Thursday, March 27, 2014

Penangannnn

Baru balik erobik + body combat. Jahanammmm penat. Patut terus p sports planet ade futsal. Tak larat woiiii.

Wednesday, March 26, 2014

Al-Fatihah



aku baru tau berita
dari blog abg ben n choklateyes
one of talented blogger ami schaheera meninggal dunia
melawan leukemia since 2010
Innalillah
al-fatihah~


Tuesday, March 25, 2014

#MH370



Alhamdu lillah
MH370 dah dipenghujung cerita
walau
tidak seperti diharapkan
tiada yang terselamat
Innalillah
al-fatihah



takziah untuk semua
special condolence for my new friend Nashriq
abang ipar beliau one of steward di dalam MH370
which his sister now sedang sarat mengandung expected on May
have 5yo child
i saw his sadness last night
before bergegas jumpa family



whatsapp pon penuh salam takziah dari group awesome
i don't really know him
but i know
he'll be strong for her
salam takziah





al-fatihah~


*if korang peerasan, astro awani & era fm meng-hitam-kan logo tanda berkabung~

Monday, March 24, 2014

MisahMasakSiooot Salmon Grill




Salmon Grill
aku terangkan versi orang tak pandai masak acah-acah memasak
so maafkan tatabahasa dapur yang tak betul
Ikan salmon siap dibasuh
lumur dengan sedikit garam & black pepper
amik grill pan
buh skit butter n olive oil
olive oil je pon tak pa
butter tu bertindak bagi mengelakkan ikan tak melekat pada pan
then grill
max 2 minute each side
nak sedap lagi hold ikan tu
then grill jugak sisinya
bahagian kulit la senang cite





untuk sos
bawang dipotong dadu kecik-kecik
guna pan yang sama
nak pakai minyak yang sama pon ok 
tapi kena ingat la takley dah letak garam banyak
tumis bawang sampai masak
amik sesudu tepung gandum terus buh kat bawang tu
gaulkan sampai melekat each other
masukkan susu 
aku pakai dutch lady (full cream or low fat)
gaulkan
jangan tinggal lama nanti pekat sangat
buh garam n black pepper
tekstur sos tu begantung pada instinct sendiri
alaaa...takkan tak penah makan carbonara
lebih kurang la tuuuu.

ok done
plating
buh la baby tomato ka
brokoli rebuih ka
perah sket lemon kat salmon tu
yummmmsss!!!









kembali



"hai..."
........
"kenapa pandang macam tu?"
datang lagi?
"tak boleh ke?"
kenapa datang?
"i never promise to leave rite?"
but i asked you to leave rite?
"as long as i didn't promise to leave, i'll stay"
why now?
"why not now?"
because it's TOO LATE
"it's never too late..."

Friday, March 21, 2014

#MisahSukaMakan Healthy breakfast


boleh tahan beria gak aku gebang kan
smalam cakap nak marathon post
last-last terkandas jugaaaaaak
heh
banyak koje tetiba

ok skang akunak cita pasal makan
memandangkan aku kembali bersenam
gara-gara kesihatan da berkurang
so tengah belajor2 lagi makan mende sihat
gitewww



nendiaaa
p Giant
kat rak bahagian cereal
carik blueberry morning
sedap
makan ngan susu


Thursday, March 20, 2014

Sebelah Sayap





"Jika agama gagal menawarkan harapan,
ia bukan dari tuhan"





Hope and fear is like a pair of wings,
you need both to fly ~Imam Maturidi

Wednesday, March 19, 2014

#MisahWorkout Erobik




start Februari lepas aku da mula workout balik
suma gara-gara banyak seluar tak muat
tu da biasa
makin teruk...baju kurung pon makin tak muat???
hah
dari kebaya
ke baju kurung moden
ke baju kurung riau
paling overrrr...
baju kusung cotton ala2 student tu pon sendat!!!
nohorommmm



so aku back to gym
tak brani gak nak cakap no more untuk #MisahSukaMakan kan
mihmihmih
gamba tu adelah first time ever in my life
berpeluh hazabb ceni
slalu swaeting jugak tp tak seover ini
boley perah ok
trust me
boleh perah!


satu mende aku prasan
kulit muka aku yang makin teruk lately ni makin ok
lepas workout bepeluh tahap jahanam mintak nyawa
seriously
so stusk kejap hasrat nak beli produk mencantikkan diri
takyah cecantik lah haih
sihat lagi penting


and...aku baru perasan
few rutin yang diajar instructor bukan tahap erobik dah
tahap body combat
google kalau nak tau
skali session tu esoknya kejang muscle

and...once ko workout pastu kejang
sila jangan rehat telebih
RUGI BESAR
keep it on
memula slow sket
nanti da tak rasa apa dah

till then...chill~

#MisahSukaMakan Indulge yourself with sweet cake




ni takde story
just nak share
lama tak makan sini
da banyak tuka menu dah
nanti nak try



