Monday, August 26, 2013

Tak amik port

seorang member bertanya
Siapa Fynn Jamal?
Siapa dia sampai Hot FM nak kena ade 1 slot beraya bersama Fynn Jamal?
Tak femes kan? Style macam "I am the best" sangat.

Aku senyum
aku jawab sepatah saja
dia memang femes.
memberku jawab lagi
tak pun. tak suka.
aku tetap senyum

sebab dia tak pernah tengok aku pasang puisi yang dilagukan kak pin dalam kereta
yang kadang-kala aku menangis sendiri.
ya.
menangis yang keluar air mata.
macam kau menangis tengok crita industan.
contoh.
aku tak kata aku orang faham sastera atau puisi.
tapi
kalau kau faham dan rasa jiwa dia yang sedang menyampaikan
kau akan rasa
rasa dia kat sini...
sini..
SINI
jantung.
akal


kalau sendu diberi
maka sendu kau rasa
kalau tawa diberi
maka tawa kau rasa
kalau bengis diberi
maka bengis kau rasa
kalau sindir diberi
maka
sapa makan cili dia terasa pedasnya
hahaha...

beginilah
senang cerita
aku suka orang yang menyampaikan sesuatu
dengan soul
SOUL
bukan sol...sol...sol...yang johan slalu ajuk tu.
heh

aku pon malas nak bagi biodata bagai.
sebab aku pon tak kenal kak pin
tapi sape follow dia
memang rasa dekat je kat hati
sebab
dia selalu lontarkan apa saja
dari hati
biarpun
kadang-kadang berupa sindiran untuk aku

tak payah aku nak tampal gambar. google je Fynn Jamal.
dengan suami dengan anak dengan makpak mertua dia pon kau boleh tengok.
heh...

bukan siti nurhaliza saja yang femes
femes tak perlu anugerah
manusia begini tidak diperlu femes
sebab they have their own way

lagu indie aku dengar gitu-gitu.
tapi klu indie style ini aku memang layan
banyak lagi manusia luar macam kak pin ni.
macam yang selalu perform kat Akar
Akustik Puisi

sebab dia FynnJamal sebab orang tak kenal
cuba kalau aku bagi link aqasha atau zahiril adzim
yang kau tak duga penulisan itu milik mereka
tapi sebab dah artis
harus gelabah nak follow

aku tak kata mereka tak best
mereka best sebab aku pon follow
cuma aku cuba fahamkan kamu
beza dua genre manusia
dan cara ikutan kita
tentang kefemesan
duniawi ni semua weyh...duniawiiiiii
ok tak de kaitan.bai


FynnJamal
PuisiTepiJalan
SuaraJiwaJuwita
AbangNara



Roadtrip Kentut di Cameron Highland

After balik dari wedding esah, kami suma balik ke umah sha. aku decide nak balik malam tu jugak sebab esok tu  birthday omak den. Tapi mak sha cakap nanti balik la lepas makan. oh my...lambat lagi. lepas isyak.  aku tak larat wo nak drive late night. mata tak nampak sangat kalau kat highway ni. lainlaaaaa kalau di kota raya kannnn...jimba really damn late pon hokey sajaaaa...hoho. so pas maghrib aku da punggah barang dengan rase cuak meminta diri mahu pulang. sib baik mak die best. suruh makan dulu nanti lapar. takpe majlis tak start lagi takyah nak ikut sangat nanti lapa. heh... nah kauuu bila dah makan. rase tanak balik. sedap gilaaaaa catering diorang amik. siyes sedap. sedaaaaaaaaaaap gilaaaaaaa.

then start la perjalanan pulang. dimulakan dengan gelak tawa aidah menggelakkan aku sebab first time ever lebih 10 kali gak aku mati enjin. umah sha nak masuk jalan besar ade bukit. tapi bukit tonggek kat uitm tu aku lepas je takdehal. ni bukit gini mencuakkan sebab dengan takde lampu n tak nampak keta nak melintas takut tak sempat. hamik kau. dekat lebih 10 kali mati enjin. bila aidah nak offer bawak aku cakap ok-ok ni last. haaaa lepas pulaaak. hish. 

