Friday, June 27, 2014

bergelumanggggg



"Perempuan memang ada tendency untuk suka duduk dalam keadaan itu.  Dia suka feeling duduk dalam gelumang masalah dan biarkan dirinya menjadi mangsa buat selamanya.  Sebab bila dia ada dalam keadaan itu,  baru orang akan kesian kat dia.  Ni semua pengaruh drama Astro Ria la ni semua. " Love, Jumie.



Sebab umah aku takdak Astro. 
Sebab aku da lama tak tengok Cerekarama. 
Sebab aku tak berminat dengan Telenovela dah. 
So aku belajar new things. 
MOVE ON. 
GET OFF. 


seriously
masalah puaka ni macam satu swimming pool besar
ko pikir ko pandai berenang
so konfiden level ko tinggi
mampu terjun tiruk
mampu kuak lentang
mampu dive in lama
dalam "masalah" tu

ko tak sedar 
air yang sejuk tu jugak
buleh kasi kaki ko cramp jugak tiba-tiba
sepandai-pandai ko berenang
boleh lemas jugak
ehhh


and this is how i feel
to you
"i'll call u back later"
later when?
esok?
minggu depan?
bulan depan?
taun depan?
or
kiamat nanti kau gigih mencari aku
demi sepotong maaf?

tipu
fitnah
kalau aku bilang
aku tak mahu kamu
aku tak hingin kamu
aku tak hendakkan kamu
aku tak perlu kamu

sia-sia
membazir
kalau aku terus
tunggu
terus
dan terus
tunggu

tuhan kenal aku
Dia tahu apa dalam hati aku
Dia faham apa mahu aku

ini bukan slot akasia
bajet diri kau Indah Harlina
play-play victim
pastu jumpa orang kaya baik-baik
pastu kawen
happy ever after

CHHHHHHHOYYYYYYYYYYYYY

in the end
we run our world

Assalamualaikum.

Tuesday, June 24, 2014

Sebenarnya



sebenarnya berapa orang aja yg kita betul-betul kenal
yang tahu apa makanan kegemaran
yang tahu apa yang kau rasakan
yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum

berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan, kawan?
berapa orang yang kau boleh katakan teman?
semuanya ketika ada duit saja
ketika ada rumah, ketika ada segalanya

berapa orang yang benar-benar kenal engkau?
di luar, di dalam, siapa yang kenal engkau?
hanya keluarga
hanya satu dua tiga
yang lain semua sampah belaka


(tentang kawan-kawan, FJ,2008)

Ehemmm...okbai

Time world cup gini aku teringat ex aku plak. Ter ok. Ter. Sebab die sorang je kot ex aku yang kaki bola. I remember there's time dia cakap tak saba tunggu world cup then aku cakap aku on Holland's side. His face like Errrr??? Euwwww. So. His with England. If I'm not mistaken la. Well....bye England. Muahahahaha.

Since when aku melayan bola? Aku tak suka things yang kerap. Bosan. Macam all those league. Nak ber update selalu. Aku ni tengok bola pon ikut mood. World Cup bertahun sekali tu pon tak lama. So layan je r. Y Netherland? Adelew...sama macam orang buat muka errr??? Euwwww bila aku support Chelsea. Hahaha.

Monday, June 23, 2014

ISU TERBIAR



Hye
Assalamualaikum
siapa yang tak tengok lagi kes remaja OKU kat Nilai tu?
Allah...
berair mata aku tengok.

aku tanak komen ke bidas ke ape pun
cuma
ini pengalaman
dalam pada aku tengah berair mata
tengok video saat immigresen jumpa firdaus tu
ada satu rasa halus dekat hati
punyalah halus cara tuhan nak tunjuk
dekat aku
yang tengah pening pasal duit
gaji lambat lagi
bulan ni duit abis kat keta
+ p terengganu awal bulan aritu
pening tahap serabut

hahaha
sapa duduk bujang + high komitmen paham la condition cani
selaluuuu dah
tapi kali ni payah beganda sket aku hadap
tahap serabut bukan bingit
serabut sampai aku membisu dah
macam takde upaya

jadi itu aku rasa
lalu itu tuhan titipkan
gerak hati
tonton video tu
kalau ikut perangai memang tak la aku tengok
takut seriau
nahhhhhh...terasan sendiri

ade orang yang lagi takde upaya
takde tempat bergantung

seminggu je pun tuhan suruh bertahan
takkan nak mengeluh kot
chill misah
orang lain lagi susah



BERTANDING?