#MisahSukaMakan Arabian Food



arabian food
bukan kategori feveret aku sangat
bila memember bercerita 
sambil terpercik2 air liur
pasal nasi arab
aku boley buat dek je

siap rejek undangan
dinner bersama
nasi arab
aku tak layan sangat nasik fancy ni
hah
fancy cemana?
aku saja bagi nama tu
nasi minyak ka
nasi briyani ka
nasi arab ka
nasi hujan panas ka
nasi kerabu ka
haaaaaaaa

nasi dagang jangan!
tu feveret
tibah!




so what happen is...
ade member berhajat nak belanjer
halahhhh
jangan ditolak rejekiiiiiiii
ngeh ngeh

so ni gamba 2nd time aku mai sini
eceh...siap repeat
Mozer's @ Bukit Jelutong
landmark Masjid Bukit Jelutong blah kiri
roundabout amik pukul 12
straight then nampak bangunan kedai2 blah kiri
ade tutti frutti
bank islam
ayamas
ha btul lah tu
sebab mozer's ni blah blakang

first time makan lasagna (opkos kan)
tetiba ada western
acah2 senyum la order
tak sedap

tapi churros diaaaaaaaa
sedap baq hanggggggggggg
p start enjin lekaih!!!
order
aku paling suka yang ada cinnamon tu
cicah plak ngan caramel
haiyoooooohhhh
mengerdip2 mata
menikmati sangat
so far makanan2 base arab dia sedap
sebab aku duk rasa2 sket memember punya 
western takyah la order


#KeKenduriKeKita Wedding Zahir & Jue



Hah!!! lagi satu kenduri
28 Feb Nikah
1 March Resepsi
Tahniah buat Jue & Zahir

aku taktau sangat kisah depa bedua ni
tapi yang aku tau penuh dramatik
muahahahha
chill jue!




semoga happy always melayari bahtera perkahwinan bersama
seri pengantin hangggg
bersinar-sianr gituhhhhhhhh


tak cukup geng
time nikah ade aku-d-atin-dzai takde
time resepsi aku-atin-dzai-d takde
tapi takpa
lamaaaaaaaa gila tak ketemuu dzai
member aku kenal dari zaman MMS diploma segamat lagi oi!!!
partner in crime nih





#KeKenduriKeKita Akikah Hariz


hello hellooooo
hahhaaaa
lama aku senyap
muncul pon stakat repost2 ja yedak

so mari ready
marathon posting
eceh



nampak tak...
ade hashtag baruuuu
#KeKenduriKeKita gitewww
gara2 kemaruk #KekoreaKeKita kannn
 Kenduri akikah Hariz 
atas dasar ke-single-lan aku
lalu aku menumpang ler anak orang
tazzabar nak tunggu mamat ni beso
sarungkan kukubesikidz
tibah!
hahahaha

kenduri kat taman sentosa klang
tapi mamat ni deman



Thursday, March 13, 2014

Aib.