pastu kami p singgah jelapang. p umah makcik member den nih amik langsir untuk pengantin. isi minyak full tank. pastu aku cakap... "ok da bley bergerak balik..nak balik shah alam ke balik cameron?" then diorang cakap "ni serius ke main-main? aku ok je". so unplan trip menjadi. pulas stereng masuk cameron. ceh...care macam dekat je plak.

dari jelapang ke ape tah name tempat tu 930 mlm. aku tak bawak lebih 100 sebab tak nampak + aku ni gayat sket laju kat selekoh. tapi sebab penanh drive sendiri pegi and balik cameron ko konpiden sket. so kami pon sembang rabung la memacam hal. dari pasal wedding baru lepas sampai la ke cite preparation wedding yang nak kawen next few month. dari cite konsert siti sampai ke cite konsert yuna. TEPAT JAM 12... lebih sket la dalam 12 belas-belas minit camtu. passenger balakang sandar blakang pejam mata sebab pening. so aku continue borak ngan member sebelah. tetiba dia diam pejam mata stok nak tido. dalam hati aku (jahanam budak ni tinggal aku drive sorang. puaka siak!!!). SEBAB....TETIBA ade bauuuuuu wangi gilaaaaaahhhhh. bau macam bunga fresh yang sangat wangi. aku +vekan diri pikir aku baru lalu kebun bunga kon...kan kemeren ni....next selekoh plak...bau busuk gilaaaahhh. tapi aku tak bau yang sangat la tapi ade la baunye. next selekoh lagi bau balik wangi tadi pastu busuk balik pastu wangi balik. sampai la tetiba bunga and shades atas dashboard keta aku jatuh gara-gara selekoh kiri kanan mende tu bergerak tapi aku dapat co-driver tak reti btulkan. 

bunga ngan shades2 jatuh time aku tengah layan selekoh sebab nak abaikan bau-bau tadi. terus aku tercuak. member sebelah bukak mata-tengok-tutup mata balik. nohoroommmm.. mmber balakng yang tegur aku ok ke tak. lepas tu da takde da bau-bau tadi. phewwwww

kami park kat Petronas Brinchang, tido lam keta. heh, sape suruh plan last minit gini. plus duit pon saving. so tido lam keta jawabnya. konon nak dapat angin kemeren. bajet sejut so standby la memacam shawl n jacket bagai. hekeleh...tak sejuk pon! subuh baru aku gigil baru nak sarung stokin. pukul 730 aku da drive masuk laluan ke Sg.Palas. my feveret place ever!!!! and...lepas balik tu baru bercerita pasal bau-bauan malam tadi. hoh! malas nak layannnn...


ini punca tempat ini menjadi feveret. Subhanallah.


Red Devil & Strawberry Struddle


Beli flower bouquet for my ibu... :)


da nak gerak balik baru perasan comment laki mimi cakap nak kirim.... kirim sekoi @ scone. sib baik jumpa tauuuuu... :)


trus p beraya umah mimi. pehhhh...pizza pizza hut!!!



Majlis Resepsi Aishah & Firdaus 20130817

Berbalik kepada cerita weddingesah. para-para pengiring suma berpakaian merah makngah atas permintaan pengantin. Dengan cuaca panas berdenting di Tepeng ni...pehhh...memang bernasib baiklah material baju aku sejuk. kannnn. gigih memasing nak menyelit gamba dalam pre-wed photoshoot. Photoshoot amik kat Tasik Tepeng & Penjara. tapi rugi sket sebab sampai je penjara kami kena balik sebab umah sha ade kenduri malam tu and keta aku plak blocking khemah. hush. kat penjara tu tempat cantikkkk....



kitorang berphotoshoot dulu yepp kat meja makan pengantin
aksi terlampau bersama empat gadis. gittewww


pasangan pengantin



weolss


baru sampai terus terjah bilik pengantin


kat pelamin



pada Dia...

