2014

I DON'T MIND


I'm turning 28
takpe
aku tak kisah

while i was laying beside by lil sista haritu
she was cuddling with her cat
and she asked;

"kakak...bila kakak nak kawen. cik ija kawen taun depan bulan sebelas"

takkanlah nak marah.
kan
aku sengih je
deep inside
truly
honestly
everytime dapat soalan macam gini
aku tak penah sentap
aku sekadar bisik kat diri sendiri
"it's ok miza, dorg taktau pape..."








finding someone who can love you back same way you did is not the easiest way rite?

trust me
money did can buy us happiness
true
cause money can buy all things that can give us happiness
but did it gave love?
seriously?
like "love" love?
ask yourself
and answer by yourself
did all those money really makes you happy?



maaf ler english broken
Assalamualaikum~










Wednesday, January 1, 2014

Plank Challenge







2014



HYE 2014
SEMOGA AKU TAK STUCK DENGAN 2013~