apa pun jua,
ambillah iktibar.
sebab aku rasa cantik sekali kisahnya.
--------
ketika zaman nabi musa as, tersebut kisah yang menyatakan kaum bani israil ditimpa kemarau berpanjangan. mereka berjumpa nabi musa as dan berkata:
“wahai kalamullah, berdoalah kepada tuhanmu supaya dia menurunkan hujan kepada kami.”
lalu nabi musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. kemudian berdoalah nabi musa kepada allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu.
namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya.
kemudian nabi musa berdoa lagi dan kali ini allah menjawab doanya dengan berfirman:
“bagaimana aku akan menurunkan hujan kepada kalian,
sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa--
melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu.
umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua.
kerana dia LAH aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.”
lalu nabi musa mengumumkan firman allah itu.
saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan.
lalu terbisik di hatinya:
“kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku.
kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.”
hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati:
“ya allah! aku sudah melakukan maksiat kepada-mu selama 40 tahun tetapi engkau tidak pernah membuka aibku.
aku bertaubat kepada-mu sekarang, maka terimalah taubatku.”
saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. nabi musa kehairanan kerana TIDAK ADA SEORANG PUN muncul untuk mengaku seperti dikehendaki allah.
nabi musa seraya berkata:
“tunjukkan aku siapakah hamba-mu yang taat dan beriman itu, wahai allah.”
namun allah menjawab:
“ya musa, aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-ku.
apakah aku membuka aibnya apakala dia SUDAH taat kepada-ku?”
--------
pergh.
macam tu sekali dipelihara aib kita.
begitu berkoyan dosa, bertahun lama disimpan setiap butir dosa kita.
tuhan--
memang sesungguh-sungguhnya--
maha mengasihan.
dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.
al-hujurat ayat 12.
semalam adalah selayaknya dibiarkan pada semalam. kayu ukur kepada siapa kita adalah hari ini. dan tidak ada siapa di antara kita yang berhak bercakap tentang esok2 kerana setiapnya cumalah suatu yang mungkin dan tak ada pasti.
bagaimana kita hari ini sebagai respon kepada kita yang semalam--
ITU adalah cantiknya islam.
contohkan rasulullah saw.
baginda menerima perkhabaran ikrimah anak kepada abu jahal-- seteru yang bermatian memusuhi baginda-- hendak memeluk islam. perkara TERAWAL dipesan kepada semua adalah: "usah disebut2, ditanya2 tentang bapa atau keluarganya. aku bimbang dia malu".
aib itu ada beribu rupa.
dosa itu ada berjuta jenisnya.
apa kau fikir semua pendosa bersaja2 melakukan dosanya?
apa kau tidak pernah jumpa mat dadah bersumpah mahu bersih tapi gagal di setiapnya?
apa kau tidak ada kenal teman penggogok arak yang telah buang segala botol namun tetap gagah membeli sebiji demi memuas hausnya?
benar.
syaitan itu jahat kerana tak pernah berhenti menyasarkan kita.
tapi aku rasa--
manusia itu berlebih lagi jahatnya--
kerana apa yang syaitan ada cuma bisikan.
kita adalah pelaksana.
yang memiliki jasad dan menggerakkannya.
kita dengki sesama kita.
kita runsing kalau kita yang terpaling lemah dan goyah imannya.
maka kita tuding2 pada orang--
moga2 lemah dan goyah kita tersembunyi di sebalik lemah dan goyang orang yang kita suruh orang pandang.
sudah2lah.
sampai bila mahu begini.
kita semua satu keluarga besar.
kalau tak mau pimpin--
jangan kita saja2 pengkeskan kaki mereka.
kalau pada anjing kurap pun kita kasihan--
takkan pada saudara sendiri kita tak ada ihsan?
kalau pun kalian sudah ada di dalam syurga--
takkan tak sayu melihat kami yang teringin masuk bersama?
siapa yang menutup aib seorang muslim,
nescaya allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat.
dan allah senantiasa menolong hamba-nya--
selama hamba- nya itu menolong saudaranya.
riwayat muslim.
selamat khamis, kawan2.
moga2 tuhan kasihan sama kita--
dan kaburkan setiap dosa kita dan dimaafkan--
di padang mahsyar yang terlalu besar itu nanti

~Fynn Jamal

This bring tears~


Wednesday, March 12, 2014

FIXI


sape selalu shopping kat lejen?
sape slalu borong fixi?

meh sini akak nak cita online dah ade woi!!!
HALF PRICE!!!
pastu arini ade extra 20%???
double reduction???
WOWWWW!!!
macam JPO plak rasenyer



demi menyahut seruan diri sendiri untuk kurangkan membeli buku
berjimat apa adanya
skang jugak aku memenuhi kehendak yang ada!
web address seperti diatas
ape lagi
klik saja
everything is in your hands

ok?
puas hati?
melayan2 jugak

#doauntukMH370 jangan lupa

konspirasi ka
spekulasi ka
gossip basi ka

Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum


Monday, March 10, 2014

Sabtu Pagi



Sabtu pagi. Rutin biasa aku kembalikan seperti dulu. Ke gym. Awal aku bangun. breakfast. Gerak ke gym. Sebelum itu, aku keep on terbayang-bayang final episod Grey's Anatomy Season 8. Traumanya. Tragiknya. Gangguan mentalnya. Membawak ke early season 9. Melibatkan undang-undang.

Aku doa bukan ini yang berlaku pada mereka. Benar-benar berharap bukan ini yang berlaku pada mereka. Dan aku antara yang diam, senyap dan kekal update setaip sidang media berlaku. Tak kuasa aku nak komen spekulasi yang timbul. Semoga segala baik-baik belaka.

Adik-adik yang main-main dengan berita tu, akak nak cakap sikit... Arini skolah tak? Keje skolah siap tak? Petang ni jangan lupa pegi tuisyen. Dah-dah la tu menyamar jadi ahli keluarga. Kalau tak suka bukak tv penuh berita, pegi masuk bilik abang main ps4 dia kejap eh.

Dan kepada yang mempolitikkan keadaan. besar hasrat aku untuk sarankan kau pegi berkenalan dengan Hanez Suraya. satu clan la korang. silap-silap ade can naik Ferrari.

Assalamualaikum

terus #doauntukMH370

Friday, March 7, 2014

20140307 by FJ



aku ingat lagi di sekolah dahulu, dalam subjek quran sunnah. tajuknya makanan yang haram dimakan. kami berbincang tentang binatang bertaring, tentang darah, tentang macam2. kemudian ustazah tanyakan pada kami: "beri sebab mengapa ia haram dimakan?". ah. mudah.