Hye...
tahun ni & tahun depan will be tahun disaster untuk telinga aku
sebab dalam 2 tahun ni je umur aku berpangkal "2"
so?
aku tak pernah bermasalah dengan soalan bab kawen
cuz no one walk with my shoes

dan bila kau berada dikalangan masyarakat kawan-kawan
yang dah berkahwin
dah beranak
beranak-pinak
berhoneymoon dua tiga kali
siap berbabymoon bagai
tak yah pening-pening
bukan makcik kat kampung je
bukan tok nenek je
masyarakat dikalangan kawan ni pun
tak lari dari bertanya
"bila lagi..."


dan bila kau acah-acah ade geng sorang dua
yang sama-sama "sendiri"
i mean...in our own way lah kan
sebab kisah lain-lain. kan
kau takkan sedar kau tetibeeeee in competition tanpa rela
oleh yang sama track dengan kau
tapi lain matlamat dengan kau

read my lips
TANPA RELA
like...what???

kau bagus...betul
kau lebih...betul
kau hebat...betul
aku jauh dibelakang
sungguh.

dan ini ikhlas
tak terfitnah
dari aku
nak kahwin dulu
silakanlah
takde sape nak berlumba dengan kau
haishhhh



remember...
PAUSE
PRIORITY
PRAY
~AKU ADA WALI

Friday, June 20, 2014

U R MY HAPPINESS



Tak tahu siapa yang kuat sebenarnya. Sama ada yang melepaskan atau yang dilepaskan.

Orang kata cinta tu tak semestinya memiliki walau rasa tu cukup utuh. Mungkinlah. Kadang kita
saling sayang, tapi entah kenapa macam ada yang tak kena. Tak tahu mana silapnya.

Mungkin sifat kau yang nampak keras, orang dengan secara tak sengajanya terlupa yang kau ni
manusia. Katanya kau ni serupa kerikil. Cukup kuat nak berdiri atas kaki sendiri. Teguh
menampung bahu mendongak ke langit.

Tapi dalam diam orang lupa yang kau ni jugak manusia, masih punya sisi lemah. Yang perlukan
bahu orang lain untuk dijadikan sandaran. Yang mahu orang untuk duduk dihadapan dan
pandang muka saat keresahan. Yang pinjamkan telinga untuk dengar setiap keluhan. Yang
jugak berharap ada tangan untuk digenggam.

Bila orang lupa, takpe. Pandanglah depan. Lepaslah nafas perlahan-lahan. Biar takde seorang
dengar hembusan nafas yang tersekat walau sedikit. Genggamlah tangan sekuat keringat.
Tunduk sebentar, hapuslah air mata. Usah dilihat orang.

Kalau kata cinta tu perlu pengorbanan, ini salah satunya. Tak sebesar mana, tapi perlu seluruh
kudrat untuk laksanakan. Syukur atas rasa cinta dan kekuatan kudrat anugerah Tuhan. Kuatnya
kudrat melepaskan dia yang kau cinta sama teguhnya dengan rasa cinta yang kau rasa.

repost: terfaktab zine

EL NINO



Hye
how u guys doing?
cemane ur body adapt with el nino skang?
aku tetiap hari kembang otak
stended r aku ade migraine
takley panas-panas gini
mereneh otak aku dibuatnya
siang ok lagi aku tahan
malam ja dekat kul 10 nak ke 11 tu kompem
terus aku masuk tido amik caffox sebijik
lelap
pastu kul 3-4 pagi tejaga je
macam lelap mata dalam sauna woi
hari-hari nak bia kepala bawah shower
tapi kang lepas mandi tang nak keringkan rambut rimas kemain
mula la niat nak gunting rambut datang
huahahahahhaha

