Wednesday, July 24, 2013

By Fynn Jamal

ini malaysia.

TAKKAN lah masih tak perasan macam mana besarnya masalah yang timbul dengan dua suku kata ini:

"ba".
dan "bi".

perkataannya SAHAJA boleh buat bertumbuk.
fiziknya apatah lagi.

benda ni obvious, kot.
rasanya semua orang faham dah konsep ni.

bende sensitif--
jangan usik.
just dont go there.

come on lah.
basic, kot.

macam--
kau takkan tergamak bubuh kepala lembu yang terpenggal depan rumah seorang hindu.
atau kau takkan lukis misai dan kartun2 di tubuh patung siddhartha gautama kemudian dipamer depan tokong buddha.

kan?

sebab--
MACAM MANA pun kita tak berpegang pada pluralism--
lakum diinukum.
waliya diin.

kan?

dalam seminggu,
dua kes babi muncul.

babi pertama--
ucapan pseudo muhibbah.

mengucap selamat menyambut ramadhan sambil seekor babi mantap masak sweet sour dipamer siap logo halal disuakan sebagai offering.

funny for some.
ludicrous for few.
bangsat for most.

babi kedua--
hadiah bangkai babi di surau dan rumah.

literally.

macam tak cukup api atas dapur berjulang2an--
sampai begitu perlu simbah petrol siap baling sekali botol2 ridsect demi efek letupan.

*pause*
BAPAK aa bodoh.
seriously?
perlu sangat ke gimmick begini?

argh!
penat.
penat baca semua ni.

penat merasa bengang pada si bodoh2 mencari pasal.
penat dengan pembela yang menguruskan si pencari pasal.

sebab there would be NO PERFECT JUSTIFICATION.

ini malaysia.
orang baling tahi pada kau--
kau kena senyum sambil kuis tahi tadi lalu melafaz "tak apa".
orang bangsatkan kau dan keturunan kau--
kau kena diam dan berdiri tegak sambil melaung "saya sayang negara berbilang bangsa saya".

kau KENA.

orang baling babi kat surau kau--
you are EXPECTED to just praise the lord and be patient.
sebab itu didikan buku teks bila datang bab budibahasa rasulullah.

orang buat lawak babi dan semakkan newsfeed kau--
you are EXPECTED to just smile and turn the other cheek.
sebab melenting itu tidak selari dengan sallama yang dibawa bersama konsep sebaran islam.

KENA.
sebab TAK BAIK menyinggung hati orang yang menyinggung kita.

kalau kita tengah makan nasi, orang campak pasir dalam pinggan kita--
kita tak boleh marah.
kita boleh sedih dan kecil hati sahaja.

faham?

terutamanya kalau kau orang islam.
kau memang KENA diam dan berbaik sifat SAHAJA.

sebab kalau kau melawan,
kau racist.
kalau kau menjawab,
kau bigot.
kalau kau melenting,
kau berdosa.

*pause*
*menung lama*

haih...
penat.

penat nak suruh semua orang sabar dan diam bila setiap saat dan masa dijolok2.
penag nak seru semua orang pejam mata dan paling muka walau diprovok2.
penat dengan semua agenda yang memintak2 dibesarkan.
penat dengan semua kebencian yang dipaksa2 untuk disebarkan.

tolonglah.
stop poking each other.
kita taklah semuhibbah yang kita sangka.

maka tolonglah bersyukur masih ramai yang memilih untuk butakan mata, pekakkan telinga dan katupkan mulut demi kebaikan semua.

wallahi please.
just please--

dont wake up a sleeping giant.


source: FynnJamal

Tuesday, July 23, 2013

Pompa Bensin (OST Kisah Cinta) - SENDIRI by Nadia Aqilah

Sendiri.. Aku masih di sini
Menanti hadirmu yang tak pasti
Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

Sendiri.. Kau biarku di sini
Meniti jalan tajam penuh berduri
Sendiri.. Ku tak mampu berlari
Setelah cinta harapan kau dustai

Aku kini.. Aku kini..
Aku kini.. Aku kini..
Aku kini belajar untuk berdiri

(Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi)



Friday, July 19, 2013

Ramadhan #10


Apa kita nak cakap kat Allah????
Kalau Allah tanya, "Kamu Tahu kah satu satu manusia punya isi hati?? Bukan kah Aku ini lebih mengetahui??"...
Lalu kenapa menanam perasaan benci????"