"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.

Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.

Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.
Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.
InsyaAllah,
inilah random kindness of the day aku. 
1) Demi mahukan zuriat.  
Rabbi laa tazarni fardan, wa antal khairul waarithiin.
Tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
Wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda Juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia. 
2) Demi mempermudah segala masalah.
Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair.
Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
Gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. Sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari Tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.
3) Demi rezeki yang cukup asal cukup.
Wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. Wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
Wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu. Innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
Dan sesiapa bertakwa kepada Allah-- diadakan Allah jalan keluar. Dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2. Dan sesiapa berserah sehabis2nya pada Allah-- padanya dibagi kecukupan. Sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.
Amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- Rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. Kerana apa perlu semua itu, bila telah ada Tuhan di setiap jalan engkau itu.  
4) Demi meminta pertolongan. 
Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami,
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- walau dalam sekelip mata cuma.
Ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari Ustaz Kazim Al-Hafiz. Dia ceritakan Rasulullah melihat Fatimah hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya Fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. Bila baginda datang sekali lagi, dia dapati Fatimah masih dalam keadaan sama. Rasulullah terus menegur Fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
Buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
Moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
Moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.
Pesan aku--
Tuhan itu Ada.
Percaya dan bukan sekadar kata.
Yakin.
Dia selalu ada untuk kita--
Tak kiralah buruk mana kita--
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita.
Tuhan itu sifatnya ADA.

Friday, August 23, 2013

Jurnal Kesyukuran

Keajaiban Menarik Rezeki... 

6 tahun dulu ketika saya tiada pekerjaan, bisnes pun terumbang ambing, hutang keliling pinggang, di poket tinggal RM1 (itu pun umpul2 duit syiling).

Saya tiada pilihan selain percaya bahawa dengan bersyukur akan bertambah rezeki.

Setiap pagi, saya mulakan dengan menulis apa yang saya syukurkan tentang tubah badan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Terima kasih Ya Allah atas kurnia mata yang kau pinjamkan buatku, dengannya aku mampu melihat wajah anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat indahnya senyuman anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaanMu"

Setiap kali menulis tentang setiap anggota badan..sebak di dada datang dan datang. Menitik air mata..betapa banyak nikmat yang Allah beri yang sering kali diabaikan.

Alhamdulillah, janji Allah tu benar..

Seminggu selepas saya amalkan journal kesyukuran ini, rezeki mula datang dan datang sehinggalah hari ini.

Jika ada jalan mudah untuk menjemput rezeki mengapa memilih jalan susah? ~ Dipetik dari Diyana Tahir




source: UstazDonDaniyalDonBiyajid



Aku tak pernah ada/buat jurnal kesyukuran. Tapi aku nak share ape aku slalu face. Frankly, kalau orang tengok aku depa akan pikir aku berduit. Simply sebab aku ade bisnes lua. And they have no idea brape je keuntungan mampu aku dapat dari setiap event. Bak kate Kak Pinn, Hidup ni kalau dihabiskan untuk membuat penjelasan disetiapkali orang tuduh kau-- Memang nak makan minum pun tak sempat. Maka fikir. Nak terangkan ke-- Nak lapar?  aku pilih ape diri aku perlu. bukan untuk sogok penjelasan sehabisnya buat mereka. Takkan aku nak kena terangkan ya...hembek fully leather jenama pahal ni harga asal RMsribu tapi aku dapat beli offer XX%. Haaa...aku bli sume dalam2 ni brand mahal je sebab aku dapat price murah. eh pergi jahanam orang nak judge cane. sebab...kalau kau curious, kau akan tanye. betul? kepada yang tanye aku dengan rela hati bawak ko p port barang-branded-tapi-murah-dan-masih-kualiti-tip-top. 