Tuesday, June 17, 2014

A Knight's Tale



It is strange to think, I haven't seen you since a month. I have seen the new moon, but not you. I have seen sunsets and sunrises, but nothing of your beautiful face. The pieces of my broken heart are so small that they can be passed through the eye of a needle. I miss you like the sun misses the flower; like the sun misses the flower in the depths of winter. Instead of beauty to direct its light to, the heart hardens like the frozen world your absence has banished me to. I next compete in the city of Paris, I will find it empty and in the winter if you are not there. Hope guides me, it is what gets me through the day and especially the night. The hope that after you're gone from my sight, it will not be the last time that I look upon you.
- A Knight's Tale

Friday, June 13, 2014

TAHI



just read this from FJ's stegrem

"kalau benda terlalu tahi-- maknanya ada la tu benda nak jadi best giler nanti2."

ha... ha...

tapi ketahian ini berlaku dan berlaku dan berlaku

bila tiap kali tahi bertimpa timpa--

aku selalu pandang atas 

senyum

"Allah...cantik kau bagi aku kan. takpe...aku tunggu hadiah best dari Kau. Kau Maha Adil kan..."



LIVE



i didnt come back to tell you that i cant live without you.
i can live without you.
i just dont want to.
- jennifer aniston - rumour has it

Thursday, June 12, 2014

SABAR




dah memang perangai aku
dengan kau
aku delay
delay
delay
delay
aku punya amarah

orang kata inilah sabar
baru aku tahu

Wednesday, June 11, 2014

MASA



gerak saja
jangan buang masa
masa itu nyawa
bukan emas
bukan duit
tapi nyawa

lagi lama kau tunggu
lagi dekat masa nyawa kau putus
belum tentu kisah
taknak mati dengan kau
biar dia mati sorang-sorang

PERGI



BIAR
biar dia pergi
jauh mana pun
kalau dia milik engkau
tahulah Tuhan bawa dia depan mata kau

kalau bukan milik kau
pergi mampus dia sana
kau hidup sini elok-elok

Tuesday, June 10, 2014

Because I'll be HAPPY



5 ways to be happy: 

Have a strong relationship with Allah
 Free your heart from hatred
Free your mind from worries
Expect less
Live simply

