Saturday, July 2, 2011

Selamat Hari Bapa

Sekian lama...
aku tak balik umah. (macam la merantau jauh sangat kan)
SUMPAH...
aku SANGAT rindu mereka.
rindu...senyuman itu...
rindu...suara itu...
rindu...gelak ketawa itu...


bukan...
bukan aku tak mahu pulang...
hanya tuhan tahu mengapa...
maaf...



Dengar suara yang paling rindu - suara yang mendamaikan jiwa.
Dengar suara yang paling rindu - suara yang membuaikan rasa.
Dengar suara yang paling rindu - suara yang sentiasa menitipkan pesanan jadi manusia.
Dengar suara yang paling rindu - suara yang tidak pernah gagal memanjatkan doa.
Dengar suara yang paling rindu - suara yang berjaya buat dia kawal rasa benci marah menggila.

Satu perkataan.





aku bawa pulang,
satu mug bertulis "SAYANG IBU" khas buat bunda...
itu kutempah khas dr sport club ofis aku.
sempena hari bapa.
aku beli 1 untuk ibu.
dan...khas hanya 1 mug special request bertulis begitu.
yang lain semua depan "I LOVE..." ( papa,mama,daddy,mummy,mak,abah)
hanya aku request "SAYANG IBU"

ibu yang menjadi ibu dan ayah untuk kami semenjak 20 ogos 1999.
TERIMA KASIH.
tak perlu adik bandingkan dengan ibu2 orang lain.
ibu begini sudah cukup terbaik untuk adik.


ibu....
yang aku lihat dan adaptasi....
...sehingga menjadi berdikari, mampu bertahan untuk setiap dugaan Tuhan.
ibu...
yang aku adaptasi dari sifat kerasnya hati melawan cerca nista mereka
yang mencaci dan membenci...

hidup...kena jujur dengan diri sendiri.
itu ibu pesan pada miji selalu.
sebab tu aku jujur dangan gerak hati aku.
memilih untuk mencintai lelaki yang dulu menjadi "hanya kawan"...
...kerana gerak hatiku bisikkan yang aku benar mencintai....
dan...
dia...benar menyayangi...

senyum melihat wajah beliau memegang mug tersebut.
aku sampaikan juga baju2 untuk adik2 yang aku beli tika Jusco JCard Sales.
lama tak beli barang2 untuk mereka.
takpe...bulan depan kakak belikan kamu baju raye...







hanya 1 hari aku pulang...
kerana esok aku harus kerja (catering)
gosh...mencari setitik minyak untuk sang Damon...lol




bookmark jurnal
*ibu, ayam masak lemak cili api sangat sedap...
*ibu sangat, amat teruja setiap kali aku meluahkan hasrat untuk memasak. kali ni aku nak beli periuk kukus    nak blaja buat kek & apam polkadot. sungguh teruja ibu. tak sabar nak bg ibu, adik2 & encik sayang rasa.
*baru amik kain pelikat pink di rumah. berkira2 nak beli kain pink 2 meter buat baju raya.












No comments:

Post a Comment