Wednesday, June 5, 2013

Puzzle

kelakar
bila ada orang jerkah aku
mengingatkan betapa aku bodoh
mengingati manusia yang tidak lagi ambil peduli
lalu lupa akan injak nombor pada umur

salah
bila kau tidak tahu
betapa aku sedang mencuba
tapi dengan cara aku
setiap manusia punya hati berbeza
bagaimana hati itu remuk, berbeza
lalu cara balutan hati juga berbeza
mungkin hati kau hanya perlu jahitan yang kemas
lalu terus bangkit dan berlari
tapi hati aku butuh tenunan yang halus
hingga tiada titisan darah keluar dari hati
lalu bangkit dan bertatih semula
perlahan-lahan
supaya parutnya tidak terkesan lagi

benar
mungkin cara jatuhan kau menyakitkan
tapi satu soalan aku
kau pingin duduk di tempat aku?
lalu rasa bagaimana aku rasa
jatuh
tersungkur
bangun tapi dipijak hingga tersembam?

tidak pernah salah
takdir itu memang indah
percaturan Dia memang cantik
penentuan Dia memang terbaik
lalu aku percaya pada kuasa Dia
biar Dia, Yang Maha Kuasa yang membalas segalanya
ehhh...Dia Yang Maha Kuasa kan...
haruslah aku percaya!
kerana
aku tak kuasa main "hari pembalasan" dengan mereka

yang aku tahu...
Akulah 'the missing piece' dalam sebuah 'puzzle' yang tak lengkap - The Saliq

No comments:

Post a Comment