Friday, June 6, 2014

FITRAH WANITA ITU MEMANG BENGKOK - TAPI JANGAN PREJUDIS






Setiap hadis dan firman wajib diimani tanpa pilihan. Banyak pula yang tidak mampu kita fahami sedalam-dalamnya selagi kita hanya sekadar sibuk membahas dan tidak pernah mencuba untuk melaksanakannya. Yang paling sukar ialah untuk mendapatkan penjabaran sebenar bagi unsur MUTASYABIHAT, unsur MISAL, PERUMPAMAAN, BAHASA CODE atau ANALOGI yang terkandung di dalamnya.
Sebenarnya hadis dan firman yang berbentuk PERUMPAMAAN inilah pedoman yang paling berharga dan amat diperlukan oleh kita. Ia bersifat alami, universal dan sangat berguna buat strategi pembangunan umat sepanjang zaman. Kerana itu ia memerlukan CODE BREAKING untuk memecahkan maksud takwil sebenarnya.
Kita tidak akan mampu memecahkan kod itu selagi kita tidak memadankan fitrah kepada sifat semulajadi objek yang digunakan dalam mesej mutasyabihat itu mengikut cara Allah mengatur fitrah alamnya. Kerana itulah Allah katakan takwil itu hanya milik Allah. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan cara hidup Islam, menurut aturan Allah dengan ikhlas.
Kita perlu sabar dan ikhlas, melakukan segala arahan atau takwim harian yang ditetapkan sebagai orang Islam sepenuhnya tanpa dakwa dakwi. Sewaktu melaksanakan perintah Allah dan rasul itu secara praktikal nanti, insyaAllah fitrah alam aturan Allah ini akan sedikit demi sedikit menghasilkan FURQON. Itulah yang akan membantu kita menemui segala takwil MUTASYABIHAT itu satu demi satu (QS:3/3-5)
QS:3. Ali 'Imran 7. Dia-lah yang menurunkan Al Kitab kepadamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang MUHKAMAT [secara langsung], itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain MUTASYABIHAT [misal]. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil PELAJARAN melainkan orang-orang yang BERAKAL.
Selagi kita hanya mencuba-cuba mencari takwil berdasarkan akal dan andaian sendiri, hanya melalui diskusi bibir tanpa amali, selagi itulah kita akan kebingungan dan kekal bersangka sangka. Ini kerana kebanyakan dari kejadian alam atau kisah orang terdahulu yang Allah jadikan misal itu amat sukar dipercayai logiknya secara muhkamat. Tetapi bila dinilai dari sudut mutasyabihat, ia amat logik, mudah diterima, amat berguna dan luarbiasa menariknya.
Semua para nabi telah berjaya mendalami ilmu Allah melalui kaedah LADUNI ini. Mereka mengembara dan melaksana segala arahan tanpa soal. Demikian juga ilmuan terbilang selepas zaman itu. Mereka tidak menghabiskan umur di universiti, mengumpul degree dan PhD. Tidak juga mereka duduk bersila atas sejadah membaca peta dan petunjuk Allah dari malam sampai ke pagi setiap hari, tanpa bangun BERJALAN mengikut PETUNJUK itu.
Kesukaran mentakwil mesej mutasyabihat melalui akal ini akhirnya membuatkan manusia takut untuk mencuba lalu membiarkan mesej yang berharga itu membazir begitu sahaja. Hari ini semua sudah meyakini bahawa golongan tertentu sahaja BERHAK mengupas hadis dan firman. Mereka semuanya pula sudah tiada. Orang biasa dikatakan tidak boleh sama sekali mencuba kerana itu akan menjurus kepada kesesatan. Mereka lupa tanpa merasa sesat, kita tidak akan menghargai petunjuk.
Alhamdulillah, hasil pengkajian sejarah jatuh bangunnya Islam sejak zaman Anbiyak hingga kini, kami telah berjaya mengesan begitu banyak bukti bahawa semua fatwa ini tidak dari Allah dan rasul. Ia adalah agenda jahat musuh Islam yang tidak mahu umat ini bangkit dengan yakin setelah mengetahui rahsia tersembunyi dari kitab suci. Rahsia itu terselindung di sebalik MUTASYABIHAT.
Sebelum tahun 80, Muslim masih berpegang dengan fatwa bahawa membaca terjemahan quran juga tidak boleh. Quran wajib dibaca dalam Arab demi mengelakkan pemesongan katanya. Tidak faham juga tidak mengapa kerana ia tetap dapat pahala. Semua ini adalah satu jerat yang amat berkesan sehingga generasi kita semakin jauh dengan hidayah Allah yang sebenarnya.
WANITA DARI RUSUK YANG BENGKOK
Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang tidak sesuai pada diri kita lalu kita tidak menyukainya, maka banyaklah takwil kita. Ada yang mengatakan quran dan hadis wajib dikaji semula. Kami setuju dengan saranan demikian, tetapi bukan mencari alasan untuk menolaknya, tetapi mencari pencerahan lebih jelas untuk menerimanya.
Tanpa sedar ramai telah mencabar Allah dan rasul secara berdepan dengan takwil itu. Padahal punca utama ialah kerana gagalnya kita memahami maksud sebenar, khususnya dalil yang membawa mesej mutasyabihat. Nabi SAW tidak akan memperkatakan sesuatu melainkan atas dasar wahyu. Islam itu adil dan tidak mungkin baginda SAW bersifat berat sebelah.
“Bersikaplah yang baik terhadap wanita karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk tersebut adalah bahagian atasnya. Jika engkau memaksa untuk meluruskan tulang rusuk tadi, maka dia akan patah. Namun, jika kamu membiarkan wanita, ia akan terus bengkok, maka bersikaplah yang baik terhadap wanita.” (HR. Bukhari no. 5184)
Sekali imbas hadis di atas memang sangat sukar diterima oleh para wanita Islam. Ia nampak seolah-olah merendahkan kaum wanita dengan ciri yang negetif pada sifat dan fitrahnya. Padahal Allah sudah tegaskan bahawa tiada yang sia-sia dari apa sahaja ciptaanNya jika kita benar sungguh-sungguh mentafakur, mentadabur dan mentabayunkannya. MAA KHOLAQTANA HAZA BAATILA (QS:3/190-191). Kita hanya perlu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, itu sahaja.
