Saturday, November 30, 2013

Bertemu

Maharaja lawak mega.
Minggu ini.
Minggu 3.
Tema cinta.

Out of any place.
Disini kita bersua.
Wahai sang pembunuh hati ini.
Selepas tujuh bulan.
Macam patung.
Bila masing masing bertentang.

Kelakar juga.
Kerana perkara buat aku jatuh.
Adalah tawa kau.
Dan disini kita bersua.
Ditempat gelak dan tawa.

Allah...
Goosebumps.
Meremang.
Menggigil.
Butterfly.
Shock.
Diam.
Bisu.
Kau saja tahu--

Alhamdu lillah--
Sihat walafiat kau.

Maaf.
Kerana bikin kau tak selesa.
Atas kewujudan aku.
Disini.

Macam mana rasa?
Menjadi pelarian...
Nak lari sepanjang masa
Sejauh jauhnya kan?

Jangan risau.
Aku faham bahasa.
Faham.
Kerana.
Aku takkan mengejar kau yang sedang berlari.

Heh....
Aku pun lari lembab kot.

Itu saja aku harap.
Perkara yang berlaku.
Perkara merejat hati ini
Di awal weekend ini.

Peluk

Aku perlu...
Aku perlu seorang
Yang aku boleh panggil sahabat
Yang mampu aku peluk
Sekarang

Yang akan--
Bisukan mulut
Lalu dengar
Setiap lolongan dan teriakku

Yang akan--
Terus senyap
Bila dipelukku
Dan terus senyap
Bila bahu basah
Dibasahi tangisku

Tuhan--
Bagaimana mampu
Aku rendahkan ego ini
Bagaimana mampu
Aku buang resah ini.

*first time aku kena evaluate begini. Pulang dengan sedu. Penuh airmata. Hilang tawa. Terimakasih shama. Pertamakali kau menjadi aspirin.

Friday, November 29, 2013

Special Hugs


aku jenuh baca newsfeed FB
memacam komen yang ade
tak kurang jugak memacam assumption keluar
*geleng kepala
kenapalah...*sigh

Untuk manusia tidak prejudis
special hugs untuk kokpinn


"keturunan yang baik menghasilkan benih yang baik"

bukan kali pertama aku dengar.
banyak kali.
dari mulut pelbagai orang.
dari orang tua sampai kawan2 sebaya.

kemudian segalanya klik dalam kepala aku.

"sekali anak terlanjur--
tujuh keturunan berjangkit sama"

tolong berhenti.
atas dasar kemanusiaan--
tolong berhenti.

begitu ramai kes yang terlepas dari aku. asalnya mau aku bantu carikan keluarga angkat kemudian tak jadi. digugurkan, diracunkan, dibuangkan.

"anak saya akan dibenci. dia tak ada tempat dalam dunia ini. sebab dia keturunan saya. dan dia akan jadi macam saya."

kawan2, adik2, kakak2, abang2, pakcik-makcik,

kalau IMAN yang sebaik2 perkara itu PUN tak dapat diwarisi--
takkanlah dosa tuhan IZINKAN dibagi2?

anak imam perangai macam iblis-- ada.
anak penyanyi jadi tahfiz-- ada.
anak ustaz buntingkan anak orang-- ada.
anak mak bapak tak pernah sembahyang jadi orang alim-- ada.

25 rasul yang kita wajib tau.
aku boleh terangkan satu persatu kisah yang datang dari nasab tidak elok.

tak payah jauh2.
pergi tanya pengkomen2 dan penyebar2 fitnah di forum sana--
"mak bapak kau keturunan bangsat ke?"

kebaikan dan kejahatan--
adalah pilihan.

Thursday, November 28, 2013

one day...one fine day...



“one day, someone will walk into your life and make you see why it never worked out with anyone else. Kun faya kun. Tunggulah, sabar itu indah”~ shila

Wednesday, November 27, 2013

Hari ini adalah hari yang indah. Syukur masih boleh melihat.


Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78

Tuesday, November 26, 2013

Mekap Tutorial


haiyooohhh...laju saja klik kan. mesti lam hati tu
"deni buta mekap ada hati buat tutorial ka? bak mai tengok sket"
chhh chhhh chhhoiiii la hang.
hahaha

ha memang btul lah tu aku buta mekap.
mari belajar pada yang da besa mekap
aku suka blog walk kat page deni.
cantik orangnya
lembut orangnya
jauh beno dari aku yedak...heh

few tutorial & tips here

Sunday, November 24, 2013

Value

Bila kau kenal manusia baru
Macam macam kau mampu beri
Sebagai value diri kamu
Persoalannya--
Apa kau mampu beri?