"sebab ia mendatangkan mudarat"
"terangkan"
"contohnya dalam babi ada e coli yang merbahaya"
"jadinya?"
"membawa maut, ustazah. dan macam2 kerosakan pada jasad"
"begitu ramai manusia makan babi. masih tidak apa2. maka bagaimana yang hendak kamu kata ia adalah makanan yang jahat?"

semua diam.
betul juga.
berapa ramai kawan2 bukan islam aku yang hidup sehingga hari diskusi itu dengan selamba makan babi.
di mana mudaratnya?

ustazah aku sambung--
"kadang2-- penjelasan yang terbaik pada segalanya adalah;
setiap perkara itu adalah ujian untuk kita".

then it hits me.
life is all about choices.
and like everything else that is debatable--
semua benda ada baik dan buruknya.

persoalannya cuma satu--
how much do you love yang maha pengasih--
untuk seikhlasnya menjawab "baiklah"--
pada perkara yang dia kata "usahlah"--
tanpa alasan yang paling perfect dan munasabah?

*pause*

tulisan tersasar jauh ini tidaklah untuk siapa2 kecuali aku jua. cuma dikongsi, mana tau memanfaat kalian bersama.

renungkan;
sedangkan kalau kekasih minta sesuatu di luar akal pun sanggup kita perbuat demi nama cinta dan sumpah setia "aku akan lakukan segalanya demi dia"--
bagaimana pada tuhan yang begitu kasihkan kita ITU kita pilih untuk tolak2 dan tangguh2 nanti dulu.

haihlah hati.
gagahlah kau dan jangan main2 begini.

kembali pada persoalan kita di awal tadi,
fitrah atau nafsu--
kehendak atau perlu;
tanya sama hati itu.

jahat biar sama tuhan.
kalau boleh-- jangan.
tapi kalau betul mahu jahat--
biar jahat sama tuhan.
dia itu maha pengampun dan maha mengasihan.

itu tuhan.
manusia bukan.
betapa menganiaya itu jangan--
sehingga tuhan berjanji akan memakbulkan doa2 mereka yang tidak diadilkan.

jangan dianiaya orang.
jangan dipermain jiwa orang.
mahsyar itu terlalu besar, terlalu panas.
bayangkan kau perlu cari manusia seorang di kalangan jutaan juta manusia yang juga mencari2 orang yang mereka aniayai--
di terik matahari--
telanjang.

Obvious ke?




nampak sangat ke?
nampak sangat ke aku malas nak menulis skang?
nampak sangat ke?


"apesal jari kau? ketuat ke? asik repost quote Grey's Anatomy je. takde cerita da?"


"tak de modal la. skang orang pay attention cerita perampas laki orang, penengking bini orang tengah preknen, ron97 naik lagi 5 sen, oscar, jerebu, konsert suara kita. Tu semua modal diorang. lame tak bejalan. memang takde modal nak cerita. modal aku skang aku stress mark sloan mati kat season 9. tapi avery culik pril time wedding. pastu aku geram katarina petrova dalam badan elena seduce stefan di saat damon frust. celaka. cite tu boley ke? nanti orang cakap aku copy wikipedia punya sinopsis. hahaha"

"bangang"


*bila kawan dari jauh memang tak suka contact / texting. kau baca blog aku-aku baca blog kau. itu cara kami tukar khabar berita. hah.

T H E T R U T H









Thursday, March 6, 2014

SANA SINI


tak tahu
aku tak tahu
aku dalam kategori mana
sana sini bingit
cerita itu ini
sana sini bising
komen itu ini

sana sini cerita
duit brim da masuk
duit brim tak masuk-masuk
duit brim dapat sikit

sana sini sorak
usul menteri ini bagus
usul menteri itu bahalol

sana sini jaja
artis itu tebuan yang dijolok
artis itu bimbahalol (bimbo senang crita)

sana sini meriah
increment naik meriah
bonus juga seronok!

sana sini berjalan
sana sini berlari
mengejar apa nak dikejar
awal tahun lagi
serius achieve azam katanya

aku masih aku
sangkar aku masih ada
ego?
ya
keras?
ya
bodoh?
mungkin
hodoh?
juga mungkin

rencana aku sama
kesana kesini
tapi duduk aku kekal sama
tidak kesana
tidak kesini

aku hanya mampu melihat
kau kau kesana kesini

Assalamualaikum~

Wednesday, March 5, 2014

Terfaktab Zine: Confession #41



read this guys



Terfaktab Zine: Confession #41If you think that you can hurt someone and treat them like a complete jerk just because they seems to be strong enough to handle it, no, you are wrong. 

Tuesday, March 4, 2014

Leave it there