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kaki untuk dipijak tetapi dari tulang rusuk yang dekat di hati untuk disayangi. Sayang bagaimana? Mahu dipuja dan diturutkan seperti seorang primadona? atau sehingga menjadikan isteri seperti raja dalam rumah yang hanya tahu memerintah sahaja?
Ceramah ustaz selebriti, isi dalam kursus kahwin bahkan khutbah nikah hari ini juga turut menyajikan nasihat songsang. Peranan isteri itu hanyalah untuk ‘MELAYANI’ SUAMI SAHAJA. Kerjarumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas, bahkan menyusukan anak juga sebenarnya kerja suami kata mereka. Jika suami tidak mampu, dia wajib sediakan orang gaji, cari ibu susuan, atau beli susu lembu. Jika isteri terpaksa melakukannya, maka suami harus bayar gaji yang tinggi.
MasyaAllah. Dengan nasihat sebegitu maka ramailah suami yang bertukar fungsi menjadi queen, isteri dah bertukar jadi king. Fenomena ini menjadi kebanggaan sehingga mendapat liputan meluas dan dipaparkan di akhbar dan TV contoh contoh rumahtangga sebegini.
Ya, fenomena ini nampak macam romantik, tapi itu bertentangan dengan mahunya Allah dan Rasul dan itulah yang Iblis mahukan. Rukun nikah dah berubah, patutlah tak sampai 2 tahun sudah masuk keluar masuk mahkamah syariah.
BAIK BURUKNYA RUSUK YANG BENGKOK
Nabi sendiri menyatakan dalam hadithnya bahawa tulang rusuk itu bengkok dan jika dipaksa untuk diluruskannya, ia bakal patah. Jika dibiarkan akan teruslah dalam kebengkokan. Tulang rusuk yang paling bengkok itu ialah tulang rusuk yang berada di aras yang teratas sekali.
Jangan salah faham, memang sifat asal wanita ini bengkok. Kerana itu Allah perintahkan agar lelaki tegak berdiri (qowwam) dengan tulang-tulang belakang yang lurus. Sifat qowwam lelaki itu juga mampu jadi pembaris lurus atau dalam bahasa "kampungnya" dipanggil RULER. Ruler itu mampu berprinsip dengan tegak dan barulah boleh jadi PEMIMPIN bagi wanita yang bengkok. Selagi lelaki tegak lurus, selagi itu rusuk dapat berfungsi baik. Jika tulang belakang bengkok, maka rusuk yang bengkok akan gagal berfungsi dengan baik (rujuk gambar).
“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang mampu meluluhkan hati seorang laki-laki yang tegas kecuali kalian (wanita).” Mereka (para wanita) bertanya: “Apa yang menyebabkan kurangnya agama dan akal kami, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab:
“Bukankah persaksian wanita seperti setengah persaksian seorang lelaki?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau menjawab: “Maka itulah yang dimaksud kurang akalnya. Bukankah apabila wanita haid, ia tidak solat dan puasa?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Itulah yang dimaksud kurang agamanya.” (HSR. Bukhari 364 dan Muslim 79)
Allah sudah reka sendiri produknya iaitu wanita yang fitrahnya bengkok dan tidak mampu untuk merijal menjadi pemimpin umum. Tapi hari ini, ada pula perjuangan untuk memperjuangkan persamaan hak. Fizikalnya sahaja sudah berlainan, bagaimana fungsinya mahu disamakan? Jangan ada nanti diminta oleh wanita untuk hak menceraikan suami dan berkahwin 4 pula.
Baiknya, sungguhpun wanita ini bengkok tetapi kebengkokan itu mampu menjadikan ia struktur kuat yang melindungi organ vital dalam badan. Ini disahkan oleh sains fizik dan kejuruteraan. Paru-paru dan jantung semuanya berada di dalam LINDUNGAN rusuk yang bengkok itu.
RUSUK ATAS PALING BENGKOK
Rusuk di bahagian atas adalah paling hampir dengan kepala (pemimpin/otak) dan adalah yang paling bengkok berbanding bahagian rusuk yang di bawah. Itu satu pelajaran supaya kita sentiasa merendah diri. Jangan mentang-mentang kita rapat dengan kepala, kita jadi semakin bengkok pula. Apapun tiada apa yang sia-sia dari ciptaan Allah, semua itu ada fungsinya.
Demikian juga kekuatan seorang isteri yang bersifat seperti tulang rusuk. Ia tidak berdiri sendiri tetapi memerlukan tulang vertebra yang lurus, ibarat rijal yang lurus untuk ia berpaut dan berfungsi. Lelaki juga tidak lengkap dan selamat jika tiada tulang rusuk sebagai pelindung kepada organ vital dalam badan. Jika tidak, terjatuh sedikit atau tertindih bantal sahaja dah boleh mati.
Fenomena rusuk ini juga memperlihatkan sifat isteri kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang terlalu menonjol. Begitu juga isteri yang berkedudukan lebih tinggi. Kebanyakkannya adalah lebih bengkok dan keras. Kedua-duanya lebih sukar diluruskan.
Pada sudut positif, lebih tinggi kedudukan isteri (rusuk atas), lebih tinggi peranannya untuk melindungi sang suami.
KESIMPULAN
Lebih baik jadi rusuk di bawah yang merendah diri agar kurang bengkoknya. Dalam sebuah organisasi yang digambarkan seperti sebatang tubuh, pasti kita akan jumpa karakter-karakter seperti di atas. Terserah pelajaran yang mana satu ingin kita ambil.
Lelaki teruskanlah bersifat rijal yang sentiasa tegak lurus dan mampu untuk mendidik dan memimpin wanita dengan kasih sayang. Paksaan akan mematahkan wanita.
Wanita memang tidak mampu diluruskan sampai bila-bila tetapi jadilah wanita yang merendah diri. Walaupun tidak lurus sekurang-kurangnya tidaklah terlampau bengkok. Tidak perlu merasa rendah diri kerana kebengkokan anda itu adalah pelindung kepada suami.
Kerana itu, “sehebat manapun lelaki, ia tetap memerlukan wanita” di sisinya.
Kudap Mutasyabihat Munakahat
WARGA PRIHATIN