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan #9



Jangan meninggalkan amal karena takut tidak ikhlas. Beramal sambil meluruskan niat lebih baik daripada tidak beramal sama sekali.

Jangan meninggalkan dzikir karena ketidakhadiran hati. Kelalaianmu dari zikir lebih buruk daripada kelalaianmu saat berdzikir.

Jangan meninggalkan tilawah karena tak tahu maknanya. Ketidaktahuan makna dalam tilawah masih lebih baik daripada ketidakmauan membaca firmanNya.

Jangan meninggalkan dakwah karena kecewa. Kesabaranmu bersama orang-orang shalih lebih baik daripada kesenanganmu bersama orang-orang yang tidak shalih.

Jangan meninggalkan amanah karena berat. Beratnya amanah yang kau emban sebanding dengan beratnya timbangan amal yang akan kau dapatkan.

Jangan meninggalkan medan juang karena terluka. Kematian di medan juang lebih baik daripada hidup dalam keterlenaan.

Jangan meninggalkan kesantunanmu karena lingkungan kasar. Santunmu saat dikasari hanya akan menambah kemuliaan dan mengundang simpati.

Jangan meninggalkan kesetiaan karena dikhianati. Setia kepada janji selalu lebih baik daripada mengkhianati orang yang mengkhianati.

Jangan meninggalkan cinta karena cemburu. Kecemburuan dalam cinta jauh lebih indah daripada kegersangan jiwa tanpa cinta.





source: Jangan Meninggalkan Amal

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan #8


When the world says, ‘Give up’, 
Hope whispers, ‘Try it one more time.



source: fb

Tuesday, July 16, 2013

When he is without all, He is with All

Nanti suatu masa...

Ramadhan #7

Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 4 perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
4 perkara yang paling berharga dalam diri manusia tersebut adalah :
1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.
Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Monday, July 15, 2013

KOTOR



MAAF
aku terpaksa sangkal kata-kata diatas



ini wajah kotorku
wajah tanpa secalit senyuman ini
sering dikatakan kotor 
oleh lidah-lidah yang kotor
tanpa sedikit mengenal 
tentang segala kebersihan dan kekotoran seorang aku

sedangkan aku manusia
yang selalu persetankan
kekotoran pada setiap wajah manusia luar
apa hak aku mencaci kekotoran wajah kamu?
peribadimu sekotor wajahmu jugakah?
lidahmu sekotor wajahmu jugakah?
oh mungkin pemikiranmu sekotor wajahmu?

Ya...selain wajahku
lidahku juga kotor
kotor dari segala kalimah Tuhan
aku jauh dari menyebutnya
aku alpa dari melafaz tentangNya

tajam juga ya lidah ini?
kerna pembenci hipokrasi seperti aku
mungkin sering mengotorinya
dengan "konfrontasi"

teruk juga ya bila punya wajah kotor?
sampai bisa menyakitkan hati manusia
bilamana aku pilih untuk berdiam 
bisu tanpa suara
bisu tanpa aksara
kurang dari kekotoran lidah
lalu kau "shift" kekotoran itu pada wajahku?
WOW!!!

ehmm...
cuba kau ulangtayang sekejap
haaaa...part itu!
part kau mengata wajahku kotor itu...
part itu lidah siapa ya yang berkata?
ehhhh...kotor ya lidah itu?
sedar tak kamu...
*senyum

MAAF
wajah kotorku menyakiti hati kamu

MAAF
lidah kotorku menyakiti hati kamu

MAAF
diri kotorku menyakiti hati kamu

MAAF
aku sarankan kamu jauh dari aku
jauh dari kekotoran ini

dua-dua punya salah
tapi aku ambil semua salah
semoga kamu kamu BERSIH disana

aku doakan kalian
semoga bertemu manusia BERSIH
atau paling tidak pun
semoga bertemu manusia mampu
PURA-PURA BERSIH

aminnnn...