Kasih sayang?
Telinga yang sentiasa mendengar?
A shoulder to cry on?
Toleransi?
Rasional?

Atau--

Makan mahal percuma?
Holiday percuma?
Handbag berjenama?
Belanja shopping?

"Tanpa duit aku boleh bahagia asalkan ada kasih sayang"
"Takde duit kasih sayang bergunung pon boleh hilang"

Heh...dua dua aku tak setuju.
Be with someone who love u dearly is a blessed
Be with someone who have lots of dollars is a gift

Ape jenis kategori manusiapun kau.
Ape jenis kerja kau buat.
Ape jenis rumah kau duduk.
Ape jenis keluarga kau bersama. Ape jenis pun--

Kau ade value dalam diri kau.
Keluarkan yang itu.
Berapa ribu pun simpanan kau.
Kau tu....
Ya kau.
Kau tentu punya value sendiri

Penyayang kah, pelawak kah. Itu value. Yang setiap kita kita ada. Ingat. JANGAN beli hubungan dengan ringgit. JANGAN beli jiwa dengan sen.

Budak budak pun kalau dibagi toys. 5 minit lepas dapat disayangnya kau. 5 hari lepas dapat, dia bosan? Dibalingnya toys tu. Sah sah kau pun dilupa.

Ingat. Perhubungan perlu value. Tinggi mana adat dan adab kau junjung. Banyak mana duit kau tebar. Kau tau value diri kau dimana.

Assalamualaikum.

Jangan dipaksa

Ade few times bos aku tegur. Suruh mingle around. Beramah mesralah dengan opismate. Jangan diam je. Selame setahun aku keje sini mata dia nampak aku pendiam tak campur orang.

Ape aku rase? Aku hang kejap.
Ape aku feel? Aku blank kejap.

Sebab. Aku memang jenis diam tak campur orang. Aku tak kacau orang. Orang tak perlu usik aku. Tapi. Aku tak bengap sangat sampai tak campur gaul ngan opismate. Opis aku sah-sah ade 9 orang je. Aku x marah la kalau bos aku x nampak aku bersembang rabung dengan depa. Tapi takkan setiap kali aku nak bergossip nak kena tayang depan muka dia aku tengah bonding session dengan opismate? Dafuq???

Sebab pernah baru-baru ni bos suruh aku contact one of production line leader siap sebut nama then tanya "u kenal tak akak ni?" Ohmy....sah-sah tetiap pagi aku bermeeting dengan depa. Ini yang susah bila judge satu hal depan mata terus make that as a whole me. Takkan aku nak kena cakap "kenal Kami biasa gossip sesama kat meeting room". Haish

Point aku kat sini. Jangan mintak aku jadi manusia yang aku tak boleh jadi. Aku jenis diam. Aku ade cara aku sendiri berborak bonding dengan orang. Tak payah la mintak aku jadi hingaq sembang rabung bagai. Ingat aku apa? Don't create me.

Last week aku "cuti". Nak pulak aku baru lepas beli memacam mekap. Aku drag la trus p keja. Mekap abih. Ekceli tak tebal pon. Light sajor...siyes light. Tapi! Disebabkan lipstick aku merah nyala trus nampak mekap drag abis kau. And 3 ari stret bos p tanya aku asal aku mekap. Nak p mana. Napa mekap mekap. Muka ala ala macam ehhh...this is not u. Gituh.



nampak tak...konsep kemho bila traffic jem? bahahaha


Point kedua aku disini adalah. Memang this is not me as like pakai mekap tebal tebal cenggini kan. But still, sukati aku lah. Still, again...aku pon tak slesa gini. So. Jangan paksa aku jadi ape yang aku tak suka. Even aku paksa diri sendri pon aku tak slesa. Aku comfortable cenggini. Jangan force aku turn jadi manusia bukan aku.

Betul. Ade benda tak betul atau tak baik harus ditegur. Manusia somehow perlu berubah ke arah kebaikan. But...not change by forcing beb.