pehhh...tengok!!!! aku da habiskan masa buat penjelasan pasal orang yang pikir aku suka mende branded. ni nak jelaskan pasal ape pulak lagi? hish buang masa. 


skang nak cite berkaitan article atas. aku jenis tahap financial teruk. kalau aku pikir beria mau naik darah tinggi. akuselalu sakap sorang-sorang sambil urut dada. "takpe miza...Allah tu hebat. sume orang tau Dia hebat sangat. Mustahil gila dia nak bia kau terkapai-kapai takde sen nak makan takde sen nak refuel Damon. Trust Him..." dan aku ni manusia terbiase husnuzon... miracle will happen. betul weyh. aku tak tipu. read my lips! TAK-TI-PUUU... haaaa...kau yakin dengan Pencipta kau. Sah-sah la Dia mampu buat apa saja. miracle weyh...selalu happen. dan...

bila da miracle tu jangan la cepat sangat berpaling. Alhamdu lillah la sikit...Sebab aku pon penah rasa. dapat miracle tetiba nak lupa Tuhan yang tadi kau merayu-rayu. nahhhh...kejap je Dia amik balik. macam main aci sembunyi barang plak kan. kau bley buat ape? dah Dia lagi Berkuasa. ha...padan muka jawabnya kannn...

INGAT. bersyukur pada yang ada. bersabar pada yang tiada. duit, rezeki, job, jodoh, cinta, anak, rumah, kenderaan, pendek kata ape yang ko belum ade lah kan. sebelum ko memintak-mintak kat Dia. ingat dulu ape dah Dia bagi kat kau. INGAT!!!

Majlis Pernikahan Aishah & Firdaus 20130816

Jumaat minggu lepas aku bercuti sebab off to Taiping, Perak. Malam tu pernikahannye and esoknye resepsi ler. So gerak pepagi jumaat. Tak brape nak pagi la. Dari RnR Rawang pon dah 12pm. Sampai dalam 3pm camtu. Beraya sat. Pastu p umah sha bff pengantin. Tq tumpangkan semalam di rumah. 

Lepas maghrib baru bergerak ke rumah pengantin and setup candy buffet. Lepas Isyak depa nikah. Tahniah untuk ex-rumet mase kat umah pusat komersial, esah. pengantin dinikahkan sendiri oleh ayahanda pengantin perempuan. tapi tak best sikit sebab ade 2 pasangan. pastu bile nak amik gamba pasangan pengantin belah sane photobomb. satu keja plak nak meng-edit.

Makanan sedap gilahhh malam tuh....serius. tapi takdak gamba. sebab aku da la potong que. makan tak cukup space nak jugak se-table ngan bebudak ni. so tak teringat nak amik gamba. hahaha. pukul 12 kot baru balik. tak ingat. ngantok sangat.







hantaran dari pengantin lelaki 


Hantaran dari pengantin perempuan


half of it


aku nye candy buffet pon ade terselit skali...hoho tq esah amik ngan ako

orang wat pelamin ni sengal sket. spotlight p hala kat kaki. muka tak di-spotlight-kan


with pengantin. mekap lawa





Tuesday, August 20, 2013

Satu Perkara

Ada perkara yang perlu kita belajar dari sini



Jep Sepahtu

Mase aku menyewa kat umah lama, umah tu memang ade Astro. Aku sorang je willing tambah channel yang ade Astro Warna. Suma gara-gara Johan, Jep, Shuib, Nabilicious Delicious ngan Shiro. penah kengkadang aku gelak tak ingat donia sampailah sume houemate tengah nyenyak tido siap kluar dari bilik nak tengok ape la yang aku dok gelakkan sangat. alih-alih duduk join aku bergelak ketawa. sampai sometimes rase nak je jumpa depa ni say thanks sebab aku manusia kurang senyum dan tawa. tengok karoot komedia, betul ke bohong je da menahan kencing aku nak tergelak tau dak. btw, congrates Jep. hang da btunang. klu tak lame aku ngorat. kbai.







