Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 24: Island BBQ Steamboat @ Kg Melayu Subang


Assalamualaikum.

semalam berbuka bersama housemate n aida & shef yg kompem2 bukan housemate.
@ Island BBQ Steamboat kat Kg Melayu Subang

Enjoice...
















Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan 22: Qaseh Bistro @ Seksyen 13

Asslamualaikum.

smalam berbuka bersama amee, aida, mimi & hani @ Qaseh bistro

macam2 idea last2 g je kat qaseh bistro. settle.
before sepakat g sni try r surf tgk kat tenet tgk review pape ke kan

paling takbley blah

"Keistimewaan Qaseh Bistro terletak pada dekorasi berbentuk hati yang terletak pada lapik pinggan, cermin, kertas dinding, lapik gelas yang bersesuaian dengan nama restoran ini"




Hadoi...kesah?
yang penting makanan beb...MAKANAN + SERVICE.
nak LEPLEP segale...lantak.


leplep @ hiasan dinding

leplep @ no meja

makan makan makan

makanan makanan

que panjang just tuk nasik putih!!

bartender

leplep @ lampu

bersedia....

after mkn tuh g bwk aida beli something tuk bday apit
here we are...
currlass kau der...
klu ar ko tgk camane aida gigih blari keja tkut baskin tutop pit..

Sunday, August 21, 2011

aku mahu bersama kamu

If  someone would ask me







 who i want to be with? 





I would simply say,





 "Someone who can understand

 that I'm not perfect"















Saturday, August 20, 2011

cobain's

layan website ohbulan sat...

ade plak cte psal anak kurt cobain...
tetiba teringat zaman skolah2 dlu zaman aku layan nirvana atas ajaran makcik aku yang juge peminat nirvana. da name sker nirvana takkan aku bodo ta knal kurt cobain yedak. R.I.P. der...huuuu~
nway da besa da anak beliau.santek gila woooooo~ tapi taleh kalahkan kak faz wa..lalalalal~

taleh blah da ar bday same ngan ibunda wa kan. aceceh...

************quote***************

Anak perempuan mendiang Kurt Cobain, vokalis kepada kumpulan Nirvana iaitu Frances Bean Cobain bakal berumur 19 tahun pada 18 Ogos ini. Jarang kita dengar mengenai satu-satunya anak perempuan Kurt Cobain ini di media. Frances banyak menghabiskan masanya tinggal bersama dan dibela ibu Kurt Cobain.
Frances Bean Cobain telah dilahirkan di Los Angeles, California dan dia merupakan seorang penyanyi, model dan juga selebriti yang sedang menempah nama di dunia hiburan. Berlatarbelakangkan dari keluarga artis, ibu-bapanya juga terlibat dengan ketagihan dadah sehingga dia pernah dijadikan tajuk cerita, “Rock Star’s Baby is Born a Junkie”. Berbeza dengan laporan itu, Frances Bean Cobain lahir sebagai bayi yang sihat dan normal dengan mata biru seperti Kurt Cobain.
Sedikit info, mendiang Kurt Cobain mati bunuh diri pada 5 April 1994 ketika Frances Bean Cobain baru  berumur 1 tahun 8 bulan.
*************unquote*****************


mari saksikan kesantekkan beliau....jojes gila....phewww



Friday, August 19, 2011

Ramadhan 19

19 Ogos

genap 12 tahun pemergian ayahanda
meninggalkan kami menemui Ilahi
aku malu untuk bertanya...Ayah "sihat" disana?
kerana aku anak yang sering membuat ia bertambah "sakit"

malu....
sedih...
takut...
pilu....

BUKAN

itu bukan kata yang tepat.

JIJIK!
YA!!!!
JIJIK dengan perilaku sendiri
tak mampu bikin ayah sendiri SIHAT bertemu Dia

dan tetap...
sampai sekarang
masih tidak dapat bersua lagi.
ampun...
maaf....
doaku mengiringimu

ayah....
kau lelaki pertama yang aku cintai,
dan meninggalkan ku.





Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 18

18 Ogos

hari ulangtahun kelahiran ibu...
selamt ulangtahun ibu.
maaf...
adik masih belum berjaya menjadi anak yang membahagiakan...

Adik sayang ibu....


baru teringat...ibu seumur dengan bunda encik kesayangan hati~

Sunday, August 14, 2011

Rahsia Diri Mengikut Bulan Dan Kelahiran







Mizi [Mac]

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan



Aku [April]

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu



Aieril [Mei]

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros


Ibu [Ogos]
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan




Za, Mimi, Piya [Disember]
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Ramadhan 13: Amin Thai @ Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum...


si bf datang menjemput jam 3.
g PKNS
mencari, meng-usha, membeli baju raya beliau
warna maroon menjadi pilihan...
*kacak... :)


tapi terkandas di PKNS.
rahmat tuhan melimpah di bumi shah alam petang itu.
si merah disimpan di PAS.
redah hujan.
terus menuju ke bazar stadium.

suppose Putera Ayu menjadi pilihan.
taaapiii...full house puler..
harini plan berbuka bersama nady,mie n atin.
so mereka g ke Amin Thai booked for us.


bertemu disana.
chit chat
n berbuka.



ape aku tgh buat nih?

dari dalam chibi lili keta br atin

d n atin

tak hengat mkn....


*blog picisan

[1] owh kepala sangat pening. mungkin akibat terkena hujankah?
[2] sangat kenyang. tundukpun bleh tkeluar mkanan. oke itu kotor.lol

Berdoa ketika Sujud









Mengenai doa dalam solat, sujud rakaat keberapakah doa itu di minta, adakah yang awal atau yang akhir dan bolehkah doa itu ditutur dalam bahasa Melayu?

JAWAPAN:

Mengenai doa di dalam sujud, terdapat hadis di mana Nabi bersabda; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud"
- (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah).

Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud), maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.

Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak.

Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur (yakni bukan dari al-Quran atau hadis Nabi). Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat dikuatkan.

Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/