Just depa tekejut jah sebab sepanjang aku kat opis sini aku memang tak penah drag mai opis. Opis lama jah aku memang penah mekap tebai time "cuti" so depa tak tekezut sangat. Hahahaha...means sometimes somehow kita memang kena force to became someone kita takmau jadi but we have to.

Selama mana kita sudi bertahan menjadi manusia hipokrit itu persoalannya. Aku? Tak sanggup. Hidup sekali je. Berhenti berjalan atas hidup sendiri sebagai manusia lain.


Mari bersolek bersama

Last two weeks kami pegi sales make up uolss...Haish...zaman make up ni zaman time aku practical training dulu. Zaman beli make up elianto full set sebab brand tu je mampu kan. Sampai satu masa teori aku tetap aku betulkan bila mekap ni one of fake things that I can't accept. Then aku stop bermekap.

Just kengkadang aku bermekap la beria time "cuti" sebab takyah spend masa lama p surau semata buang mekap pakai mekap padahal solat sekejap. Aku rimas. So plain face suit me. Lantak la bekas bekas jerawat ala ala cikenpok nampak ka. Watever.

Ehhhh...panjang citenye plak an...sale tu kat glenmarie. Ade brand Revlon, Stage, Silky Girl & Avenè. Memang sape yang kaki mekap sure borong abis la weyh. Mase ni la nak dapat pakai brand bagus dengan low price. Manufacturing date pon bukan lama gila pon. Baru jugak lagi.

Gegambar nilah mende yang aku bli. 

Eye liner | Compact Powder + Refill From Silky Girl 
refill tu 6 box gituhhh. share2 la. 
haram jadah aku nak perabih sume bedak tu. memang tak r kan

Liquid Concealer | Eye shadow from Revlon

Lipstick & kejadahnye tah from Stage

Andddddd....aku da jatuh cinta dengan lipstick matte itew!!! 
Sumpah dalam bebanyak jenis mekap aku paling tak suka lipstick 
but this one make me fall for it. 
Dengan syarat matte. Tahan lama oiiii...
makan la ape pon dari pagi till malam! 
Yesss...til malam WITHOUT touch up okey. 
Still stay red. Pehhh...bibir pon x trasa x slesa. Terbaik r.

Travel Bag buat beg p gym | Toiletries Bag


Thermal Spring Water from Avene
best pakai bendalah ni. fresh
pakai before and after mekap
jugak boleh digunakan after shave

#MakanReview Fish & Co

Ribu ribuan terima kasih diucapkan kepadan pasangan pengantin lama kita kerana membelanjai kami dinner di Fish & Co. Memula nak Manhattan tapi sebab Paradigm memang da jadi tempat lepak official buat masa ni...so decide ke Fish & Co je r sebab tiada Manhattan disini.
After makan lantak muntah darah (piya's pronounced of mentekedarah) segala, kami conclude kan...next time just go for Manhattan je la. Sebab sini muak. Serve cepat tapi x panas like freshly cook. The only yg make reason untuk come back is the dessert.
Sekian. Thanks again for the treat. Bertapau buat breakfast next day uolss...banyak gila order. Eat all you want katenye...wiwiwi~

Friday, November 15, 2013

The Vampire Diaries vs The Original

Hello peeps
ramai gak tau nama keta aku Damon kan
tapi aku tak tau ar yang tau tu tau ke tak aku cedok dari mana nama tu
heh...
aku follower tegar The Vampire Diaries
from the beginning lagi mata aku terus terkena karen dengan Damon Salvatore
haish...taste ke bad boy kan...hahaha

then...sampai season brape tah muncul pula Niklaus Michealson
hmmm...what should i say...
tang muka bagai aku tak attracted sangat
tang accent dia
halllamakkk....that part pon da melting
ok maafkan saya
kasilah can...
aku da lame tak jadi budak pompuan yang tergila-gilakan retis lam siries cani



ha ni nak tunjuk...this season The Original of the Vampire yang dalam TVD sume p buat cite baru called The Original. sebab depa pon ade conflict depa sendiri. plus tanak Niklaus overshadow Damon. ha lagi satu...adik Niklaus pon grrrrrr... hahaha...namanya Elijah. Elijah nama hempon lama aku. hahahaha.


Niklaus-Stefan/Silas-Damon-Elena/Katarina/Immora-Caroline


Damon memang fall in love gila ngan Elena sengal ni
Klaus puler...bertepuk sebelah tangan terhadap Caroline...