Monday, August 19, 2013

AYAH






Selamat Ulangtahun Bunda



kelu
aku tiada kata
tiada aksara
tak tahu
kalau pasal bunda 
aku kelu

owhhh
kalau pasal cinta macam-macam kau taip!

tidak
kalau pasal bunda lagi bermacam
cuma...
yang bermacam itu
sudah berpintal
sudah bercampur
sampai tak mampu
nak luah apa

kadang nak cakap A
tapi terluah B
kadang nak cakap Z
tapi terluah F

cukup sekadar
aku mohon

Tuhan tolong aku
fahamkan bunda
aku cinta dia
sepenuh jiwa

Tuhan tolong aku
tenangkan bunda
dari segala lara
tanpa duka

Tuhan tolong aku
kurangkan sakit bunda
dari kesakitan itu
tanpa parut

Tuhan tolong aku
lihatkan senyuman bunda
dari luhur hatinya
tanpa air mata


senyum bunda terima bunga. senyum bunda terima kek. tapi bunda demam. panas badannya. berselimut berstokin menggigil. menggigil hati aku. lara jiwa aku. 

Tuhan tolong aku
buang sayang dari hati aku
untuk sang durjana lain
selain untuk bunda

Assalamualaikum.


Tuesday, August 13, 2013

Biar

source: MamaJuna


everytime play lagu ni memang tak pernah tak menangis.
lagu ditulis oleh Fynn Jamal khas buat ayahanda beliau.
aku tuju khas buat ibundaku.
lagu ni sangat penuh makna.
*kak Fynn, pinjam sat. tuka ayahanda to ibunda
and to those yang nak dengar "penceritaan" version. bley serach kat youtube.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai 
ibunda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai 
ibunda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai 
ibunda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai 
ibunda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Monday, August 12, 2013

korok di ipong

hye...niat aku nak suruh korang tengok cover phone erra nih...kengkadang aku rasa nak beli ipong just because ipong memang banyaaaaak gila cover korok smart2...hish!!!







SYAWAL kami

Assalamualaikum

Hye. 
lame gak aku tak jenguk sini. nak kate bz tak bz mane pon. nak kate tak sihat pon tak jugak. terlebih sihat ade r. ohhh berat badan aku naik 3kg Ramadhan lepas. aku timbang time last day Ramadhan. so last day Syawal nanti pon aku timbang jugak. hahaha

So how's ur raya?
da namenye raya. haruslah great kannn.
family aku tema merah-itam kali ni.

greetings from us


Rayyan

Dalam hidup aku ade 3 lontong tersedap. 
dari air tangan mak aku, tok belah mak aku n nenek belah bapak aku. 
tapi tahun ni tak dapat rasa dr tok belah mak aku.
adik aku siap bawak family belah mertua dia semata-mata nak pekena lodeh mak aku nih. ni pon memang feveret dia. tiap kali raya memang tu dia tanya. 

kuah lodeh nenek


kuah lodeh ibu




t-shirt raya from Tarik Jeans :)


cam bese la braya both kampung. but this time balik skali ngan makcik aku. huuuu maaflah makcik kalau bosan naik keta ngan saye. sy memang tak pendiam tapi memang tak reti becakap. makcik pon kenal saye dari baby lagi kan...this is who i am kan. macam tu le aku. ngan makcik sendri pon tak pandai nak meramahkan diri. kalau dah jenis bercakap bila perlu je. ngan sedare mare pon cenggini la aku. tak pandai meramahkan diri itu tidak sama dengan menyombong ye adik-adik. takpe....takpe...akak tak marah. salah faham camni dah biase...

