Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...


1 ramadhan menjelma.
salam Ramadhan aku ucapkan.
semoga berjalan lancar seperti yang diingini.
mohon ampun dan maaf untuk segalanya.
untuk "kamu", aku benar2 pohon pada Tuhan,
semoga Dia bisa bikin aku melupakan segala dusta yang berlaku.


aku tinggalkan 11 amalan sunat bulan Ramadhan untuk amalan [sekurang2nya] di bulan Ramadhan ini;


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah S.A.W dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

TIP MENGELAK KANTOI


PERNAH MAIN KAYU 3? PERNAH TAK JUJUR?
PERNAH CURANG? PERNAH MENIPU?

sile rujuk perkara dibawah:


bagi yang dah kawin atau ada gf tapi ada pasang gf lagi satu, mari berkongsi tips mengelakkan kantoi oleh bini atau gf
1. kat phone letak nama awek pastu hujung dia letak nama company, kalau awek tercall, cakap je ni budak keje ngan company xx , vendor ke , client ke
2. pastikan ada phone extra yg tak bawak balik rumah .. tinggal je kat office
3. kalau pakai phone sama, pastikan off phone bila tidur , kalau iphone boleh set flight mode, kalau blackberry boleh turn off all connection , kalau masuk message atau call lepas kul 12 malam .. memang kes naya
4. pastikan ada baju spare dalam kete atau dalam beg, pastikan habit untuk bawak baju spare, bagi alasan lepas keje kadang2 nak jumpa/lepak ngan kawan, leceh pakai baju office
5. jgn update secara detail kalau pegi kesana-kesini, kalau tak tanya jangan cakap pegi mana, generalize kan je
6. bersihkan phone sebelum sampai rumah, pastikan delete segala message dan call history, jangan clear all nampak sangat, kalau iphone agak susah nak delete satu call history je, ada caranya ..
7. pastikan ada sorang kawan yg boleh kawtim pada masa2 diperlukan sebagai alibi, dan pastikan wife kenal kawan tu
8. pastikan ada simpan duit extra untuk kasi kat wife suruh pegi shopping bila keadaan agak suspicious, harap2 dia lupa pasal balik lewat ..
credit : tengku nizam


oke...da abis bace? ape lu orang rase? pernak berbuat demikian? rase camane? meh wa ckp mcm mane patut lu rase....rase macam SIALLLL!!! kan...oke...all the idea diatas wa petik dr blogger len. nice topic but yet rase cam nak carut ckp furkey kau lah! je kat die. owh...kasar? dem...astaghfirullah...

1 things yang aku ingat smpai skang...quotes dr Mr.Johnny Depp. [versi terjemahan]
kalau kau betul sayang seseorang, kau takkan ada yang kedua. kalau wujud yang kedua,tinggalkanlah yang kedua kerana kalau kau betul sayang gila babi nak mati kat yang pertama takkan wujud yang kedua. 


and...honestly, if this really happen to me...please....im begging you....JUST LEAVE ME

aku rela aku menangis merana sekarang dari merana kau tinggalkan aku bila aku da beranak pinak 4 orang tak tmasuk yang dlm perut yang dah memboyot oke. 

sinis air mata dan tangisan

------------------QUOTE--------------------
Crying doesn't indicate that you're weak. 
Since birth, it has always been a sign that you are alive.
-----------------UNQUOTE-----------------


status cikgu zara pagi ini...aku suka makna itu. 
sebab aku selalu menangis.
ape jadi pun aku mesti cepat menangis.
aku sangat benci setiap saat aku terluka.
tapi...
itu membuktikan aku dalam dunia kehidupan di dunia.
yang sentiasa terluka...

terluka dengan perasaan diri,
terluka dengan perbuatan,
terluka dengan kata-kata,
terluka dengan sinis bicara,
terluka dengan rakus sentuhan,
terluka dengan puaka taulan,
terluka dengan manusia puki,
terluka dengan pendusta hati terhebat,


itu cerita luka. belum cerita duka yang macam palat.



-- KarMiza

Saturday, July 30, 2011

#MakanReview Mari makan makanan!!! Yeppa…..=p












Lokasi: Bigfoot @ TTDI.
Pergi bersama rakan sekerja pada jumaat terakhir sebelum bermula Ramadhan.
Menu wa rootbeer+float & lasagne. Sodap. Ambience pun santek ja..


Salam Ramadhan dari Evergeen


Assalamualaikum...

sempena menyambut kedatangan Ramadhan minggu depan,
semua warga evergreen (muslim) wat makan2

before makan ade sket tazkirah berkenaan ramadhan.
ade goodie bag.
plus...makanan yang sedap2.
paling tak hengat pulut kuning n rendang yang letussss...





kurma, tasbih digital & buku "Ramadhan Milik Kita"



Salam Ramadhan buat semua~

Saturday, July 23, 2011

#MakanReview Mari makan mee plastik !!!







Lokasi: Noodles Station @ SACC. Pergi bersama cik Aida. 
Air memuaskan hati sesangat cz rase cam air Don’t Worry kat Murni. 
Taaaappiii….mee tadapat nak rase the tomyam tuh cz mee itself da cam plastik gila.
 Spoil sket. Tp ambience santek…seswai date cni nih….lalalalala~


Wednesday, July 13, 2011

ape ade di cameron?

ha dis time picca ape saje yang sempat di snap yang hado di sane.