Scene buat aku terbahak kat new season ni
kannnn...No one cares kot
sah-sah ko pon pakai hot pants skirt pendek bagai
tang tuala ko kalut pulak
memacam la omputih ni


solitude

They fall by chance
They can make a choice.

Back off before it's too late.
Back off before you can't even differentiate love and pain.
You will fall hard.
Both.
Both of you.

Thursday, November 14, 2013

Sample dari Modbox


nampak takkkk... 
aku ade label kategori baru
selain #MakanReview
hahaha

ok last week aku dapat 1 box sample some beauty products from Modbox. 
cane nak dapat? surf modbox.com
aku baru try toner Murad



Memula cam blur sbb jnis spray toner then try memang fresh and lepas clean kan muka tak rasa perit menarik kulit. Best. Spray lepas cuci muka, spray toner ni then apply moisturizer. Fresh. Shampoo pon da try, kurang buih. Kalau rambut panjang tak feel sangat. Bau best.

MakanMinumHuhaHuha Umah Pengantin Baruuuu~

Last two weeks kot
makanmakanmakan
kat umah pengantin baru oiiii
kemain
daging masak lomak cili api 
dah
tu je menu aku nak sebut
yang lain tengok sendri kat gamba
sebab daging ni
daging ni!!!
aku tambah 3 pinggan!
nohorommmm









tengkiu tuan umah~

20131127 - Majlis Resepsi Hafiz & Aida @ Temerloh Pahang

Now ke sebelah lelaki punya resepsi. pon simple. tapi ade bertepung tawar bagai. tapiiiiii payung ngan kipas tinggal umah pengantin pompuan??? aku pon rasa nak ketuk kepala sendiri. tak hengat langsung. ape nak kipasnye kan. tala la kipas letrik hadap pengantin. takpa la kalau takdak kipas pon. hahahaha. 


kat pelamin


mereka


pengapit menyepit. bos bedah tanya pengapit lelaki tu bofren aku ka. haiyoooo nak aku kena sula dengan gepren dia ka kak? syeremm nih... memang takle...gepren elok makan meja seblah hokey. clear? good.


ni ngan amy misdin. sama-sama ex-evergreen. hahaha


ok now aku kasi gamba high quality sket. kopipes website official photographer
bertempat di stesen ketapi mengkarak & Pinto Coffee Janda Baik
Enjoice,










ok sekian.

cukup kuota aku menjadi pengapit.da 7 kali. cakap la takde seri nanti naik pelamin. cakap la nanti lambat kawen. cakap la ehhhh takley lebih 3 kali!!!. watever myth sekalipon. mak aku kasi je. siap cakap "sape cakap? ibu dulu elok jadi pengapit 6 7 kali elok beranak pinak ni". hahaha. korang tak rase. bila standing sebelah member yang kengkadang menggila sesama, mencarut sesama, meraban sesama on their big day. da few times aku sendiri rase berair mata. dalam hati sure ade "u'll have new journey buddy" :)

aida. lua lembut tapi dalam hati keras. kontra ngan aku. lua keras dalam tisu. choiii. bukan jenis kaki nangis cam aku. but she's the one...kawan yang menangis depan mata aku, untuk kasi aku sedar one of real thing in real life. i do. i do appreciate that. we might not a BFF or BEST FRIEND or BUDDIES. but we r FRIEND. a friend that i can't take for granted walauponnnnnn gila saiko! (dah2 la statement tacing2 kannn) hahahaha... semoga bahagia pok. this is another new chapter in life. enjoy every single second of it. i'll pray for you. amin~


20131026 - Majlis Resepsi Hafiz & Aida @ Kg. Mengkarak Pahang

ok skang aku memang tahap malas Ya Rabbi lah kan nak menaip
kalau takat nak suruh layan gamba baik suruh bukak ig aku kheenn
nah la serba sedikit majlis resepsi #HafizFarlinWeds
3 minggu lepas
wahahahaha


the props - blackboard & lantern. nohorom btul da tulis cecantik oleh sol ade budak dengan geram p padam. aku slamber la jerit "ehhhhhh...jangan!" muka mak tiri aku pon sah2 keluar kau. aku tengok photographer pandang aku pon tergamam dek suara soprano aku tuh. padan. nak dengar satu umah pon aku boleh. haha


pelamin yang simple. ekceli tak pelamin sangat la sebab pengantin tanak bersanding sanding bertepung tawar bagai tuh. tengok la dedua pengantin tuh. inai tanak pakai. veil tanak pakai. tang inai jenuh shef carut tanak jugak pakai. aku carut dia tanak pakai heels. hahaha...




