Wednesday, November 30, 2011

Mati

Senyum itu mati
gurau itu puki
lambat laun hati aku mungkin mati

Saturday, November 26, 2011

SUMPAH BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI!!!!


Assalamualaikum...
salam 1 evergreen 
nggeeeeee....tak abis2 sengih manjang arini...

sports club opis wat event g bukit cahaya alam @ taman botani negara
so ktorang have to choose which xtvt yg ktorang nak buat either 
berbasikal or g Skytrex Adventure Park.

wa pnah g sini first time ngan dzai. cycling.
so dah alang2 FOC kan....
agak2 ar nak g berbasikal yang hanya charge tak sampai seploh hengget?
rugi-rugian....
and...aku mmg teringin da nak g skytrex. 
cume, of course in doubt as sume orang yang kenal aku tau kot yang aku ni gayat abes kan....

and....alhamdullillah...
i've made it oke..
tapi memang spanjang pjalanan,
setiap challenge yang agak gila org tak pikir aku akan buat, 4 sure aku jerit...
"CAN'T BELEIVE I'M DOING THIS!!!"
aida stok gelakkan aku je kan...siap tokok tambah,
"SUICIDE ATTEMPT"
hahahaha...


and...not to forget, everytime nak menerbangkan diri on that stupid flying fox
aku dendangkan bait-bait lagu ini...
"dugaan...inikah dugaan untukku...."
tau lagu apekah?
tau bagus.
tak tau cari.lol

last but not least...
aku nak btau.
even this is aku nye main fear factor.
tak payah cabar2 aku sangat.
aku bukan jenis tak leh tahan dicabar ngan orang lain.
TAPI
aku hanya tak tahan dicabar oleh diri sendiri SAHAJA.

cz aku teringat bile da sampai half part mila tanye "nak give up tak ui?"
then aku diam. tanye diri sendiri.
"miza, buat sampai abis boleh?"
then straight sambung.
simple tapi bukan mudah oke.
naik tangga 7 meter keatas yang sangat tegak n sempit san licin
kau boleh???
memang boleh
lebam segala oke!!! huh...mampooossss




antara yang datang awal


mila n amirul


bas da nak bgerak!


hewhewhew


mimi bajet krew sial


tunggu turn. starting challenge kot.



abaikan bontot aku yang ala2 besar.


motif? nak tunjuk aku ala2 berani duduk gini dengan ketinggian berada di tingkat 2 oke.


selepas add on lagi 7 meter keatas. aku da jalan dulu. 
dpt amik picca aida je lor.


ending of challenge bai!


did it!!!


byebye...wa nak datang lagi...hewhewhew

Friday, November 25, 2011

hinakah?

‎'Jangan pandang hina orang yang tengah lalai, jauh dari agama, siapa tahu, kelak dia balik kpd Islam, dan menjadi lebih elok dari kita. Siapa tahu kita yg sering solat lima waktu di surau masjid, bagaimana akhir usia kita?

Jangan pandang hina orang yg bergelumang dgn maksiat. Ajaklah mereka mengenal Islam dgn lebih dekat.' ~AA

--
KarMiza

Thursday, November 24, 2011

INI ENTRY TANPA TAJUK

Hidup...tak seindah yang kita sangka.
Diri...tak sesempurna yang kita bayang.
Hati...tak setulus yang kita impi.
Janji...tak sekuat yang kita lafaz.
Ikatan...tak seutuh yang kita pegang
p/s-bila lone ranger kembali ke markas. Memang begitu dia mati dipersembunyian

Monday, November 21, 2011

Itu kenangan 13-18 tahun dulu~

SK KG RINCHING...
Tempat aku mula kenal orang luar (cikgu & kawan) selain keluarga. Semakin besar dan membangun. Kalau dulu 1 bilik darjah letak papan hitam tengah2 sbagai divider. Sebelah klas darjah 5 seblah klas darjah 6. Sampai akhir tahun jumlah budak dlm klas 18 orang je. Owh...thats the beauty of sekolah kampung oke... We bounded together.

ini tempat main sep tiang tp dulu ade 2x2 tiang.skang da tuka

ni cikgu darjah satu aku, mimi, miji n aieril. hohoho


ala atak...takyah ar amik gamba...malu....


toilet skang da tak cam dulu. dulu cam nak msuk umh antu klu msuk toilet.

Harini... Aku sebagai alumni...cececewahhhhhhh.... Aku datang ngan mimi adk aku yang juga alumni....walawehhhh...
Nak tgk adik ktorg graduasi...peh ayat tak hengat...graduasi siot....tuk darjah 6...owh tak lupa...tahniah aieril. Utk result UPSR kamu. Target 5B lbh kurang draw r dpt... Well, adk aku yg ni lbh kurang aku gak sedikit kurang pandai...tapi bijak terlebih...errrrkk...klu target pekse klu bleh straight B jek. A bersyukur, C dielakkan, D sangat tak digalakkan. Kami tak cam mimi slamber target straight A. Hewhewhew....