Ramadhan #6

8 Soalan MANUSiA & AL-QUR'AN bila ditimpa Masalah

1) Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Ali Imraan : 139

2) Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Al-Baqarah : 286

3) Manusia : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an : …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Baqarah : 216

4) Manusia : Kenapa aku diuji ?

Qur’an : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-Ankabuut : 2

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Al-Ankabuut : 3

5) Manusia : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an : ...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87

6) Manusia : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an : Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Ali Imraan : 200

7) Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an : …cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

At-Taubah : 129

8) Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

At-Taubah : 111



source: Diana Amir

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan #5


Jodoh itu umpama sebuah perjalanan. Ada orang cepat sampai ke destinasinya, ada orang lambat.
Sepanjang perjalanan itu pula, ada orang dapat sampai dengan mudah, ada orang terjerat dalam kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak dan seumpamanya. Perlu tabah dan sabar menghadapi ujian.
Dalam semua perjalanan itu, tidak semua orang akan sampai dengan selamat. Ada yang meninggal dunia sebelum sampai ke destinasinya. Inilah hakikat jodoh… Tidak semua yang akan dapat memilikinya ketika hidup di dunia.
Namun usahlah berduka. Peluang masih ada di Syurga. Di sana tiada siapa yang berkeseorangan. Semuanya memiliki pasangan. 
Oleh itu, jika mahu mencari jodoh, carilah jalan untuk ke Syurga. Jika tidak temui jodoh itu di dunia, InsyaAllah akan berjumpa nanti di Syurga.

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan #4




Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


sumber :Ustaz Azhar Idrus Kata

Friday, July 12, 2013

SILAM BIARKAN KELAM

"Stop blaming other people. Once kau dah matang, dah boleh berfikir, kau bebas mencorak hidup kau sendiri. Tak kisahlah seburuk mana cara kau dahulu, kau boleh ubah kalau kau nak. Itu semua alasan mudah untuk kau letakkan salah kau pada orang lain."

*
Kerana itu aku berani stand still dan cakap. Aku admit seorang aku sekarang adalah seorang  perempuan tidak sempurna, lalu aku cukup bangga seorang aku sekarang lebih baik dari seorang aku 26 tahun lalu. Ketidaksempurnaan itu memberi aku peluang kenal kehidupan, mencari kawan lalu ada yang menjadi lawan dalam tersirat, merasa apa yang dipanggil keluarga bilamana aku salah seorang ahli dalam salah silah sebuah keluarga, menerbitkan rasa yang aku tak pernah tahu, menghidupkan diri yang pernah mati, menerima musuh yang muncul dalam lipatan...

*
ada satu hari aku berteleku dibawah bumbung langit bertikarkan rumput.
diam aku disitu
bilamana dinding angin mengejutkan diamku
lalu aku sedar
rupanya Tuhan ambil dia yang aku Cinta
kerana Dia tahu bukan masanya lagi 
untuk aku berdiri megah diatas pentas buatan itu
kerana Dia tahu aku belum mampu
mencuba berusaha menghasilkan sesuatu aku tidak ada
kerana Dia tahu aku ditakdirkan
untuk menerima suratan yang tertulis

bangunkan aku dari lena
kejutkan aku dari bayangan
sentapkan aku dari lamunan
sungguhpun aku tahu
aku takkan bersedia untuk satu-satunya itu

Assalamualaikum.

Ramadhan #3

akan tiba masanya bila kita letih
letih dengan drama di sekeliling kita
dengan manusia yang hanya menggunakan kita untuk kepentingan mereka
sampai kita tiada pilihan melainkan lari
lari tanpa menoleh kebelakang
lari tinggalkan segala-galanya termasuk mereka yang kita sayang
dan again
all of u deserve an award for the roses that u claimed


hidup ini penuh dengan kebarangkalian
tak kisahla walau sekecil manapun kebarangkalian itu
kalau dia mendatangkan kebahagiaan 
its more than enough
~Kisah Cinta


