Wednesday, July 24, 2013

By Fynn Jamal

ini malaysia.

TAKKAN lah masih tak perasan macam mana besarnya masalah yang timbul dengan dua suku kata ini:

"ba".
dan "bi".

perkataannya SAHAJA boleh buat bertumbuk.
fiziknya apatah lagi.

benda ni obvious, kot.
rasanya semua orang faham dah konsep ni.

bende sensitif--
jangan usik.
just dont go there.

come on lah.
basic, kot.

macam--
kau takkan tergamak bubuh kepala lembu yang terpenggal depan rumah seorang hindu.
atau kau takkan lukis misai dan kartun2 di tubuh patung siddhartha gautama kemudian dipamer depan tokong buddha.

kan?

sebab--
MACAM MANA pun kita tak berpegang pada pluralism--
lakum diinukum.
waliya diin.

kan?

dalam seminggu,
dua kes babi muncul.

babi pertama--
ucapan pseudo muhibbah.

mengucap selamat menyambut ramadhan sambil seekor babi mantap masak sweet sour dipamer siap logo halal disuakan sebagai offering.

funny for some.
ludicrous for few.
bangsat for most.

babi kedua--
hadiah bangkai babi di surau dan rumah.

literally.

macam tak cukup api atas dapur berjulang2an--
sampai begitu perlu simbah petrol siap baling sekali botol2 ridsect demi efek letupan.

*pause*
BAPAK aa bodoh.
seriously?
perlu sangat ke gimmick begini?

argh!
penat.
penat baca semua ni.

penat merasa bengang pada si bodoh2 mencari pasal.
penat dengan pembela yang menguruskan si pencari pasal.

sebab there would be NO PERFECT JUSTIFICATION.

ini malaysia.
orang baling tahi pada kau--
kau kena senyum sambil kuis tahi tadi lalu melafaz "tak apa".
orang bangsatkan kau dan keturunan kau--
kau kena diam dan berdiri tegak sambil melaung "saya sayang negara berbilang bangsa saya".

kau KENA.

orang baling babi kat surau kau--
you are EXPECTED to just praise the lord and be patient.
sebab itu didikan buku teks bila datang bab budibahasa rasulullah.

orang buat lawak babi dan semakkan newsfeed kau--
you are EXPECTED to just smile and turn the other cheek.
sebab melenting itu tidak selari dengan sallama yang dibawa bersama konsep sebaran islam.

KENA.
sebab TAK BAIK menyinggung hati orang yang menyinggung kita.

kalau kita tengah makan nasi, orang campak pasir dalam pinggan kita--
kita tak boleh marah.
kita boleh sedih dan kecil hati sahaja.

faham?

terutamanya kalau kau orang islam.
kau memang KENA diam dan berbaik sifat SAHAJA.

sebab kalau kau melawan,
kau racist.
kalau kau menjawab,
kau bigot.
kalau kau melenting,
kau berdosa.

*pause*
*menung lama*

haih...
penat.

penat nak suruh semua orang sabar dan diam bila setiap saat dan masa dijolok2.
penag nak seru semua orang pejam mata dan paling muka walau diprovok2.
penat dengan semua agenda yang memintak2 dibesarkan.
penat dengan semua kebencian yang dipaksa2 untuk disebarkan.

tolonglah.
stop poking each other.
kita taklah semuhibbah yang kita sangka.

maka tolonglah bersyukur masih ramai yang memilih untuk butakan mata, pekakkan telinga dan katupkan mulut demi kebaikan semua.

wallahi please.
just please--

dont wake up a sleeping giant.


source: FynnJamal

No comments:

Post a Comment