Da r sampai lambat...slamber msuk dewan wat muke cantik jalan smpai ujung klas...ehhhh....cam knal. Abg fendi silat nih kan? Dtg bersame isteri. Aku da cam pending lak (eh bukan br kawen taun lpas?owh...dtg tgk adk) hahahaha...cam aku r...xpepasal register...nama ibu/bapa:karmiza. Nama anak: karmi aieril..mampooo??? Hahahaaa....



tuuu diaaaa....da dpt da 1st sijil belajar kamu



Walaweh budak2 zaman skang...grad darjah 6 pon nak jubah segale kot. but the best part for whole day is...aku rindu zaman skolah rendah. Byk berubah tp byk jugak yang tak berubah. Cane lak tu ek.

BEST PART...CIKGU MARINA...cikgu mase prasekolah. aku first batch prasekolah SKKR. 
miza: "cikgu...errmmm...cikgu kenal saye tak?" 
cikgu: "hmmm...KARMIZA. ingat cikgu tak kenal ke?" 
miza: "hehehehe"
mimi: "saye cikgu...saye?knal tak?"
cikgu: "kalau  ni KARMIZA...ni KARMIMI la kan..."
mimi: "hehehe..."


seee...haw great she was...

dulu aku tinggi lutut die je weyh...skarang?


ini adik saye...hewhewhew


1st mende yg aku main mase 1st day.


kat petak2 tu tempat kumpul2 pasir main pasir.


tade lagi beradik KARMI akan kesini...he's the last...

Thursday, November 17, 2011

stop the browse



hari pertama tanpa internet…for whole days…
sumpah nak mati…
ngantok gila oke…
fine after this nak bli memory card utk elijah kasi 8GB so that bley laju sket...
online smpai lebam…huh
wat keje pon aku da lalok nak mampos nih…



--
KarMiza

Wednesday, November 16, 2011

Restriction

Salam 1 evergreen...
Sepandai-pandai wa online...akhirnya kantoi juga...
Hahahaa...
Spt biase smpai opis dipagi hari...on pc.
Mende2 utama yg wa akan sign up adelah email cmpany, gmail, fb , mudah.my & deals website.
Tp mmg pepagi td wa online2 je wa da prasan 1 kelainan...
*kecikkan mate...tenung tajam2*
rilek je wa tgh sign up then wa notice cursor wa kelip2 then slamber gerak2 sndri!!!
Matilaaaa....of course r bukan antu kan...ini antu it department nih...mampossss...
Wa berdiskusi sat ngan aida...aida sruh wa offline...
Tp tahap kedegilan wa memakan diri.
Amekaw...boss email wa privately with attachment wa tgh chat ngan shefoll which wa tgh sruh beliau book kan tiket badai semalam!!!
Hahahahahadoiiii....act,pepagi td lelaju online ticket2u as wa nak baya tp taleh view website trsebut...
Then mntak tlg shefols book seat br...kan sudah kantoiii....
Well...mulai arini...wa menggunakan sepenuhnya khidmat elijah @ e72 inih....

Tuesday, November 15, 2011

Cuti Panjang

11.11.11 suda berlalu...tarikh cantik untuk mereka melakar 1 lagi tarikh indah dalam diari hidup mereka.

20112011 pula bakal hadir 5 hari lagi...

Jangan terkejut tarikh ini juga berduyun mereka2 bertunang, nikah dan melangsungkan majlis....owh tak lupa juga ada yang paksa dokter bersalin untuk bedah saja perut mereka supaya anak lahir pada tarikh menawan ini...


aku baru sahaja selesai menonton drama long vacation ep3.

ini untuk mereka2, kamu2 dan kita2 yang merasa apa jua rasa masin, masam, kelat, manis, pedasssss, segala.

untuk aku? hanya sedikit terkilan atas perancangan kami yang ditentukan oleh Allah yang kami tidak dapat laksanakan
























probably....yup....mungkin....


dan....
untuk soalan kamu kawan....
ini jawapannya...
ya dahulu aku terlalu takut hilang beliau.
kerana aku takut hilang cinta untuk aku dihati dia...
tapi aku sedar...
aku harus percaya pada jodoh...
aku tak perlu takut hilang dia.
aku percaya jodoh tuhan untuk aku...
kalau tak jadi...usahalah macam mana pun...tetap tak jadi...
kalau jadi...datang lah apapun tetap jadi...

bukan...bukan maksud aku berserah sahaja tanpa usaha...
tapi...
ahhhhhhh...
tuhan tahu apa aku rasa.
tak perlu kata apa-apa....


aku pergi dulu..
daaaaaa
*lambai sambil senyum sinis

Monday, November 14, 2011

sedang tunggu kisah mereka dipasaran.sila pantas menaip ya aciklana.hewhewhew

“Asyik cakap pasal I aje, you pulak bila nak tamatkan zaman bujang?” Tanya Zenia dengan suara dinadakan ceria. Dia tak mahu Encik Darriz nampak kekeruhan rumahtangga dia dengan Fakhry.