*****
teruk sungguh Tuhan duga aku kali ni
bukan aku kata Tuhan tu yang teruk
tapi bentuk dugaan yang Dia bagi itu teruk
tapi dalam pada teruk-teruk tu
Tuhan masih berlaku baik kat aku

Kawan aku bilang aku tempah maut
bila berpindah ke kawasan yang hampir dengan dia
padahal tempat lama aku selalu fikir masa lama
tapi jadi bodoh pergi lagi dekat?

jawapan aku simple
sometime the most dangerous place can be the safest place
aku macam main bet nak acah-acah Tuhan
berani aku?
sah-sah Tuhan Maha Kuasa!
nak ke Tuhan tolong aku *monolog dalaman
senang cerita aku perati je takdir Tuhan untuk aku
aku usha je ape suratan Dia nak set

nahhh. terbaik dia bagi
memang betul aku fikir
macam mana teruk Dia duga
Dia jugak yang tolong aku
moment of miracle yang Dia saja tahu

Assalamualaikum...

Thursday, July 11, 2013

Saat Mencabar

Sepanjang aku hidup...banyak sangat perkara yang terlalu selalu menguji tahap kewarasan dan kesabaran aku. Aku pikir Tuhan tengah main twist mindset aku setiap kali happen camtu.

Salah satu pasal duit. Aku bet tuhan tengah usha je sape orang first aku cari bila aku face situation tu.
Nasib baik jugak aku bukan jenis biar papa asal bergaya. Jadi terang lagi bersuluh aku bukan berlibur di butik ada jenama. Ehhhhhh....ade yang tengah jegil bijik mata tu...tak saba nak bidas statement aku. Sebab, siapa siapa yang jenis usha baik punyaaa ape barang aku sarung ape barang aku galas mesti cop aku kaki gila brand. Iye bhaiiii sape tak suka barang branded. Lagi lagi aku jenis suka brand rare. Kompem mahal kannn. Malas cakap banyak...nak tau aku dapat mane sume barang baik lagi ori lagi murah? Contact r member gua cik Zabedah. Tak kenal Zabedah? Call member gua lagi sorang, sheff.

Ahhh...menyimpang aku dari tujuan asal. Aku penah rasa saat paling gampang bilamana takde 1 sen pon duit dalam sume kad ATM yang aku ade boleh keluar duit. Mase tu backup aku duit ASB. selak selak buku tinggal RM20. Berani ko nak tebal muka pegi kuakan? Kalau ATM hati kering lagi bai nak pegi withdraw.
Pastu aku carik duit duit dekat port yang selalu aku gelar "a gift for me from myself". Ni selalu dekat poket seluar kadang kadang aku suka letak duit belen beli belah kat poket pastu bia, kat celah celah buku kadang kadang aku bajet kaya not 10 aku buat bookmark, tak pon dalam beg beg yang ade sebab bila main tuka tuka beg aku bajet kaye aku bia je duit kat situ.

Bila sampai tahap sume duit tu takde, aku mula buat operasi pecah tabung. Aku ade banyak tabung. So satu demi satu aku pecah. Tapi.....bila dalam salah satu step tu tetiba aku dapat job or dapat pape payment so aku stop la step tu. Tapi memang penah sungguh aku sampai step ni. Sampailaaaa abis licin tabung tabung yang aku ada.
Aku cungkil pulak coin purse yang memang aku bia dalam keta buat standby lalu tol. Sedaya upaya aku taknak pinjam orang. Aku serik baiiiii...berhutang dengan orang baru kita tau sejauh mana orang kiri kanan mampu let go relationship sebab duit. Tak caye boleh test. Ko boleh nampak ape dorg pikir bila saat ko tak mampu bayar.
Gali punya gali sampaila
 da takde punca duit aku mampu gali. Tengok kalendar hari gaji lambat lagi. Tengok keta minyak tinggal 2 bar. Tahanlah dalam 2 hari stengah kalau pegi balik keje. Ape boleh buat?