penghalang tido pulang Muar


raye ni tak jauh beza ngan sebelum-sebelum ni. cuma yang lagi best tiada soalan klise untuk aku. soalan pasal kawen. suma dok tanya perihal career & business. wowww....retisss sangat. baaahahaha. 

untuk yang cuba mengkenenkan, tenkiu
aku takdehal
tak marah
tade ape
betul. tapi jangan marah
jangan komen
jangan assume
kot aku tak bukak hati ape bagai
jawapan aku senang lagi mudah
aku mahu lelaki yang mampu...
...membuatkan hati ini berfungsi semula
ade ke?
ade??
ade???
 kalau ada....
silakan
hati aku dah rosak teruk
siapa tahu
yang dok cakap tahu tu semua tahu cakap
Tuhan saja yang Maha Tahu
lalu Dia saja akan bagitahu aku...
...siapa gerangan si dia.




arini aku da start keja. orang lain amik cuti aku tak amik cuti. sebabnya aku amik cuti 2 ari before raya. sian kat mak aku takda sapa nak tolong mengemas umah. yang ade adik bujang aku tu. die kalau mengemas sengsorang memang tak jalan. kang kejenye menyinggah kat laptop main gem. tau dah aku cara permainan dia nih.

oleh kerana ari ni aku kena keja so smalam lagi aku da balik. heh...tak plan pon senanye. aku plan balik pagi ni p keja dari umah mak aku. tapi disebabkan makcik aku yang duk port klang pon tumpang skali naik keta aku. katenye suruh aku antakan sampai ktm kajang je nanti depa balik naik train. haiyooo...besesak-sesak dengan beg-beg bagai naik train. tak sampai ati jadiknye. so aku decide balik shah alam smalam jugak bley la aku antakan ke port klang. dekat je pon. kangkang da sampai.



dalam pkul 11 pagi gerak balik dari Muar. tak jam sangat pon. smooth la perjalanan. then sampai semenyih. gedebak gedebuk aku rembat ape barang yang aku ingat pkul 5 ptg aku gerak. pkul 6 sampai umah maklong aku kat klang. amik barang yang tinggal then p umah makcik aku. rest sat. sakit pinggang weyh. aku tak ngantuk sebab minum redbull. tapi sakit pinggang sebab malam sebelum tu aku period pain. heavy plak kan. so yang pompuan paham la kot. dapat plak keta aku manual. tu yang bersyukur gila tak jam tu. pukul 9 lebih aku gerak balik umah sewa. sampai la pukul 10 malam. 



akan tetaaaaapiiiii.....i can't find my keys!!! sumpah weyh aku carik dah takdak!!! jahanam tul. aku da terbayang-bayang mandi dibawah pancuran air lalu menyegarkan diri dengan hot green tea dan terus ke pembaringan lalu tidor.....TAPI TU SUMA ANGANAN BELAKA!!!!! jahanam laaaaaaaaa.....the only keys yang aku ada hanyalah kunci umah lama. sah-sah la depa takdak lagi. tapi ati tergerak nak call sorang housemate lama ni. die memang baruuuu je sampai umah. hah! menumpang disana aku malam tadi woi. gila!

now aku tengah tunggu rumet aku anta kunci. tapi satgi aku kena p punggah balik barang nak tengok kot ade terselit ka kan...

ape lagi nak cite? takde la kot. takde mood + mengantok gila ni. p keja tapi takdak keja. ni la keja aku skang. till then,


Thursday, August 1, 2013

KONFRONTASI

bila aku kata "aku tak suka konfrontasi",
percayalah--
aku sedang menyelamatkan engkau dari aku.

kebinatangan dalam diri ini akan keluar,
bila berada di saat genting.

percayalah--
di konfrontasi--
aku lebih bisa dari jengking.

source: mama Juna


tapi aku suka konfrontasi
biar lebih bisa
namun penuh telus tiada sisa