“I? Kahwin?” Darriz Imdad tergelak kecil. “Entahlah, belum jumpa calon sesuai kot.”
“Alah, jawapan tipikal la. Memilih sangat la ni..” Zenia tergelak sama.

“Of course la kena pilih. Sebab isteri ni penting, someone yang I nak hidup dengan dia sampai bila-bila. I memang cerewet sikit, tapi berbaloi kalau dah jumpa tu. I akan bahagiakan dia selayak-layaknya dia.”


**************************************



“Im, I rasa.. I rasa semua ni macam terlalu cepat..” Zenia tersenyum kelat.
“I know, but I nak you nampak cita-cita dan hala tuju hubungan kita. I nak you tahu dekat mana I nak kembangkan hubungan antara kita. Satu je, perkahwinan. Itu destinasi kita nanti, our next pit stop.” Ucap Darriz Imdad sambil tersenyum. Dielus penuh kasih jari jemari Zenia.
“I.. I tak tahu nak cakap apa. But I serahkan semuanya pada Allah. Kalau ditakdirkan you berjodoh dengan I, I terima seadanya.Tapi kalau ditakdirkan you bertemu dengan perempuan lebih baik, I faham. I takkan salahkan you..”

Thursday, November 3, 2011

sudah jatuh

*Andai lelaki tahu.*.Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
*Andai lelaki tahu..*Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus
tabah menyintai lelaki itu.
*Andai lelaki tahu..*Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka
pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
*Andain lelaki tahu..*Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan
yang terbaik untuk anda.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu
tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang
lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya
dalam masa sesaat.
*Andai lelaki tahu..*Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah
dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
*Andai lelaki tahu..*Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam
hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
--
KarMiza

lelaki memang tak tahu...

selisih dengan kawan satu kelas kemarin. baju cantik, muke jojes,
bau...hmmmmm wangi (version dafi). taaaaapiii....muke beliau sangat
masam...dari jauh usha aku dah bermain kata dalam hati, ishk...nak tegur ke
tak nih..kang tak tegur obvious sangat lak da r selisih btul2 seblah
aku...Fineeee....tegur je ar...bersedia je uh hadap muke kelat die yang tah
dah knape lagi kelat dr muke aku kalo tak senyum tuh. ye ar...kalo slalu tuh
muke die...ooo bla di ooo bla da wa cakap lu...
bismillah...satu teguran aku bagi...adab menyapa lah kan...(sial la...muke
aku cte sal adab ke? dush...tunjal diri sendri). oke...aku tegur, dia sapa
cam gegitu je...ehhhh? apahal minah ni...slalu aku yang PMS, ko yang macam
monyet teginjat2..ni tidak...oke, mulekan sesi joran kite ye
abang2...pancing za jangan tak pancing...beliau pun story mory kat aku.
la...itu je? muke da masam2 begini? ekceli aku pon penah mengalami kot..

salah satu perkara lelaki kurang tahu mengenai gepren mereka.
situasi 1: Mari bersiap untuk berdating!
yep...GIRLS... pompuan tetap pompuan beb...lagi2 nak ngedate. guys...u
SHOULD notice ape yang gepren ko pakai EVERYTIME date. oke..punyelah GHAIRAH kan gepren ko bersiap bagai nak rak cecantik.
cantik ke? dengan slamber bile jumpe...dear, awk ni da gemok lah. tayah la
pakai baju cani. sendat kot nampak segale. dem...yes..absolutely da spoil
mood date.
~ let say nak tegur baju tu dulu: dear, ce tgk baju ni...kan CANTIK klu pkai
yg cani. settle. (trust me dlm hati dgr words CANTIK tu pon sure awek ko
change thier look FOR YOU). itupun kalo ko tak meroyan tetiba nak swoh die
free hair ke, pkai skirt ke yedak..

look....sume pompuan nak look good depan bofren dorg. but lelaki kasi psycho sket lar...ko cakap CANTIK, MENARIK, TERTARIK, DABOOM je KOMPEM...kbai
--
KarMiza

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar
untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan
pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini
telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin
Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas
sembahyang sebanyak tiga kali, insya'Allah akan beroleh seribu faedah,
barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan
keluar dari segala kesulitan, Allah ta'ala akan memberi rezeki yang banyak
dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta'ala menyampaikan segala hajatnya,
dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala
daripada bala di darat dan di laut. Amin.
boleh juga di amalkan ketika hendak pergi kerja pagi..semoga hari itu
dimurahkan rezeki dan rezeki itu diberkati..:)
--
KarMiza

akad

‎"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."
Bunyi mcm sng?
Tapi ini makna sbnrnya..
"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si
dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah". amin..
--
KarMiza

cinta

Cinta bukan perkara main-main.
Jgn lah nak meminta jika kau tak yakin kau
mampu beri smpai hayat kau tiada lagi
--
KarMiza

pronounce as "lai"

Until that day...u were the only one person that was never lie to me. And now you do...