Saat ni memang kewarasan akal ko diuji beb. Serius. Ko tengah berkira dengan siapa ko patut loan. Dengan siapa ko patut share yang ko nak loan tapi tak mampu nak repay dalam masa tdekat hatta dapat gaji nanti pun. Sebabnye kalau ko baya once dapat gaji, circle financial ko jadi macam tu balik malah lagi teruk. Sebab ape? Sebab punca duit semua ko da licinkan bulan lepas. So bulan ni ko start fresh.

Aku bet kau orang tak rase. Bila kau sedar telinga, hidung, pipi, mata naik merah bila kau sedang bukak wallet selak selak kosong . merah menahan setiap rasa yang ada. Okbai.

S A B A R...perkara paling M E N C A B A R

Ramadhan #2

cinta lari bila kita cari
dekat bila kita cuba nak lari
bagi yang mengejar cinta
slow down...leave it all
bagi yang kehilangan cinta
move on...dont look back
dan pada yang baru mengenal cinta
this just a beginning
good luck!

~kisah cinta [Azalea & Shah]


***
ada satu memori yang aku kerap flashback lately. 
macam fresh. hot from oven. 
ini bukan memori daun pisang. 
ini memori mengenang kenangan yang manis. 
manis semanis senyuman aku setiap kali didendangkan irama tawa yang indah. 
betapa aku mula faham. betapa Tuhan Maha Kuasa. 
menarik sesuatu yang aku memang tak mampu bersedia. 
ape kau boleh sorok beb...
hal dalam kelambu, dalam poket kau kompem tuhan tahu. 
anggap saja ini dugaan dalam pertolongan. 

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan #1

Surah al-baqarah ayat 216, baca terjemahan ayat tuh , 

"Apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka jangan engkau putus asa dalam menggapai istiqamah kepada Rabbmu, kerana boleh jadi, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu."
-Syaikh Ibn 'Atha'illah


KERING

Bukan sengaja aku tak mahu update blog. Takde barang nak aku jual, takde cerita nak aku bual. Sekadar emosi turun naik macam bola sepak Malaysia yang tak konsisten. Takpelah, aku bukan minat bola pun. Saja aku petik macam tu.

~punyalah kering. itupon aku petik dari the saliq.




Sunday, July 7, 2013

Jiwa dan Nyawa

Tenang
hati ini tenang
melihat wajah itu

benar
saat yang paling tenang
kukira sepanjang hidupku
setiap kali melihat senyum itu

dia
manusia pertama tersenyum
melihat aku menangis
selepas dilahirkan

dia
manusia pertama buat aku tenang
terbang segala masalah
melihat dia tersenyum

walau aku tahu
mata itu
mata bundar itu
tersimpan duka

kelam
suram
senak
perit
sulit
...semua gerak bila dengar tangis pilu dia

lepas
hilang
terbang
bebas
...semua masalah bila dengar tawa dia

sabarlah...
aku sentiasa dibelakangmu

walau hakikat
kau sentiasa dibelakangku
...bonda

Friday, July 5, 2013

BBQ nite~

Last Friday nite, ade BBQ nite @ bib's place. Memang lapa mate je lebih. Macam-macam nak letak dalam plate tapi sumbat ke mulutnye sikit ja pon. Suma gara-gara itu angin suda masuk dalam ini ferut lah.
Thanks for the nite though. And I think u do feel the same awkward moment there. Trust me... no heart feelings, no offended and no hatred for all things happen. Cause how could I hate for the things that I've been missed all this while. Unless, I hate it the most.
Still, I thank u for that. I'll rest the case to God. The only One knows Everything. Husnuzon...

Tomboy haram jadu bikin panas



Bikin panas dipagi jumaat bile dapat note begini. Cepat2 bukak2 pintu keta. Tapi.... handbrake TAK TARIK pon. Best part gua block 2 keta smalam tapi keta first bley plak keluar. Persoalan. Kua cemana? Lompat atas keta aku? Cemana plak keta aku p ganti tempat keta blakang? Datang la sorang AKAK TOMBOY mai sound cakap tolak keta aku x gerak. Kesian hang...TAKYAH BERANGAN JADI JANTAN KALAU TOLAK KETA PON TAK LARAT!!!

Tuesday, July 2, 2013