Love .....



Love .....
Poets often describe love as an emotion that we can't control, one that overwhelms logic and common sense. Thats what it's like for me. I didn't plan on falling in love with you, and I doubt that you planned on falling in love with me. But once we met, it was clear that neither of us could control what was happening to us. We fell in love, despite our differences, and once we did, something rare and beautiful was created. For me love like that has happened only once, and thats why every minute we spent together has been seared in my memory. I'll never forget a single moment of it....even after 10 years....


*repost from MSO. dedicated to NA

Wednesday, June 4, 2014

Pompa Bensin - Patah Sayap









Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pompa Bensin - Melankolik Percintaan



aku penah da dulu post lagu ni
ahhh lantak la. LOL



Sendiri.. Aku masih di sini
Menanti hadirmu yang tak pasti
Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

Sendiri.. Kau biarku di sini
Meniti jalan tajam penuh berduri
Sendiri.. Ku tak mampu berlari
Setelah cinta harapan kau dustai

Aku kini.. Aku kini..
Aku kini.. Aku kini..
Aku kini belajar untuk berdiri

(Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi)

Pompa Bensin - Mata ke Hati






Kadang kala rasa datang dari mata..
Tapi kadangkala tiba dari hati..
Teka-teki mula bermian dimata
Tapi maksud belum sampai dalam hati

Jangan mudah terkeliru dengan semua permainan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati

Tapi kadang kala datang dari mata..
Cinta pula terus tiba dari hati...
 Pandangan kadangkala menipu mata
kejujuran tulus pasti dari hati...

Jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
Jangan pula menepis apa yg berkata dari hati....

Kadang kala rasa datang dari mata...
Tapi kadangkala tiba dari hati...
Teka-teki mula bermain dimata..
Tapi maksud belum sampai dalam hati..

Kalau ikutkan mata hati bisa binasa
Kalau ikutkan hati mata pastikan buta
Kalau ikutkan mata.. hati mula binasa
Kalau ikutan hati mati sayu berduka

jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati

tapi kadang kala datang dari mata..
cinta pula terus tibadari hati...
 pandangan kadangkala menipu mata
kejujuran tulus pasti dari hati...

POMPA BENSIN



rupanya
OST-OST cite melayu yang penah aku beria cari
adelah 1 group
aqasha (oh...abangggg~)
azmaaizal (aku suka deni blakon)
nadia aqilah (suka since luscious!)
ag coco (tau sebab group coco ja. heh)


ok here we go.
suma OST yang depa buat
SEMUA
SERIUS
mesti aku lepas dengar tu macam...
"eh...sape nyanyi lagu ni. nak cari"
aku ni da la jenis tak mendonlod lagu
keje mintak orang send lagu yang dorg ade lam phone ja
"eh...ko ade lagu ni? ha wassap kat aku..."
hahahha
FEMALAS OVERINA katanya

lepas OST cite fazura ngan sam
latest OST lagu cite akasia baru ni
pastu aku beryutiub sat
baru ternotice
POMPA BENSIN-nadia aqilah
ooooo kkkkk...
ape meaning pompa bensin jadah ni?
sebab suara nadia sorang ja
lagu cite fazura tu pon sama
paaaappppp!!!
aku teringat lagu cite ramadhan terakhir
pompa bensin jugak tapi suara lelaki
ha...curiosity aku mencanak jap
aku ni dah la jarang nak bergoogle2 info kan
FEMALAS OVERINA katanya

hah tengok sini





hah!
bersinar kan mata aku skang
errr
tak nampak eh?
hahaha


layanzzz





Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu




*ok next entry aku post lagu lain

#AlbumReview FynnJamal & TriHadzir



Maaf 
aku hutang album review FT
Faizal Tahir
yang da 2 tahun aku beli tu

tapi aku nak review FT jugak ni
FynnTri
hahahaaaa



ade 6 lagu
arjuna beta
untukmu
lelaki
situ
tahu
dengar
+ 1 hidden track
suatu pernah

personally
aku tak dengar sangat arjuna beta
yang tengah fenomena skang
asal dapat baby baru
anak buah ka
anak ka
post gamba 
caption quote
"takkanku biarkan walau tidur menyentakmu yang tidur..."

aku lagi suka original version of arjuna beta
but to think of nak jadikan single dalam album
harusla have nice arrangement kan
acceptable la in album
lain orang lain feelingnya 
bila dengar original n new arrangement punya
takde beza sangat pon

so...
fav track aku adelah
tahu by FJ
lelaki by FJ
suatu pernah by FJ
and...
this one always...
belai jantung aku
dengar by tri

special dedicate to special son...
Umar, Hariz.






Labuhkan layarmu ikutlah angin
Hanyutkan kapal mu kemana mungkin
Ingatlah pesan ku

Pejamkan matamu luahtkan aku
Jangan kau patahkan hati ibumu
Kau permata hati ku

Bila tiba waktunya
Waktu engkau bercinta
Cintalah dia sepenuhnya

Disetiap kuntum bunga
Usah pandang warnanya
Pilih yang harum baunya

Dihari nanti ku pergi
Usah kau lupa lagu ini
Sehingga nanti tiba lagi
Moga kau setia menanti

Jangan kau takut perwiraku
Tuhankan ada bersamamu
Teruskanlah cita cita mu
Agar hidup kau diberkati


someone asked me...
kenapa harus menumpang anak orang kalau boleh punya anak sendiri
jawabku mudah
kenapa perlu aku pertikai takdir Allah
belum masa aku
bukan rezeki aku lagi