ok ni para pengantin dan pengapit yang kemain mekap tebal gomak gara-gara concealer nohorom.




and ni full pelamin. eh da btau tadi ekceli tak pelamin sangat. sebab takde sanding2. ni kira ala-ala photo booth. nice idea. skang kan ramai orang dok nak meriah pelamin bagai. pastu kat entrance berphoto booth meriah. jangan tak tau photo booth meriah pon harga kemain uolss. tapi amik gamba sesama tetamu jer sebab pengantin sah-sah melekat kat pelamin kan. so this one better. combine, simple, jimat. duit bajet pelamin bley buat mende alah lain lagi penting. 

asalnye nak ala-ala rustic tapi few things tak menjadi. heh...apelagi kami pengancam perkahwinan yang mengancam tidak akan sewenangnya membuat perkahwinan ini terancam gara-gara pelamin kan! contigency approach harus adoo.. berligat berpusing otak pikio nye. lagi-lagi aku ni mane reti tang props pelamin oiiii...orang lain seronok tengok gamba kawen-kawen aku bukan minat. haaa bila member runsing gini aku blured line ar jap an an. 

time bedah p mekap untuk nikah semalamnya tu kami p pusing-pusing butik tu tanya pendapat akak andam tu and tengok-tengok ape bley rembat bawak balik. then...wallah! simple n nice...walauponnnn lampu nohorom lantern sebijik tak menyala! whatever it is.. aku suka. :)



Tuesday, November 12, 2013

20131025 - Majlis Pernikahan Hafiz & Aida @ Kg Mengkarak, Pahang

heh...
nak tunggu genap sebulan gamaknyekan
baru nak up post pasal wedding nih
haha
bizirina la
wa bizi
betul 

Jumaat 24 Oktober 2013
pukul 9 pagi aku bergerak drive ke bera
sampai dalam pkul 1 kot
pastu siap-siap bawak cik bedah p mekap
tantekkk mekappp
simple n nice
tapi pelamin separa siap
so lepas nikah ktorang p cari ape patut lagi
nak add on props
ikut imagination pengantin nih
hahaa

haaaa...tantekk an an an

muka neves bakal laki cik bedah

alhamdu lillah~




kitorang!!!

me & athirah @ 5am!!!

after majlis nikah kami kua
balik dalam pkul 11mlm kot
pastu masing-masing eksaited nak add on props
siap beli cite kat astro first
kengkonon nak layan movie sambil wat keje kan
cite spicy killers
malaysia punya
best
saiko

keje da abis pon gigih aku tunggu sampai cite ni abis
430 pagi tuh!!!
hahahaha

#MakanReview Nasi Lemak Sambal Opah @ Taipan Subang


nasik lemak yang super murahlazoh
akan tetapi
beware of yourself
kalau nafsu mata melebihi nafsu perut
baik jangan masuk dulu harini
masuk balik hari lain
hahaha
sebab pilihan lauk tambah superb banyak
even the nasi lemak itself
kecik gila
besa budak form one punya
ehhhhh

sah-sah ko akan amik 3/4
pastu dengan tengok kemain banyak lauk pauk
kecur-kecur liur oi
mau kena RM12 sorang
tak caye terai...
tapi sedap
no worries



#MakanReview Pecel Lele Lela @ Seksyen 13 Shah Alam


Kepala tengah pening gila. Tetiap ari aku bukak dashboard blog tapi sepatah haram tak menaip. Arini migrane melanda lagi. Caffox menjadi pelega. Teringat aku satu kedai kat seksyen 13 (nampak x...pandai aku link) 

 Pecel Lele Lela. Aku p sini mase tu aku memang superb heavy migrane satu badan angin. Time cani aku memang mengalu-akukan black pepper & halia... Aku makan nasi lauk daging black pepper. Terbaik jugak. Tapi Johhny's lg terbaik. Air dia ni yang aku nak cita. Bertajuk Jahe. Air halia. Perghhh...dia bakar dulu pastu blend halia tu. Terbaik lahhhh. Okbai